transporter Publish time 26-2-2017 02:53 PM

Pemandangan Pulau Burano, Italy.

Edited by bianglala at 9-1-2019 08:46 PM

Keunikan Pulau Burano, Italy.




Pulau Burano terkenal dengan rumah-rumah yang dicat dengan pelbagai warna dan ia menjadi satu location yang amat popular dengan jurugambar. Banyak majalah menyenaraikan Burano antara 10 tempat paling colourful di dunia. Rumah-rumah ini dicat berlainan warna untuk menandakan di mana kediaman mereka tamat dan bermulanya rumah jiran, serta membuat rumah mereka lebih mudah dilihat dari laut. Meneruskan tradisi ini hingga sekarang, jika seseorang berhasrat untuk mengcat rumah, mereka perlu mendapat kebenaran majlis tempatan, yang akan membuat keputusan apa warna yang boleh digunakan.

transporter Publish time 26-2-2017 02:53 PM


transporter Publish time 26-2-2017 02:54 PM





transporter Publish time 26-2-2017 02:55 PM

Edited by transporter at 26-2-2017 03:05 PM



Burano ialah sebuah pulau kecil terletak di lagoon yang sama dengan Venice. Rumah-rumah berwarna-warni ini, membezakannya Burano dari Venice. Aktiviti nelayan pernah menjadi pekerjaan utama di Burano, manakala pelancongan, barangan lace (renda) dan restoran adalah punca pendapatan utama kini. Walaupun terdapat ramai pelancong di Burano, masih ada segelintir penduduk yang gigih berusaha dalam bidang nelayan.

Save

transporter Publish time 26-2-2017 02:55 PM


transporter Publish time 26-2-2017 02:56 PM

Edited by transporter at 26-2-2017 03:05 PM





Save

transporter Publish time 26-2-2017 02:56 PM



Apabila bot-bot nelayan keluar untuk tangkapan, kaum wanita akan tumpu dengan pembuatan barangan lace. Burano famous dengan hasil tangan barangan lace yang cantik dan berkualiti. Disebabkan rumitnya untuk menghasil lace buatan tangan, kebanyakan daripada lace2 yang dijual di Burano hari ini dibuat dengan mesin di tempat lain. Terdapat juga banyak product lace buatan China dijual secara meluas di sini. Jadi, berhati-hati bila membeli. Jangan Tipah tertipu. Kini, kebanyakan penduduk Burano bekerja dalam bidang pengeluaran barangan kaca & kristal di pulau Murano yang berhampiran.

transporter Publish time 26-2-2017 02:57 PM


transporter Publish time 26-2-2017 02:58 PM


transporter Publish time 26-2-2017 02:58 PM



Jika anda telah tertarik, terminat dan 'ter-inspired' dengan gambar-gambar keindahan pulau Burano dan ingin melawat sendiri, ia terletak 7 kilometer dari Venice. Perjalanan dengan waterbus yang di panggil "vaporetto" akan mengambil masa 45 minit dan harga tiket ialah EUR7.50 satu hala. Burano mudah dilawati dengan menaiki kenderaan awam vaporetto. Di perhentian vaporetto "Fundamente Novo", ambil vaporetto No. 12 dan selepas persinggahan di Murano and Mazzorbo anda akan sampai ke Burano. Pulau nya kecil dan anda boleh cover seluruh pulau dengan berjalan kaki aje.


transporter Publish time 26-2-2017 03:00 PM

Ambil perhatian agar tidak terkeliru antara Murano dan Burano. Jika singgah di Murano, anda boleh bersiar di situ untuk melihat atau beli penghasilkan kaca dan kristal yang sungguh unik dan berkualiti tinggi. Kemudian, bolehlah meneruskan perjalan ke Burano pula.

transporter Publish time 26-2-2017 03:01 PM



Rumah2 di Murano yang tidak colorful seperti di Burano.

transporter Publish time 26-2-2017 03:02 PM



Since Murano famous dgn glass & crystal, ada satu glass sculpture yang unik & besar di Murano.

binisupir Publish time 28-2-2017 12:28 PM

Dekat venice kan?

transporter Publish time 28-2-2017 02:01 PM

binisupir replied at 28-2-2017 12:28 PM
Dekat venice kan?

Ya. Kena ambil water bus samada dariVenice Santa Lucia train station atau Rialto atau San Marco ke Fondamente Nove. Kemudian tukar & ambil waterbus No. 12 menuju ke Murano (Faro stop) & Burano.

bianglala Publish time 2-3-2017 09:30 PM

transporter replied at 26-2-2017 03:01 PM
Rumah2 di Murano yang tidak colorful seperti di Burano.

TQ share gambar dan info. selama ni hanya pernah dengar pasal Murano. tatau pun ada Burano. tapi sangat banyak beza la, sebab satu colourful, satu lagi tak.. mesti cantik-cantik kristalnya kan. ada beli ke masa melawat Murano? kristal yang kecik-kecik, maybe?

http://traveledmind.com/wp-content/uploads/2013/05/Murano-and-Burano-Map.jpg

transporter Publish time 2-3-2017 10:09 PM

bianglala replied at 2-3-2017 09:30 PM
TQ share gambar dan info. selama ni hanya pernah dengar pasal Murano. tatau pun ada Burano. tapi s ...

Betul map kat atas tu. Tak beli apa2 pun di Murano sbb sebelum ni dah ter-beli di Czech Rep. Crystal brg delicate, berat & harga nya lebih memberatkan.Glass sculpture di Murano tu, klau di Mesia dah lama ranap kena baling batu. :D

transporter Publish time 2-3-2017 10:17 PM

Tiada 'direct' waterbus service dari Venice Santa Lucia train station atau Rialto atau San Marco. Kena gi ke 'Fondamente Nove' stop utk ambil waterbus No. 12 ke Murano & Burano.


bianglala Publish time 3-3-2017 02:17 PM

transporter replied at 2-3-2017 10:09 PM
Betul map kat atas tu. Tak beli apa2 pun di Murano sbb sebelum ni dah ter-beli di Czech Rep. Cryst ...

betul tu... susah nak handle barang-barang fragile ni.

di Republik Czech bandar yang banyak kristal tu? Prague?

transporter Publish time 3-3-2017 03:50 PM

bianglala replied at 3-3-2017 02:17 PM
betul tu... susah nak handle barang-barang fragile ni.

di Republik Czech bandar yang banyak kr ...

Ya, di Prague. Seperti lace di Burano, Crystal di Czech & Austria pun berlambak dari China. Cari yg ada cert & warranty.


Pages: [1] 2
View full version: Pemandangan Pulau Burano, Italy.


ADVERTISEMENT