espri6006 Publish time 20-2-2017 01:17 PM

Album Artis Tempatan - Tahukah Anda..

Edited by espri6006 at 20-2-2017 01:25 PM

Tahukah anda selain album Dayang Nurfaizah mempunyai masalah dengan syarikat rakaman, Album Wann @ Wan Rashidah juga pernah jadi mangsa keadaan iaitu album 'Terlerai Kasih' keluaran 1989. Pada mulanya album tersebut di terbitkan oleh A Ali kemudian di tarik balik dari pasaran kerana masalah dalaman. Kemudian album itu diedarkan semula dengan tajuk Terlerai Kasih - Jawapan Kelabu dan diterbitkan oleh John Goh (partner A Ali dlm group Pelangi). Dalam edaran kedua ada beberapa lagu dirakamkan semula dengan susunan muzik baharu, antara lagunya Terlerai Kasih, Jawapan Kelabu dan Bukan maksudku. Sebab itu jika anda dengar atau tonton dalam youtube lagu2 tersebut ada dua version sehingga ada yang keliru. Apabila Rock Record ambik alih syarikat rakaman SCS, mereka mengedar semula album Terlerai Kasih version pertama.


Maybe ada lagi album album artis yg bermasalah seperti mereka.. Boleh disenaraikan utk tatapan BBNu kita.

faralina04 Publish time 20-2-2017 01:20 PM

1st...yeahhhh

tintalangit Publish time 20-2-2017 01:28 PM

Erk.... mak iols minat wann...
Iols pun suka suara wann...
suara dia mahal...lain dari yg lain.
Iols harap sheol masuk GV4.

Lagu penawar rindu versi sheol adalah versi tersedap di muka bumi.

K_Lily Publish time 20-2-2017 01:33 PM

Esok tetap di tangan Tuhan
Bukan aku yang menentukannnnnn

espri6006 Publish time 20-2-2017 01:36 PM

K_Lily replied at 20-2-2017 01:33 PM
Esok tetap di tangan Tuhan
Bukan aku yang menentukannnnnn

Itu album pertama dia...dia pun masih flawless masa ni...tapi lepas album ke dua muka dia berjerawat.

espri6006 Publish time 20-2-2017 01:38 PM

tintalangit replied at 20-2-2017 01:28 PM
Erk.... mak iols minat wann...
Iols pun suka suara wann...
suara dia mahal...lain dari yg lain.


Penawar rindu
Perwira
Biarlah Aku Pergi
Darah Muda
Selamat Pengantin Baru
Hilang Terang Timbul Gelap

Best version from Wann.

bobok_berhabok Publish time 20-2-2017 01:45 PM

lagu wajib karok ni , lamunan hati dengan darah muda

sepitsiput Publish time 20-2-2017 01:48 PM

ada beberapa album dlm sejarah mmg reproduced or release...tp yg paling obvious dayang la..

amelina - 1994, album sheols diterbitkan olej ruslan mamat before dia sign contract dgn warner...prodctikb semua di bandung..ruslan mamat usung tape ke semua sykt rkaman semua reject termasuk warne
.until one day Tony Fernandes pasang dlm office n dia sukajust..terus tony mintak nk edarkan album amelina tu... album tu release end of 1994 sedangkan rakaman dibuat setahun sblmnya. byk yg gigit jari bila album queen alin yg direject tu terjual beratus ribu unit.

espri6006 Publish time 20-2-2017 02:06 PM

Edited by espri6006 at 20-2-2017 02:14 PM

Kalau dari segi lagu banyak juga kan.

Siti Nurhaliza
Dibawah Pohon Asmara - Jaclyn
Untuk kali Terakhir - Marsha
sudah dirakam tapi tidak di masukan dalam mana2 album sehingga DCT keluar dari SRC maka baru SRC keluarkan rakaman tu dalam bentuk The Best Of. Itupun selepas Jac dan Marsha rakam balik. kalau macam tu nak dikira original song milik siapa ye?

Ramlah Ram,
Nadi Cinta lagu asalah Jamal Abdillah tapi dirakam balik oleh ramlah semasa bawah Nawab Production tapi apabila Ramlah join BMG/PMC baru Nawab Production keluarkan lagu tu nak beat album ramlah bawah BMG.

Rahim Maarof
Lagu syakila juga pernah jadi masalah apabila ia dirakam oleh Rahim Maarof dengan EMI kemudian ia dirakam balik oleh Razzi.

