arinn Publish time 2-2-2017 10:51 AM

TIPS MEMILIH BUKU ...

Edited by seribulan at 2-2-2017 09:58 AM


Lima cara untuk memilih bukuyang baikuntuk dibeli dan dibacaTips untukmemilih buku yang bagus untuk dibaca SANGAT penting diketahui oleh bakalpembeli buku. Mesti kau orang pernah tersilap membeli buku kerana teruja dengantajuk buku yang dipaprkan termasuk kulitnya yang mengancam. (untuk makerting?).Akibatnya, baca separuh jalan, mood membaca ke laut, buku pun berhabuk. Belajardaripada pengalaman, kita perluberfikirbanyak kali sebelum berniat untuk membeli sesebuah buku.Jombincang 5 tips untukmemilih buku yang baik:
[*]Baca review dari pembaca buku yang   ingin dibeli (Seperti review dari orang ternama). Ulasan yang bagus   meningkatkan lagi keyakinan pembaca buku untuk membeli buku. Tidak   dinafikan review / ulasan adalah satu kaedah marketing yang bagus.

[*]Mesrakan diri dengan Amazon– Jika ingin beli buku dari   luar atau marketnya luas (buku Inggeris), laman web Amazon adalah   satu laman web yang reliable yang mana banyak review bagus daripada   pembaca buku yang mungkin kita ingin beli. Mungkin berpuluh-puluh atau   mungkin beratus-ratus review pembaca mengenai buku yang kita ingin beli   ada di sana. Tinggal nak baca sahaja review mereka. Jika suka baca buku Inggeris,   selalu jadikan Amazon sebagai laman untuk rujuk review daripada pembaca   yang terdahulu. Selain itu, di Amazon kita boleh kenal pasti mana satu top   selling book. Biasanya kalau dah top selling, maknanya buku tu memang   bagus untuk dimiliki dan dibaca.

[*]Kaji latar belakang penulis   buku –   Bukan bermaksud kena kaji dari A-Z mengenai penulis sampai makanan apa   penulis suka baca pun kita kena tahu. Cukuplah sekadar tahu education atau   portfolio yang penulis sudah ada seperti buku buku yang pernah ditulis   sebelum ini. Biasanya penulis yang bagus akan dinyatakan dalam halaman   prakata buku tersebut atau pada kulit belakangnya.

[*]Gaya penulisan – Sebelum membeli buku,   pastinya anda kena ketahui gaya penulisan penulis, sama ada jenis santai   atau skema. Ini ikut taste anda sendiri. Kalau suka jenis santai, cari   yang jenis santai yang mana penulis biasanya akan menyelitkan humor dan   akan membawa pembaca ke dalam imaginasi penulis. Gaya penulisan santai dapat   mengelakkan daripada mengantuk apabila membaca.

[*]Tengok isi – Isi yang dimaksudkan   adalah isi kandungan. Teliti dahulu apakah isi kandungan seperti yang kita   inginkan? Kalau ingin buku bergenre hartanah, adakah apa yang kita nak   baca isinya ada. Kalau nak buku bergenre self help, adakah apa yang kita   ingin belajar ada di dalamnya. Hari ini banyak buku yang isinya lebih   kurang sama. Yang mungkin berbeza adalah cara penulis menghuraikan isi   tersebut mengikut pemahaman penulis sendiri.



seribulan Publish time 2-2-2017 12:23 PM

Gaya penulisan...jalan cerita...beli buku...baca...kalau mata melekat membaca hingga habis...buku tu best la bagi diri ini:C

Guccibamboo Publish time 3-2-2017 02:40 PM

Suka beli buku2 self help, parenting,& berkaitan agama.....kalau berkaitan isu2 global lebih suka baca forum & article di internet
Pages: [1]
View full version: TIPS MEMILIH BUKU ...


ADVERTISEMENT