CARI-MAL Publish time 6-2-2017 05:57 PM

5 Aktor Kacak Korea Paling Hot Masa Ini, Siapa Pilihan Anda?

Salah satu sebab mengapa drama Korea semakin menambat hati peminat adalah barisan pelakonnya yang kacak dan berperwatakan romantis selain sering membuat penonton terbuai dengan penceritaannya.


Saban hari, penonton diperkenalkan dengan barisan pelakon baru yang berkarisma dan sedap 'mencuci mata' membuatkan penonton berasa tidak sabar untuk menonton episod seterusnya.


Dari watak pembantu hinggalah watak utama, barisan aktor ini telah meraih perhatian peminat sejak dari awal karier mereka lagi kerana rupa mereka di samping bakat dipamerkan.


Nak tahu siapa lima pelakon lelaki paling hot dalam industri hiburan Korea sekarang? Jom tengok!




1. Park Hae Jin

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/06/174354udfzf3cfye5yyfyt.jpgFoto: Koreaboo




Ketampanan Park Hae Jin tak dapat disangkal lagi tambahan pula dia memiliki peminat setia diKorea mahupun di peringkat antarabangsa. Peminat pasti tak sabar menunggu Hae Jin tampil dalam filem adaptasi dari drama Cheese in the Trap.




2. Seo Kang Joon

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/06/174354d77gg2y7w11g5wsw.jpgFoto: Kpop Herald




Seo Kang Joon mula memikat hati peminat apabila membintangi drama Cheese in the Trap sebagai 'second hero'. Dengan bentuk muka sempurna dan warna anak matanya sememangnya memukau peminat!




3. Kim Woo Bin

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/06/174355q8cvuvll0ctvhlh4.jpgFoto: IG Kim Woo Bin




Merupakan salah seorang pelakon paling popular di Korea hari ini, Kim Woo Bin bermula sebagai watak sokongan dan watak utama kedua dalam drama popular termasuk The Heirs. Woo Bin juga merupakan seorang model berjaya, jadi tidak hairanlah rupanya yang unik menarik perhatian ramai, sekali gus menjadikannya salah seorang pelakon paling hangat di Korea.




4. Jin Goo

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/06/174355skt1r1x1ekaxxkfx.jpgFoto: IG Jin Goo




Populariti Jin Goo semakin melonjak selepas membintangi drama Descendants of the Sun sebagai watak sokongan. Bukan sahaja penampilannya yang 'macho' menarik perhatian peminat, malah Jin Goo memiliki personaliti bersahaja dan lucu dalam masa sama.




5. Lee Dong Wook


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201702/06/174355ku1vdismzi1jvjjv.jpgFoto: The Korea Times




Siapa tak kenal dengan aktor tinggi lampai dan kacak Lee Dong Wook. Kemahiran dan bakat lakonannya yang menjayakan watak malaikat maut dalam drama popular Goblin baru-baru ini nampaknya membuatkan nama Dong Wook semakin kerap disebut-sebut di kalangan peminat.




Bagaimana dengan anda? Berapa ramai lagi pelakon kacak bertakhta di hati anda? - CARI

che_kembang Publish time 6-2-2017 06:12 PM

iol vote dong wook.lain x kenal..die ni nampak suwit sgt dgn lee da hae

aura77 Publish time 6-2-2017 06:28 PM

no 5..pelakon goblin

aura77 Publish time 6-2-2017 06:30 PM

park hae jin.. tupelakon doctor stranger kn

CrowneGlory Publish time 6-2-2017 06:32 PM

Semua x menarik...siwon ttp di hati

Aizuzu Publish time 6-2-2017 06:34 PM

Woo bin paling macho

Sandal Publish time 6-2-2017 07:28 PM

http://upload.enewsworld.net/News/Contents/20141111/80499004.jpg
:lol:

uori Publish time 6-2-2017 07:54 PM

Sandal replied at 6-2-2017 07:28 PM


tengok pun dah rasa terhibur

:lol::lol::lol:

makneng Publish time 6-2-2017 08:42 PM

Mak vote the grim reaper yach!!!

bellaa Publish time 6-2-2017 09:00 PM

Sandal replied at 6-2-2017 07:28 PM


Sedang rembes merembes dgn wajah actorrr kpop. Scrol punya scrol, sekaliikk pitam:huffy:

ninnakarinna Publish time 6-2-2017 10:07 PM

Kenapa joong ki takde dlm senarai

veYron Publish time 6-2-2017 10:37 PM

vote utk lee dong wook wlupun masih setia dgn won bin


sashabeepg Publish time 6-2-2017 10:56 PM

kenapa Lee min Ho x de?

matchstick Publish time 6-2-2017 11:05 PM

dlm list ni iols pilih seo kang joon..

tp ji chang wook, lee sang yoon, ha seok jin lg hot

cikanggun Publish time 6-2-2017 11:06 PM

Gong Yoo tak msk list kah?

whadda Publish time 6-2-2017 11:49 PM

Aku vote gong yoo walopon hero paling tua antara smua dan takde dlm list..:lol:

cknoriz Publish time 7-2-2017 12:41 AM

aku vote semua...

goblin87 Publish time 7-2-2017 01:22 AM

Lee dong wok..kl ade gong yoo..pilih 2 2..bromance..

masterdyanna91 Publish time 7-2-2017 08:59 AM

vote untuk lee dong wook..

mamamia13 Publish time 7-2-2017 09:00 AM

lee dong wok!!
Pages: [1] 2 3 4
View full version: 5 Aktor Kacak Korea Paling Hot Masa Ini, Siapa Pilihan Anda?


ADVERTISEMENT