Leeanne88 Publish time 20-2-2017 07:21 PM

espri6006 replied at 20-2-2017 02:06 PM
Kalau dari segi lagu banyak juga kan.

Siti Nurhaliza


Di bawah pohon asmara tu bukan sepatutnya siti sarah ke? Dia ada mentioned dalam gv dulu

RatuDunia94 Publish time 20-2-2017 07:33 PM

espri6006 replied at 20-2-2017 02:06 PM
Kalau dari segi lagu banyak juga kan.

Siti Nurhaliza


Siti dulu mmg byk record lagu.. Zaman dia dulu berpusu2 komposer hantar demo suruh heols masukkan lagi dlm album.. Tp x semua lagu boleh dimasukkan dlm album atas faktor A&R, persetujuan syarikat rakaman, Politik komposer lg. Mcm dulu Aiman byk lagu dia masuk dlm album ct sbb heols resident komposer SRC. Untung lah.. Mcm mendiang whitney houstan gak lah. Dh mati baru nak release lagu2 yg dulu sheols pernah record antaranya Memories featuring CT..
Iols rasa byk je lagu2 yg ct pernah record tersimpan kt stor SRC..

fadz84 Publish time 20-2-2017 07:49 PM

Leeanne88 replied at 20-2-2017 07:21 PM
Di bawah pohon asmara tu bukan sepatutnya siti sarah ke? Dia ada mentioned dalam gv dulu

Siti Sarah x record pun as recording company dia reject lgu tu.. ehe.. Aishah pun pernah record semula lgu Redha nyanyian Rahim Maarof tukar tajuk jd Rela.. Tila pun ambik lgu Rela yg Ziana Zain pernah record pastu meletop sbb masa tu ZZ dah kje ngn MAS..

nashrudean Publish time 20-2-2017 07:53 PM

tintalangit replied at 20-2-2017 01:28 PM
Erk.... mak iols minat wann...
Iols pun suka suara wann...
suara dia mahal...lain dari yg lain.


Wann mmpu lagi ke nak meran uol? silap2 meneran keluar buasir atas pentas malu jah

fadz84 Publish time 20-2-2017 07:57 PM

Limited sgt la nk cite topic ni sbb rare sgt case cm Dayang tu.. huhu

espri6006 Publish time 20-2-2017 08:06 PM

Dayang tu masalah tentang syarikat tak benarkan dia nyanyi dari album SMSC je kan.. yang lain kebanyakannya masalah lagu2. Tapi kalau korang dengar lagu2 wann yang ada 2version tu mesti ada pro and kontra. Sebab lagu sama, muzik arrangement lain dan vokal pun dirakam semula.

fadz84 Publish time 20-2-2017 08:12 PM

Edited by fadz84 at 20-2-2017 08:25 PM

Single baru Stacy masa konsert ke berapa direkod semula oleh Bob Mesra ngn tajuk Cinta Terhalang.. n klau nk tau lagu Hati Ini Telah Dilukai pernah direkod oleh Haida Hajat dgn tajuk Biarkanlah dlm album Besar Kemungkinan.. sebijik melodi n liriknya

ISoOjpxsFEk

sharlenetexas Publish time 20-2-2017 08:29 PM

Ella USA album artis Malaysia pertama rekod di USA. Masa ella rekod kt sana, California dilanda gempa bumi. Ingat lg buletin utama tv3 telefon ella tanya keadaan kt sana.

espri6006 Publish time 20-2-2017 08:37 PM

sharlenetexas replied at 20-2-2017 08:29 PM
Ella USA album artis Malaysia pertama rekod di USA. Masa ella rekod kt sana, California dilanda gemp ...

A ah...dalam tahun 93/94 gitu rekodnya dan album tu di keluarkan awal 94..aku tengah ambik kursus kat iLp masa tu.

noell Publish time 20-2-2017 08:50 PM

tahukah anda album 'Warna" Sheila Majid adalah album pertama di tanah malaya dikeluarkan dlm bentuk CD?

noell Publish time 20-2-2017 08:58 PM

tahukah anda album ramlah ram 'kau kunci cintaku' adalah album pertama di tanah malaya yg mencapai jualan sebanyak 300K jumlah tertinggi sebelum dipintas dek album Raihan 'Puji-pujian' dgn jualan lebih 400K...selepas itu berderet la artis dpt jual album ratus2 ribu tapi still tak bleh beat raihan & kak melah
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Album Artis Tempatan - Tahukah Anda..


ADVERTISEMENT