KendallJenner Publish time 8-2-2017 10:56 AM

Bila Manusia

Bila manusia mula meletakkan kehendak
tuhan melebihi kehendaknya,
Dia akan mengenal ikhlas.

Bila manusia mula percaya tak semua
impian akan diperkenan Tuhan,
Dia akan mengenal ikhtiar.

Bila manusia mula berhenti persoalkan
segala ujian yang mendatang,
Dia akan mengenal redha.

Bila manusia mula punya kekuatan untuk
memaafkan hal yang kecil,
Dia akan mengenal sabar.

Bila manusia mula berasa senang dengan
kurniaan yang biasa,
Dia akan mengenal syukur.

Bila manusia mula mengenal Tuhan,
Dia akan mengenal segalanya.

bellxx Publish time 8-2-2017 12:33 PM

niceeeee !! :)

kaspar0v Publish time 8-2-2017 12:57 PM

betol ...................

juboqlembu Publish time 2-3-2017 09:32 PM

Aduh menusuk kalbu
Pages: [1]
View full version: Bila Manusia


ADVERTISEMENT