Ubah Persepsi, Surga Yang Tidak Dirindukan 2 Bukti Filem Agama Berjaya
Bagi mereka yang pernah menonton filem Surga Yang Tidak Dirindukan pada tahun 2015 pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton sekualnya pada tahun ini.Cerita yang sarat dengan nilai kekeluargaan ini berjaya menarik minat dan memikat jiwa penonton.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/20/173833y6w8iwic2wzi5w68.jpg
Foto: showbiz.liputan6.com
Filem Surga Yang Tidak Dirindukan 2 menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shahserta serta Reza Rahadian. Apa yang lebih menarik, pelakon Malaysia, Nora Danish juga terlibat dalam projek ini.
Menurut Nora lagi dia sangat teruja dapat menjadi sebahagian dari filem ini kerana pengalaman yang diperolehi ketika berlakon dengan produksi negara luar adalah sangat berbeza.
Secara ringkasnya, cerita ini mengisahkan tentang kehidupan suami isteri bersama anak mereka yang penuh berliku dengan onak dan cabaran.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/20/173934hm989tc6xccq8eic.jpgFoto: showbiz.liputan6.com
Mesej yang cuba disampaikan melalui filem keluaran MD Pictures ini sangat jelas membawa unsur-unsur Islam di dalamnya.
Penonton diajar untuk tidak bersikap ego dan cuba untuk mementingkan kebahagiaan orang lain.
"Islam sejati yang saya tampilkan di sini boleh dipanggil sebagai syurga. Jadi bagi memperolehi syurga, seseorang itu perlu melakukan pengorbanan yang banyak," ujar pengarahnya, Hanung Bramantyo pada media tempatan Indonesia.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/20/173934ogmj08qxmbp00cbe.jpgHanung Bramantyo, Foto: showbiz.liputan6.com
Filem ini mendapat banyak reaksi dan maklum balas positif dari penonton.
Antaranya ada yang mengatakan ia sangat sedih sampai boleh membuatkan kita menangis serta dapat mengingatkan tentang kematian.
Wah, nampaknya memang sangat hebat filem keluaran negara seberang ini. Apa lagi, ayuh tonton segera kerana ia sudah mula ditayangkan di pawagam sejak 16 Februari lepas. -CARI
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/20/173934ohjngnzvwgxungb1.jpgFoto: showbiz.liputan6.com
sytd yang first je memang best apatah lagi yang kedua ni :lol: :lol: x sabar nak gi tgk dkt wayang esok ;P yang first tu aku mmg tak bleh blah la. kawin sebab nak tolong, tolong je takyah kawen tak bleh ke NBM replied at 20-2-2017 07:25 PM
yang first tu aku mmg tak bleh blah la. kawin sebab nak tolong, tolong je takyah kawen tak bleh ke
Kau gila taknak kahwin dgn MeiRose yang cantik nak mampos tu? :curse:
sherry_zaida replied at 20-2-2017 10:56 PM
Kau gila taknak kahwin dgn MeiRose yang cantik nak mampos tu?
haaaa kannnn...nampak sgt laki dia tu nak menggatal. Cuba MeiRose tu ala2 rupa Norlia Ghani..ko ingat dia nak kawen? tolong pun tak maunya dia hahaha
NBM replied at 20-2-2017 11:00 PM
haaaa kannnn...nampak sgt laki dia tu nak menggatal. Cuba MeiRose tu ala2 rupa Norlia Ghani..ko in ...
Kau ni husnozon la sikit nyah! :lol:
dia kahwin pun sbb xnak akhbar tu rasa mcm mn dia rasa menjadi anak yatim n mak bunuh diri..apala yg komen tu.. Laki aku suke movie ni katanya heroin2 nye lawa..aku pun tak tengok lg yg 2015 punya..laki aku je dah tengok :$ Edited by Apai90 at 21-2-2017 09:12 AM
Dah tengok weekend aritu.. Memang best la..Sedih woo {:cryruno
Pelakon2 berlakon x kayu, cantik2 lawa2but talented.. Even pelakon kanak2 pun lakonan sampai. Nora Danish not bad lakonan, banyak jugak scene dia.
Sinematografi memukau, OST best, diselitkan jugak elemen2 Islamic yg tak terlalu berat tapi still membuat kita berfikir sambil menonton
In conclusion, berbaloi la tengok {:thumbo
raline shah...oh mcm best je... santek hokeh raline tu..dah la santek belakon pn x kayu :$ Meirose yg cantik dan berbakat Ntah knp iolls suka jalan cite sytd 1.. but sytd 2 still not bad. Lbh bnyk scene lawak.. cuma jln cite cam expected ckit..hehe..
Budak yg belakon jd nadia tu sgt bagus.. {:thumbo masalahnya ...yg berjaya tu bukan pslfilem tu filemagama.byk je filem2 islamik dan biographicalpejuang2 agama tapitak laku pun.yglaku tu sbb filem ni drama psl poligami.ntah kenapa orgm'siasuka betul tgk citer2 poligami..mcm ayat2 cinta.dulu drama nur kasih psl poligami pun rangking tinggi jugak kann?go figure....:) bellxx replied at 20-2-2017 05:45 PM
sytd yang first je memang best apatah lagi yang kedua ni x sabar nak gi tgk dkt wayang e ...
JOMLA KITE ;P
nagess tengok cerita ni
ooohh...x sbr nk tgk cita ni..
filem Indon yg tema macam ni bagi aku yg the best ialah Ketika Cinta Bertasbih. ok i'm a genius. patutla movie ni tajuk dia sytd 2..... sbb ada no 1... :sweat3: ok nak cari yg first dulu.
Pages:
[1]
2