R2D2 Publish time 4-2-2017 11:57 PM

1 dari 10 perempuan merungut tahap kepuasan seks

Satu daripada 10 wanita di Britain merungut sakit semasa mengadakan hubungan seks dengan pasangan.

Itu hasil kajian London School of Hygiene and Tropical Medicine (LSHTM) di Universiti Kolej London serta Kajian Sosial NatCen ke atas hampir 7,000 wanita berumur 16 hingga 74 tahun yang aktif dari segi seks di Britain.

Menurut Jurnal Obstetrik dan Ginekologi, masalah yang dikenali sebagai dispareunia, iaitu kesakitan atau kesukaran ketika bersetubuh, adalah perkara biasa dialami wanita berusia lewat 50-an dan awal 60-an, diikuti wanita berusia 16 hingga 24 tahun.

Doktor yang terlibat dalam kajian itu berkata, wanita boleh mengatasi masalah itu dengan mendapatkan nasihat dan rawatan, namun ramai yang segan bercakap mengenainya.

Antara sebab yang menyebabkan kesakitan ialah kekeringan faraj, perasaan cemas ketika mengadakan hubungan seks dan kurang keseronokan seksual.

Komplikasi lain ialah masalah vaginismus, otot sekitar faraj menjadi ketat secara automatik setiap kali hendak mengadakan hubungan seks.

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Karen berkata, selain seks, beliau turut menghadapi masalah sama ketika melakukan ujian pap-smear.

“Saya akan merangkak naik atas katil untuk menjauhkan diri dari jururawat.”

Selepas berbincang dengan doktor, beliau mendapati ada pelbagai krim yang boleh membantu masalah kekeringan dan meregangkan otot faraj.

“Anda tidak perlu putus asa dengan kehidupan seks apabila mencapai usia 50-an.

“Ramai wanita tidak suka membincangkan perkara ini. Kita akan bercakap mengenai proses kelahiran anak, tetapi bukan mengenai seks atau menopaus,” katanya.

Ketua penyelidik LSHTM dari Universiti Glasgow, Dr Kirstin Mitchell berkata, dispareunia mungkin berpunca daripada faktor lain.

Antaranya:

    Wanita muda mempunyai jangkaan berbeza dan apabila ia tidak ditepati, mereka tidak terangsang.
    Mereka yang baru mengadakan hubungan seks mengalami tekanan dan tidak selesa dengan pasangan mereka.
    Masalah kesihatan lain seperti jangkitan kelamin, endometriosis dan fibroid yang memerlukan rawatan.
    Wanita hampir mengalami menopaus paling kerap berdepan masalah kekeringan faraj.

Dr Mitchell berkata, pendidikan seks perlu diperluaskan supaya generasi akan datang tidak menghadapi masalah ketika mengadakan hubungan seks dan mereka lebih terbuka untuk mendapatkan nasihat doktor.

“Pendidikan seks bukan hanya mengenai kehamilan dan penyakit kelamin, tetapi mendidik mereka tentang hubungan yang boleh dipercayai dan dihormati.

“Jika anda sakit semasa atau selepas hubungan seks, segera dapatkan nasihat doktor atau klinik kesihatan berdekatan.

“Jika ia disebabkan masalah emosi, kaunselor atau ahli terapi seks mungkin dapat membantu,” katanya.

insulin Publish time 5-2-2017 12:01 AM

Ermmmmm.....xtahu nk komen apa..;P

spiderman80 Publish time 5-2-2017 12:09 AM

Perempuan kalau puas, macam mana ekspresi muka dorang?
Kalau lelaki, mesti suka buat muka itik sambil keluarkan lidah tanda sangat puas.

CiliPadiSedap Publish time 5-2-2017 12:29 AM

:lol: pg beli krim subuh baru cabut tu.. confirm melecet

R2D2 Publish time 5-2-2017 12:34 AM

bagi je adult toys

tagas Publish time 5-2-2017 12:16 PM

gf aku kalo mengerang satu kondo dengar

hepi ending feel sedap sgt kata nya ;P

liz001 Publish time 5-2-2017 09:08 PM

Ingatkan kajian di Msia..

WhiskeyScotch Publish time 5-2-2017 09:11 PM

Hey ladiessss use vibrator! Vibrator! I recommend you vibrator! Trust me you'll be satisfied! :lol::lol::lol:

ellejo Publish time 5-2-2017 10:08 PM

Wau wau wau umat tanah melayu sampai kene beli ubat utk ketatkan faraj,ada yang kene cerai sebab faraj longgar namun bekas majikan tanah melayu selamba jah secara automatiknya otot faraj mengetat secara alami


Apa rahsianya sister?

sebu Publish time 5-2-2017 10:11 PM

spiderman80 replied at 5-2-2017 12:09 AM
Perempuan kalau puas, macam mana ekspresi muka dorang?
Kalau lelaki, mesti suka buat muka itik samb ...

X boleh ke kamu campak thread ni ke bod seksspider?

shsr Publish time 6-2-2017 04:41 PM

Bini aku xpenah lagi lah cakap xpuas..Dok mintak lagi ada..Tanda tak puas ka? Kihkihkih
Pages: [1]
View full version: 1 dari 10 perempuan merungut tahap kepuasan seks


ADVERTISEMENT