chacon Publish time 16-2-2017 04:50 PM

Tips agar rahim & poen sentiasa sihat, baca ni hakak2 semua



blob:http://imgur.com/5f10ffd9-d5d5-4d2e-a92c-1fc2117aa293
http://i.imgur.com/GVtWkHy.png


Khas untuk kaum HAWA! Tolong jangan ketawa ye!!1. Mandi serumAdallah mandi herba. Biasanya mandian ini dilakukan oleh wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk buat.Daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk dibuat mandian. Antara daunnya adalah:– Daun pandan
– Daun limau purut
– Daun serai wangi
– Daun mengkudu
– Daun kunyit
– HaliaSelain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit. Mandi serum paling mudah yang boleh dilakukan adalah dari bahan dapur anda sendiri iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tak cuba dan rasakannya sendiri. Ala-ala spa tradisional gitu.
2. BertangasNi tak ramai juga yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas ni agak leceh. Sebenarnya senang, wapkan saja faraj anda dengan wap dari bahan tangas selama 20-30min.Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di halakan pada faraj.Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala mak nenek toksin akan keluar dari faraj kita melalui peluh yang keluar ketika proses bertangas.Bahan paling mudah untuk tangas basah adalah sirih+manjakani. Tangas kering pula manjakani+kunyit+halia+ halba+perahan limau.
3. Rendaman farajMaksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba. Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani. Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah berasap. Rendaman faraj dan tangas ini sesuai bagi wanita yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua aktiviti ini.
4. MeruangBagi saya ini kalau tak buat memang menempah masalah. Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan dalam lubang faraj kita yang tak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbullah lendir yang berbau dan menyebabkan kegatalan. Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul.
Banyak kebaikkan dari meruang ni. Nak tahu rahim jatuh atau tak meruanglah. Nak tahu faraj grip atau tak meruanglah. Nak tahu dah boleh mandi wajib ke belum, meruang juga lah.
Rasa- rasa semua cara di atas perlukan pelaburan wang yang banyak atau tak? Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah.


Sumber: Persatuan Muafakat Johor

CiliPadiSedap Publish time 16-2-2017 06:07 PM

tangas ni bagus buat waktu pagi.

tangas ni sama macam mandi wap atau sauna.. akak suka amalkan bila hormon tak stabil..

zachuby Publish time 17-2-2017 01:53 PM

tangas memang bagus

maaanakautau Publish time 20-2-2017 10:38 PM

CiliPadiSedap replied at 16-2-2017 06:07 PM
tangas ni bagus buat waktu pagi.

tangas ni sama macam mandi wap atau sauna.. akak suka amalkan...

Hang suka amalkan waktu hormon hang Tak stabil????

Excuse me, you mean, hormon hang PERNAH STABIL??????Bilamasa??????

:lol::lol:{:1_506:}{:1_506:}

eurasia_nur Publish time 25-2-2017 08:15 AM

Good info.. tq sharing..
Pages: [1]
View full version: Tips agar rahim & poen sentiasa sihat, baca ni hakak2 semua


ADVERTISEMENT