CARI-MAL Publish time 21-2-2017 03:46 PM

Lasagna Daging Berkeju Leleh, Guna Roti Pun Ada 'Umph'

Umum tahu lasagna adalah makanan berasal dari Itali, namun kini pelbagai olahan boleh dilakukan supaya ia sesuai dengan selera masing-masing.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/21/153400g7yev32e3y22jew3.jpgFoto: Carian Internet





Biasanya lasagna dibuat menggunakan pasta/mi lasagna, tetapi kini pelbagai resipi lasagna diolah menggunakan roti. Jadi, apa kata hari ini kita cuba resipi yang dikongsikan Mimie Ali menerusi FB Viral Oh Viral.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/21/153600nqwq5asgvll6v7f9.jpgFoto: Viral Oh Viral




Bahan-bahan
12 keping roti
3 biji telur
200 ml susu segar
8 keping cheese keping
1 cawan cheese Mozzarella (diparut)
1 cekak daun sup
1 biji cili merah (dihiris)
4 sudu besar sos lada hitam
4 sudu besar sos tomato
300 gram daging cincang
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
1 cubit garam dan gula




Inti Daging (Boleh guna sos spaghetti)
1. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
2. Masukkan daging, masak sehingga daging empuk.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan daun sup dan cili merah.
6. Masak sehingga daging masak dan kering. Ketepikan dan biar sejuk.




Lasagna Roti
1. Sapukan keseluruhan bekas pembakar dengan butter.
2. Pukul telur dengan susu sehingga sebati.
3. Celup roti ke dalam bancuhan susu dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.*
4. Tuangkan separuh daripada inti tadi ke atas roti dan ratakan.*
5. Susun kepingan cheese ke atas daging.*
6. Ulangi langkah bertanda (*).




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/21/153024zgs7wgnvwcnn5xcp.jpgFoto: Youtube Twisted Food



7. Akhir sekali taburkan cheese Mozzarella pada lapisan atas sekali.
8. Jika ada lebihan telur siram ke atas roti.
9. Bakar dalam oven pada suhu 180oC lebih kurang 40 minit.




kecur air liur melihat cheese meleleh itu! Apa lagi, pelbagaikan menu anda hari ini. Jika tidak sempat, boleh disimpan untuk hujung minggu ini. Selamat mencuba! - CARI




Kredit resipi: FB Viral Oh Viral / Blog zonewanita

mrizumi Publish time 21-2-2017 03:48 PM

Sedapnyaaa tengok....:mad:

EvieWanKenobi Publish time 21-2-2017 03:56 PM

menggoda sungguh..;P

siskepoh Publish time 21-2-2017 06:24 PM

peberet ni uolsss

dubuk Publish time 21-2-2017 07:36 PM

sedapnyaaaaaaaaa

drivethru Publish time 22-2-2017 03:55 AM

White sos kena pandai buat. Kalau xde white sos, nanti x sedap. White sos tu yg buat lasagna meleleh.

AJ88 Publish time 22-2-2017 07:56 AM

kecur air liur ngadap pic ni pgi2. haha. craving!

keds Publish time 22-2-2017 02:30 PM

Awesome :)

Pink59 Publish time 22-2-2017 04:07 PM

Waaa nk cubalah

salmon-suki Publish time 22-2-2017 10:25 PM

Ok...bley cbe ne...tp nti roti x soggy ke?

xyhxxy Publish time 23-2-2017 09:45 AM

sedapnya. marvellous!

IxoraP Publish time 23-2-2017 11:46 AM

aduhhh.. tliuq tgk ni

scents Publish time 23-2-2017 12:47 PM

Yummy... wah ne bole cuba ne

cmf_jeangrey Publish time 26-2-2017 02:34 AM

salmon-suki replied at 22-2-2017 10:25 PM
Ok...bley cbe ne...tp nti roti x soggy ke?

TERfikir jugak mesti soggy tu and very mushy
Ada sebab diorg guna lasagne sheets
Resepi original mmg sgt sedap dah pun

WhiskeyScotch Publish time 27-2-2017 11:14 PM

Sungguh menggoda lasagna daging berkeju itu. Sedap sedap sedappppp!!!!!

ibuaq Publish time 30-5-2017 01:57 PM

craving :)

deekhan Publish time 1-6-2017 08:58 AM

menggugat sungguh

Malinassohan Publish time 24-1-2019 01:21 PM

nak tanya, jika lasagna nak dimakan keesokan harinya (dibawa ke ofis) boleh ke dibakar pada malam hari dan diletakkan dlm chiller lepas tu? kemudian keesokkan pagi perlu ke panaskan dlm oven?

leogirl8902 Publish time 18-2-2019 03:40 PM

nampak sedap. :D:D:D:D:D

Nadzfizz Publish time 23-2-2019 06:41 PM

Yummy sedap nyaa.. Mudah nya guna roti.. Bleh la cuba nanti
Pages: [1] 2
View full version: Lasagna Daging Berkeju Leleh, Guna Roti Pun Ada 'Umph'


ADVERTISEMENT