elia201 Publish time 11-2-2018 07:21 PM

PERUT Maya berkeroncong melihat makanan yang terhidang namun Maya tiada sesen pun wang ditangan untuk membeli. Mampu melihat saja dari jauh. Sesekali Maya meneguk liur sambil mata asyik merenung ke arah aneka makanan dan minuman.

Perilaku Maya menarik minat seseorang. Lantas tanpa ragu ragu Maya dihampiri.

“Anak ini lapar ke?”

Seorang wanita berwajah keibuan menghampiri Maya.

Maya serba salah untuk menjawab. Hanya mampu mengangguk. Malu.

“Ini gerai mak cik.. Anak ambillah apa yang anak ingin makan.. Mak cik ikhlas..”

Jari jemari halus Maya di usap lembut. Entah kenapa hati dipagut simpati melihat wajah polos Maya.

MMISS Publish time 13-2-2018 03:54 PM

nice story.. sambung lagi tt

elia201 Publish time 17-2-2018 03:37 AM

DATIN NOURA mengusap lembut rambut anak sulungnya. Faham akan kesedihan yang dialami Addi. Keadaan diri runsing dan kusut saat mengetahui onar yang dilakukan Maya.

“Biar Mommy saja jagakan Dania.. Mommy dah anggap Dania seperti cucu sendiri..”

Spontan kata kata itu keluar dari bibir. Sungguh Datin Noura sayangkan bayi kecil itu. Tidak kisahlah dari mana asal usul keturunan Dania, namun hati sudah terpaut kasih sejak Dania dilahirkan.

“Addi akan jaga Dania walau pun dia bukan darah daging Addi.. Cuma Addi tak pasti kalau Addi mampu maafkan pengkhianatan Maya..”

Demi tuhan Addi ikhlas menjaga Dania. Memang Dania bukan anak kandungnya namun bayi itu tidak bersalah.

Maya yang harus dipersalahkan atas semua ini.

Ternyata Maya tergamak melakukan perbuatan keji sebegini. Berzina dengan lelaki lain sehingga membenihkan zuriat. Malah membuat Addi percaya bahawa Dania adalah anak hasil perkongsian hidup mereka berdua.

“Sudahlah Addi.. Mommy dah ingatkan Addi dulu.. Maya itu perempuan kotor ! Tapi Addi degil ! Ceraikan saja dia dan Addi mulakan hidup baru..”

Datin Noura enggan membiarkan Addi terus mengenang Maya lagi. Biarlah wanita itu terus lesap dari kehidupan mereka. Datin Noura punya perancangan lain untuk masa depan Addi.

Kali ini, Datin Noura yakin Addi akan akur dengan kehendaknya.

elia201 Publish time 17-2-2018 04:12 AM

MATA Saufi terbeliak,kurang percaya dengan kebenaran yang baru didengarinya.

“Kau biar betul, Addi? Takkan kau halau isteri kau macam tu saja? Kan aku dah cakap, tunggu keputusan penuh keluar.. Kenapa kau ikut hati sangat?!”

Saufi geram dengan tindakan melulu Addi.

“Kenapa, Saufi? Kau nak kata keputusan hari itu salah ? Dania sebenarnya anak aku?”

Dada Addi berdetak kencang menanti jawapan balas Saufi.

Saufi hanya menggelengkan kepala.

“Kau memang bukan Papa Dania tapi Maya juga bukan Mama Dania..”

“Maksud kau?”

Jantung Addi berdegup pantas mendengar kata kata yang terluah dari bibir Saufi.

“Dania memang bukan anak kau atau Maya. Kemungkinan anak kalian tertukar dengan orang lain. Kau boleh periksa dengan doktor yang merawat Maya sewaktu Maya melahirkan. Siapa tahu ada kesilapan berlaku waktu itu..”

Saufi memberi menerangkan panjang lebar sambil mengemukakan cadangan kepada Addi. Terselit jua simpati buat Maya yang menjadi mangsa keadaan.

Sejenak Addi tunduk meraup wajah. Bayangan Maya bermain difikiran kala ini.

“ Aku faham perasaan kau, Addi. Selesaikan satu persatu. Paling penting, cari isteri kau dulu..”

