CARI-MAL Publish time 1-3-2017 04:01 PM

Bangganya! BoBoiBoy The Movie Sudah Menerjah Korea Selatan

Wah, bukan mudah bagi sesuatu keluaran Malaysia mendapat sambutan memberangsangkan dari negara luar.


Boleh dikatakan suatu perkembangan membanggakan apabila filem animasi arahan Nizam Razak iaitu BoBoiBoy The Movie mula ditayangkan di lebih 100 pawagam di Korea Selatan, mulai hari ini.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/01/160005vwfs3u5f5zyopm5u.jpg



Memetik BH Online, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran filem berkenaan, Faiz Zainal Aabidin berkata industri perfileman tanah air terutama dalam sektor animasi boleh berbangga dengan perkembangan ini.


"Kita biasanya mendengar hanya filem atau drama Korea yang dibawa masuk ke negara ini, namun jarang sekali ataupun belum ada filem Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Korea Selatan," katanya kepada BH Online.


Malah, rakyat Malaysia juga seharusnya berbangga kerana produk yang sepenuhnya dihasilkan di Malaysia itu berjaya memasuki pawagam di Korea.


"Korea menjadi negara kelima menayangkan filem BoBoiBoy selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Kutipan kasar untuk tayangan di empat negara terbabit sudah pun mencecah lebih RM19 juta.

"Kami amat yakin dengan kutipan tiket di Korea nanti, ia mampu menjadikan BoBoiBoy: The Movie selaku filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

"Ia juga bakal membantu penggiat seni dan karyawan dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk menembusi pasaran di sana, selain meluaskan lagi pasaran filem tempatan," katanya.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201703/01/160004xgkl9xe6l7i1b29l.jpgFoto: IMDb




Dalam perkembangan lain, syarikat Korea Selatan iaitu Boxoo Entertainment telah dilantik sebagai pengedar di negara berkenaan.


Bagaimana agaknya sambutan dan penerimaan orang ramai terhadap filem Boboiboy di Korea Selatan itu, ya? - CARI

umbut Publish time 1-3-2017 04:24 PM

Tahniah...

whadda Publish time 1-3-2017 04:33 PM

Woww.. tahniah !! Tembus korea selatan gitu

DeeHanania Publish time 1-3-2017 06:06 PM

Tahniah...

awanearisu Publish time 1-3-2017 06:28 PM

Tahniah   :rf:

Sayaaa Publish time 1-3-2017 07:11 PM

tahniah!      

Andyscenes Publish time 1-3-2017 08:31 PM

Wow!!! Lmbt masuk korea

Apai90 Publish time 1-3-2017 09:05 PM

Wahhhh tahniah {:thumbo

nakkomenjugak Publish time 1-3-2017 09:23 PM

Woww! Bagus2!

RatuDunia94 Publish time 1-3-2017 09:59 PM

Ok la tu..

helicornia Publish time 1-3-2017 10:18 PM

ohsem!! bangga dgn boboiboy

Diann Publish time 1-3-2017 10:33 PM

Wah, tahniah! Honestly bagi aku cerita dia best! Harap dapat banyak kutipan.

Good job boboiboy team!

bellxx Publish time 2-3-2017 02:38 PM

wahhhhh tahniahhhh boboboy !!

gigahertz Publish time 3-3-2017 11:31 PM

Diann replied at 1-3-2017 02:33 PM
Wah, tahniah! Honestly bagi aku cerita dia best! Harap dapat banyak kutipan.

Good job boboiboy te ...

ko rasa boboboi korea selatan cakap bahasa apa?

Diann Publish time 3-3-2017 11:46 PM

gigahertz replied at 3-3-2017 11:31 PM
ko rasa boboboi korea selatan cakap bahasa apa?

Movie ni dialih ke bahasa korea untuk tayangan kat sana.

Tapi aku takleh bayang macamana dia alih yang nyanyi part,

C I N T A T A

Ainacutie Publish time 13-3-2017 03:44 PM

Best kah lol

JeepersCreepers Publish time 17-3-2017 12:30 PM

Tahniah tahniah
Pages: [1]
View full version: Bangganya! BoBoiBoy The Movie Sudah Menerjah Korea Selatan


ADVERTISEMENT