CARI-MAL Publish time 27-2-2017 05:24 PM

Permulaan Baharu 'Highlight', BEAST Kini Tinggal Kenangan

Baru-baru ini, syarikat pengurusan baru kumpulan BEAST iaitu Around Us Entertainment mengumumkan bahawa kumpulan itu bakal membuat kemunculan semula di arena muzik dengan nama baharu.


Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan perbalahan antara kumpulan itu dan bekas syarikat pengurusannya, mereka memutuskan untuk tampil dengan nama kumpulan baharu iaitu 'Hightlight'.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/27/171255rlxd5s1ddzkz53q6.jpg



Memetik portal Soompi, Around Us Entertainment memutuskan untuk menggunakan nama baru itu sebagai tanda permulaan baru bagi kumpulan Highlight.


Terdahulu, berlaku persengketaan antara kumpulan berkenaan dan Cube Entertainment kerana syarikat itu enggan membenarkan mereka untuk kekal menggunakan nama kumpulan BEAST.


Doojoon, Junhyung, Yoseob, Kikwang, dan Dongwoon akan mempromosikan diri mereka dengan nama Highlight, sementara Cube Entertainment dalam satu kenyataan berkata kumpulan BEAST akan menampilkan ahli baru.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/27/171254pr88poioyoyrvzxy.jpgFoto: Naver TV




Kelima-lima ahli kumpulan Highlight mempromosikan nama baharu kumpulan itu menerusi akaun Instagram masing-masing serta meminta peminat untuk terus memberi sokongan padu.


Adakah mereka akan berjaya atau sebaliknya? Walau apa pun, semoga dengan nama dan semangat baru ini, Highlight dapat bangkit dengan lebih bertenaga dari sebelumnya.- CARI

IxoraP Publish time 28-2-2017 11:31 AM

smoga bjaya.. iols suka suara yoseob

jae2thejoong Publish time 3-3-2017 09:53 AM

still tak boleh digest nama baru beast ni haha..so nama fandom apakah? highlighter? hehehhe apapun all the best to them..kudos sebab stay together unlike dbsk T___T

KyraKnightley Publish time 12-3-2017 11:48 AM

jae2thejoong replied at 3-3-2017 09:53 AM
still tak boleh digest nama baru beast ni haha..so nama fandom apakah? highlighter? hehehhe apapun a ...

Highlighter? Ini lawak chuols   ;P

KyraKnightley Publish time 12-3-2017 11:48 AM

Semoga group ni berjaya! Iols minat hampir kesemua lagu2 dorang ni
Pages: [1]
View full version: Permulaan Baharu 'Highlight', BEAST Kini Tinggal Kenangan


ADVERTISEMENT