Bahu Addi ditepuk, tanda memberi semangat. Saufi bersimpati dengan dugaan yang menimpa teman karibnya.

elia201 Publish time 17-2-2018 04:52 AM

DATO’ AMER tidak melepaskan peluang mendekati wanita yang hingga kini masih ‘berhutang’ dengannya. Serasa tidak berbaloi pernah berhabisan wang ringgit dan masa apabila diri hanya diperbodohkan. Cinta yang didambakan tetapi dibalas dengan dusta.

“Tempat Maya bukan disini.. Ikut abang !”

Tangan Maya direntap kasar.

Maya yang sedang mengambil pesanan pelanggan tersentak dengan kemunculan Dato’ Amer. Tak sangka Dato’ Amer boleh berada disini.

Tekak Dato’ Amer merasa kembang tiba tiba. Jijik barangkali melihat makanan yang terhidang. Seumur hidup inilah kali pertama Dato’ Amer menjejakkan kaki ke warung makan sebegini.

“Please Daddy ! Biarkan Maya sendiri..”

Maya endah tak endah dengan kehadiran Daddy mertuanya.

Sedar Dato’ Amer masih belum menerima kenyataan status dirinya sebagai isteri Addi. Maya bimbang Dato’ Amer masih menaruh harapan Maya akan kembali menjadi ‘simpanan’ seperti dulu.

Sementelah, Maya sudah berjanji kepada diri sendiri takkan sesekali kembali ke kehidupan gelap itu semula.

“Abang tak pernah lupakan Maya.. Layanan manja Maya..”

“Enough, Dato’ !”

Maya mengetap bibir, geram mendengar kata kata Dato’ Amer.

“ Maya dah jadi isteri Addi, anak Daddy sendiri.. Tolong hormati Maya sebagai menantu !!”

Usai berkata begitu, Maya terus berlalu meninggalkan Dato’ Amer terpinga pinga sendirian.

elia201 Publish time 17-2-2018 02:52 PM

Edited by elia201 at 17-2-2018 02:53 PM

JUNAIDAH yakin telahannya benar. Maya bukan datang dari keluarga sebarangan. Perhiasan yang tersarung ditubuh bukan calang calang harganya. Pasti berharga ribuan ringgit. Kedatangan lelaki berumur berpakaian segak digerai siang tadi membuktikan gerak hati Junaidah tidak tersasar.

“Maya dah tak sudi tinggal dirumah buruk Mak cik ke?”

Entah kenapa Junaidah sebak ingin melepaskan Maya pergi dari sisi. Meski baru sebulan mengenali Maya, hati mula menganggap Maya persis anak kandung sendiri. Berat menerima hakikat kehilangan Maya. Serasa separuh dari jiwa Junaidah bakal dibawa bersama.

“Maya terpaksa pergi, Mak Cik. Maya tak mahu menyusahkan Mak Cik di kemudian hari..”

Maya gusar jika Dato’ Amer dapat menghidu keberadaannya disini. Bimbang diri bakal dipaksa    hidup dalam kemaksiatan seperti dulu.

Justeru Maya tiada pilihan lain. Maya harus lari dari sini secepat mungkin. Sebelum Dato’ Amer menemuinya buat kali kedua.

“Mak Cik tak pernah anggap Maya menyusahkan, nak.. Malah Mak Cik bersyukur kerana Maya sudi tinggal bersama Mak Cik yang hidup serba kekurangan ini..”

Airmata berjuraian jatuh dipipi Junaidah. Sempat berdoa dalam hati supaya Maya berubah fikiran.

“Maya bersyukur Mak Cik sanggup terima orang asing seperti Maya dalam rumah Mak Cik.. Tapi Maya punyai musuh, Mak Cik.. Bila bila saja dia boleh ke sini.. Maya gusarkan keselamatan Mak Cik..”

Jelas terpancar kebimbangan di wajah Maya. Tindakan Dato’ Amer sukar diramal.

Kalau dulu Maya mungkin boleh merasa selamat disisi Addi.

Hal ini kerana Maya yakin Dato’ Amer rela berkorban demi kepentingan anak sulungnya.

Namun kini, Addi sendiri mengusir Maya dari hidupnya. Mahu atau pun tidak, Maya perlu sendirian berhadapan dengan segala tindak tanduk Dato’ Amer.

Andai Dato’ Amer merencana membalas dendam, Maya terpaksa terima kerana Maya yang tega bermain api terlebih dulu.

