seramado Publish time 3-2-2017 03:46 PM

Fasha Akui Rapat Dengan Lelaki Biasa Usia 30-an

SEMENJAK menjadi ibu tunggal, pelakon popular Fasha Sandha tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana lelaki.Dalam pada itu, Fasha, 33, akui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an.

Menurut pelakon drama bersiri Lara Aishah, sikap postitif lelaki itu membuatkan dia mahu terus berkawan.Pun begitu, Fasha enggan mengulas lanjut kerana merasakan hubungan mereka terlalu awal.

“Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini.“Apa yang boleh saya boleh katakan ialah dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

“Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung dan berkomunikasi siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih.

“Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak,” katanya kepada Harian Metro.Sementara itu, Fasha memberitahu, lelaki itu hanyalah orang biasa dan bukan dikenali umum.

“Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa,” katanya.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Jejai, namun bercerai pada 18 Januari tahun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha.

samasam90 Publish time 3-2-2017 03:48 PM

ok jejanz tu single or not available? #pencaras

semoga dia single. selmoga berbahgia la kaka

annehudakepam Publish time 3-2-2017 04:13 PM

I luv u fashaaaaa

manehnya Publish time 3-2-2017 04:14 PM

she sungguh cantik oke.. harap dia jumpa dgn penganti yg lebih baik, biar jejei nagis tgok

Aizuzu Publish time 3-2-2017 04:30 PM

Harap kali nie keluarga Mertua suka la yer

nufarsa Publish time 3-2-2017 04:37 PM

ally iskandar eh? huhuhu. teringat dulu 2007 uolsss punye gosip :zz

pucuk-kelompang Publish time 3-2-2017 06:25 PM

{:1_552:}{:1_552:}{:1_552:}

exclusive_vvip Publish time 3-2-2017 06:34 PM

Dato' Aliff terlajak laris...hahahaha...jgn mara ha...:lol:

WajibulGhunah Publish time 3-2-2017 06:46 PM

Dpt nana tanjung dgn mak mertua mak bee

kutu_ayam Publish time 3-2-2017 07:05 PM

Bagus la tuh....

newyork Publish time 3-2-2017 07:43 PM

Cari anak mami gak la fasaha.. sebulu..

ReginaGeorge Publish time 3-2-2017 07:48 PM

Jangan caras somi orang dah ler

LautBiru52 Publish time 3-2-2017 08:01 PM

Harap bujang dan dpt syg fasha anak beranak :)

nayzaron77 Publish time 3-2-2017 08:24 PM

Semoga berkekalan.... sampai ke jinjang pelamin dan bahgia hingga ke jannah...
:$

kaklehot Publish time 3-2-2017 08:28 PM

takde sesape nk CSI ke sapa lelaki tu uols...

Atifan Publish time 3-2-2017 09:01 PM

Muda lg fasha..33 tahun

eita2 Publish time 3-2-2017 09:49 PM

Semoga bahagia milik fasha

Qnqn Publish time 3-2-2017 10:10 PM

Love u Fasha! Suka tengok dia dalam Lara Aishahhh

JiEunTak Publish time 3-2-2017 10:11 PM

kalau ada jodoh lg.... harap2 famili mertua terima fasha sejujur dan seikhlasnya... and syg anak2 fasha mcm anak sndiri

cikanggun Publish time 3-2-2017 10:21 PM

Yerlah sado... lps ni belajarlah hormat org lain.. hormat mertua dan ipar duai kalo nak org hormat hang blk.. propa2 tu rentikan ajerlah... moga berjodohanlah dgn lelaki yg sekufu...
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Fasha Akui Rapat Dengan Lelaki Biasa Usia 30-an


ADVERTISEMENT