..Atheist. Publish time 11-2-2017 11:45 PM

Kau tak percaya tuhan?

Malaysian Atheist Confessions
6 hrs ·
11 Feb 2017 #3
Kau tak percaya tuhan?

Proses aku mengubah kepercayaanku daripada seorang muslim kepada seorang deist, agnostik dan akhirnya kepada seorang ateis adalah satu proses yang lambat. Bukannya sesuatu yang mudah hanya kerana satu video atau satu hujah.

Sejujurnya aku tidak gemar dengan perkataan ateis itu sendiri kerana aku jauh lebih ekstrim. Aku suka menggelar diriku seorang skeptik. Mana mungkin aku boleh yakin dengan sesuatu yang tidak boleh dikesan, hanya bergantung kepada sebuah kitab.

Sebelum boleh percaya kepada tuhan, banyak perkara yang kita perlu yakini dulu. Adakah kebenaran sesuatu yang boleh kita gapai dengan deria-deria kita yang cukup lemah?

Aku gemar menggunakan optical illusions untuk menunjukkan kelemahan otak manusia. Otak kita mudah tertipu dengan garisan dan warna hasil evolusi kita. Apatah lagi dengan konsep-konsep lebih besar seperti kebenaran, keadilan dan tuhan. Apakah itu ‘absolute truth’? Mungkin jawapannya adalah 42.

Sedangkan sains, satu metod yang telah berjaya membawa manusia ke bulan selalu juga dikritik dengan isu seperti ‘Problem of Induction’. Namun sains terus digunakan kerana ia berkesan. Itu sahaja.

Aku tidak tahu, engkau juga tidak tahu. Maka tidak perlulah engkau memaksa kepercayaan kau ke atas aku. Bak kata Aristotle, “I am wiser than this man, for neither of us appears to know anything great and good; but he fancies he knows something, although he knows nothing; whereas I, as I do not know anything, so I do not fancy I do. In this trifling particular, then, I appear to be wiser than he, because I do not fancy I know what I do not know. “

https://www.facebook.com/melayuatheistconfession/posts/1195412457238191


pawie Publish time 12-2-2017 08:12 PM

Rugi hidup...
Sebab kita hidup...diberi tempoh masa 20tahun,30 tahun atau sampai max 80tahun....semata untuk cari dan kenal tuhan....

Beruntunglah...bagi mereka yang kenal tuhan sebelum dia dimatkan...dan amatlah malanglah...bagi meteka yg gagal mencari tuhan ...sampai dimatikan

..Atheist. Publish time 12-2-2017 08:19 PM

pawie replied at 12-2-2017 12:12 PM
Rugi hidup...
Sebab kita hidup...diberi tempoh masa 20tahun,30 tahun atau sampai max 80tahun....sem ...

apa bukti tuhan tu ada?:o

pawie Publish time 12-2-2017 08:26 PM

Guna mata, guna telingga, guna akal, untuk kita berfikir...

Kereta....ada pencipta, kapalterbang ada pencitanya....forum cari.com...pun ada penciptanya.....ini pula manusia.....sudah tentu ada penciptannya....

..Atheist. Publish time 12-2-2017 08:47 PM

pawie replied at 12-2-2017 12:26 PM
Guna mata, guna telingga, guna akal, untuk kita berfikir...

Kereta....ada pencipta, kapalterbang...
betul tu....... tuhan pun ciptaan manusia{:thumbo

Deidra Publish time 12-2-2017 09:12 PM

I wonder why ilmuwan bistari betah berdebat seperti@maaanakautau tidak mencemar duli ke thread seperti ini.

sebu Publish time 12-2-2017 10:19 PM

Mod. Campak thread acong ni. X sesuai pun kat sini

afja Publish time 12-2-2017 10:26 PM

Manaktatauapaapa tu sbb dia x mencemar duli dlm thread ni

P/S slh bod. sila humban dlm neraka thread ni.

pawie Publish time 12-2-2017 10:41 PM

..Atheist. replied at 12-2-2017 08:47 PM
betul tu....... tuhan pun ciptaan manusia

Ya...ada tuhan manusia cipta......lepas itu dia sembah tuhan itu...tetapi bukan tuhan bernama Allah

Pages: [1]
View full version: Kau tak percaya tuhan?


ADVERTISEMENT