Apam Balik Buah-buahan Homemade, Tak Perlu Lagi Tunggu Pasar Malam!
Siapa yang tak kenal dengan apam balik. Apam balik merupakan salah satu kuih yang harus dibeli setiap kali mengunjungi pasar malam. Bagi anda yang rajin memasak dan mencuba masakan baru, apa kata kali ini cuba buat sendiri apam balik pula!Anda sebenarnya boleh letak apa sahaja sebagai inti mengikut cita rasa lidah anda.
Jadi kali ini, kita cuba buat apam balik inti kismis atau campuran buah-buahan, kacang dan gula! Resipi ini dikongsi Joha Hassan menerusi laman Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/13/181040g61vskuskbku5ss5.jpg
Bahan-bahannya
4 cawan tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur
Secubit garam
1/4 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh soda bikarbonat
500 ml pati santan di campurkan dengan 1 cawan air suam
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning telur
Bahan-bahan inti (ikut citarasa)
1 mangkuk kacang goreng, ditumbuk halus
1 mangkuk jagung manis dalam tin
1 mangkuk gula pasir
Kismis atau buah-buahan campuran
Peanut butter
Krim Cheese
Cara membuatnya
1. Campur tepung, garam dan gula. Gaul rata.
2. Masukkan serbuk penaik dan soda bikarbonat. Kacau rata.
3. Masukkan dua biji telur, santan dan sedikit air suam. Pukul semua bahan sehingga sebati. (Tepung nya jangan terlalu pekat atau cair).
4. Masukkan esen vanila dan pewarna. Gaul rata dan ketepikan.
5. Panaskan kuali rata yang tak melekat (non-stick pan) dan masukkan doh secukupnya ke dalam kuali dan ratakan sehingga menjadi bulat sempurna. (Tip untuk mendapatkan kulit apam yang tebal: Guna api yang kecil, biarkan doh masak secukupnya sebelum memasukkan intinya).
6. Bila buih-buih kelihatan, tunggu hingga ia hampir kering. Kemudian, masukkan jagung, kacang goreng dan gula pasir secukupnya. Tip: Jangan letak terlalu banyak nanti ia akan terkeluar bila dilipat dua).
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/13/180553rvftrxjx34rfy2y3.jpgFacebook Joha Hassan / Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
7. Lipat dua lempeng anda. (Tip: Untuk mendapatkan kulit kempeng kelihatan bersih dan rata, jangan letak sebarang minyak atau mentega ketika membakar lempeng).
Kalau menjadi dan sedap, pasti sangat berpuas hati terutama jika dimakan bersama yang tercinta. Selamat mencuba! - CARI
Kredit Resipi: Joha Hassan dapnyaaaaa weiii Sedapnya... dapnyaaaabolehlah iollss tambah nutella !! yummyss sedapnya nak jagung banyakkkk belum rasa lagi dah tau sedap.
apam memang sedap. iols suka apam without kacang... letak jagung lebih n marjerin lebih. mmh yummmy aku diet.....sedihhhh..... Terbaikkk {:1_132:} apam balik nipis n crispy pun guna batter yg same kah sedapnya..I love apam balik...{:mllove:} dulu masa kerja sementara kat Subang Parade, selalu beli apam balik kat pakcik yg jual di stesen KTM Subang...:loveliness: sedap wess..taruk jagung bnyk2 n ltk chocolt nyummmsss saya pun dah belajar buat yang crispy masa pkp 1 haritu .. senang aje rupanya. untuk yang crispy tips dia buat batter at least 2-3 jam in advance .. bagi batter rest dalam fridge kejap. kalau overnight lagi bagus .. nanti apom jadi cantik kejadian and senang nak lenggang Macam sedap Tq share resepi Boleh la try nanti;P
Pages:
[1]