Bermain cinta dengan lelaki tua demi wang ringgit !

Meski berat, Maya perlu bersedia menanti saat pembalasan tiba.

elia201 Publish time 18-2-2018 01:42 AM

“EH, perempuan tak tahu asal usul ! Sampai bila kau nak menumpang rumah Mak aku ni ha?!”

Seorang lelaki berkulit sawo matang mendekati Maya. Riak wajah berang seperti singa kelaparan.

Hati membara apabila mengetahui ibunya mempelawa orang asing menetap sekali dirumah pusaka mereka.

“Siapa kau?! Adab mana?! Kau boleh tanya aku secara baik. Tak payah sampai nak meninggi suara !”

Maya bengang apabila disapa kasar sebegitu. Wajah asing didepan mata ditatap tanpa gentar.

Rupa hodoh perangai pun hodoh !

Getus hati Maya.

Bukan berniat menghina ciptaan Tuhan cuma Maya jelak dengan tingkah manusia yang selalu memperlekehkan dirinya.

“ Aku Ehsan ! Anak Junaidah.. Sedar diri sikit yang kau tu menumpang dirumah aku !”

Ehsan merenung tajam ke arah Maya.

Seraut wajah cantik itu tidak sedikitpun membuat Ehsan cair tatkala bertentang mata bahkan hati meluat dengan tutur kata berbisa Maya. Serasa ingin ditonyoh dengan cili. Biar pijar seluruh mulut Maya. Baru Ehsan puas hati.

“Oh.. Jadi kaulah anak tunggal Mak Cik Junaidah.. Aku ingat Mamat sewel mana tadi.. Mak kau ada di dalam.. Masuklah ! Mesti dia seronok tengok kau ..”

Maya mengerti kerinduan yang dirasai Junaidah saat berjauhan dengan anak tersayang.

Sehingga kini Maya tidak pernah melupakan arwah Adam.

Sayang, Maya hanya sempat membelai Adam seketika cuma. Adam telahpun pergi menghadap Tuhan yang maha Esa.

elia201 Publish time 18-2-2018 02:13 AM

MAYA benar benar merindui anaknya tika ini.

Lantas Maya mengambil keputusan untuk menziarahi pusara arwah Adam. Berteleku sedari tadi. Mentari kian beransur pergi. Rembang senja mula kelihatan.

Namun, Maya masih lagi disini mengenang detik indah bersama arwah Adam.

“ Malam itu.. Malam Adam dilahirkan.. Doktor kata jantung Adam semakin lemah.. Mama terpaksa dibedah.. Mama takut ! Tapi demi Adam, Mama kuatkan juga.. Badan Mama menggigil sebab terlampau sejuk dibilik bedah.. Terketar ketar Mama menahan sakit suntikan epidural.. Tapi semua itu hilang bila menatap wajah Adam.. Adam comel sangat ! Kulit Adam merah.. Rambut Adam lebat macam Papa.......”

Senyuman bahagia terukir di bibir Maya saat ini. Kenangan silam tersemat abadi dilubuk hati.

“Maya?!”

Satu suara menganggu fokus Maya bercerita tentang Adam.

Maya menoleh ke sisi. Terkejut melihat kelibat Akif. Bekas suaminya tampak susut. Seingat Maya, sudah lebih setahun mereka tidak bersua muka. Akif terus menghilang tanpa khabar berita.

“ I ada hal mustahak nak bagitahu you, Maya.. Syukur I jumpa you disini..”

Akif memula bicara. Hati rawan mencari tahu keberadaan Maya.

Sejak Maya memilih mengahwini Addi, Akif sudah berjanji tidak akan sesekali mengganggu kehidupan Maya.

Cuma bilamana Ibu beria menyatakan hasrat kepingin bertemu Maya, Akif jadi serba salah.

Apa kata Addi andai ketahuan Akif menghubungi isterinya. Bimbang rumahtangga Maya berkocak pula dengan kehadirannya.

“ Apa hal itu?”

Meski kurang senang dengan kemunculan Akif yang tak diundang namun Maya jadi penasaran. Pasti Akif ada perkara penting ingin diberitahu kepada Maya.
Pages: 1 2 [3]
View full version: Cerpen : Salahkah..


ADVERTISEMENT