arizamsaleh Publish time 2-2-2017 07:54 PM

Edited by arizamsaleh at 2-2-2017 07:57 PM

nah sheols dah jawab :lol:

"Randy Seidman Bukan Kekasih Saya" - Fazura
Diterbitkan: Khamis, 2 Februari 2017 7:14 PMqayumazizi@thestar.com.my
[*]
http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/02/02/19/26/fazura%20aa.ashx?w=620&h=413&crop=1&/Fazura masih belum mempunyai kekasih hati. FOTO Shaari Che Mat
KUALA LUMPUR: Pelakon Nur Fazura menyifatkan gelaran 'girlfriend' yang digunakan oleh deejay dari Amerika Syarikat iaitu Randy Seidman dalam sebuah video eksperimen sosial bukan suatu perkara pelik.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 34, berkata, penggunaan kata itu bukan bererti dia menjadi kekasih lelaki itu sebaliknya ia adalah perkara biasa dalam merujuk kepada kenalan wanita di negara itu.

"Saya tak salahkan siapa yang buat pertikaiKan sebab di sini (Malaysia) ia bukan sesuatu yang normal apabila seorang lelaki sebut 'girlfriend' bagi rakan wanita mereka.

"Tetapi di Amerika ia perkara biasa dan Randy saya sudah anggap sebagai rakan baik dan kami pun sudah berkawan sejak lima tahun lalu," katanya kepada mStar Online.

SILA KLIK: Deejay AS Mengaku Fazura Sebagai Teman Wanita
Penyanyi itu ditemui pada majlis pengumumannya sebagai artis eksklusif Universal Music Malaysia di Hotel Le Meridien di sini, Khamis.

Fazura mengulas mengenai tindakan spontan Randy mempertahankan Islam selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.

http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/02/02/fazura-jawab-randy/~/media/0fcc6a1018664022b0c7e8ca084b92e8.ashx?la=enFazura (kiri) bersama wakil dari Universal Music selepas diumumkan sebagai artis syarikat rakaman itu.

Randy dalam video berdurasi 10 minit yang dimuat naik di YouTube itu turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan dua lelaki yang memegang plakad provokasi terhadap Islam selain merujuk Fazura sebagai 'girlfriendnya'.

Dalam pada itu, Fazura melahirkan rasa terharu terhadap Randy yang mempertahankan agama Islam kerana tidak ramai individu yang berani berbuat demikian.

Kata Fazura lagi, hasil daripada pemerhatiannya sebelum ini kebanyakan masyarakat di negara itu sangat sensitif terhadap diskriminasi agama dan tindakan Randy itu amat dihormatinya.

"Walaupun kami berlainan agama dan bangsa tetapi tindakannya itu adalah bukti sifat kemanusian melebihi segala-galanya.

"Randy mempertahankan Islam kerana isu agama memang sensitif di kalangan masyarakat Amerika dan saya bangga mempunyai rakan sepertinya," kata Fazura.

Presiden Donald Trump baru-baru ini telah mengeluarkan perintah eksekutif melarang kemasukan pelarian dan pelawat dari tujuh buah negara Islam.

Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu tetapi masyarakat dunia yang beragama Islam khuatir mereka juga akan menjadi mangsa kepada penguatkuasaan peraturan baharu itu.

Isu itu juga bukan sahaja menimbulkan kemarahan dan bantahan masyarakat dunia tetapi rakyat Amerika sendiri.
Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... SswyPQeOhDh3fomR.99

Drsgonfruit Publish time 2-2-2017 07:59 PM

arizamsaleh replied at 2-2-2017 07:54 PM
nah sheols dah jawab

"Randy Seidman Bukan Kekasih Saya" - Fazura


Kwn ppuan la kot.matlet kan very open

semaklahlu Publish time 2-2-2017 08:11 PM

LautBiru52 replied at 2-2-2017 04:17 PM
Ntah nape aku takut tgk muke dj nih..macam ahli sihir omputih yg naik penyapu tu..hahaha..sori off t ...

Myb sbb muka dia jenis panjang kn

mieymiey Publish time 2-2-2017 08:21 PM

arizamsaleh replied at 2-2-2017 07:54 PM
nah sheols dah jawab

"Randy Seidman Bukan Kekasih Saya" - Fazura


Istilah girlfriend bagi matsalleh ni kawan tino kot. Lain la kalau dia kata my special girlfriend. Kawan tino saya yang paling istimewa :lol::lol:

HannahMontana Publish time 2-2-2017 08:43 PM

me12345 Publish time 2-2-2017 08:47 PM

Biasa la...ni pun viral....adoi...mat salleh ckp kawan pompuan sebut girlfiend. :lol::lol::lol:

arizamsaleh Publish time 2-2-2017 09:00 PM

me12345 replied at 2-2-2017 08:47 PM
Biasa la...ni pun viral....adoi...mat salleh ckp kawan pompuan sebut girlfiend.

Sbb tu la iols ckp issue remeh & obsolete. Gosip level acik2 noramok kepam jah yg nak layan n take serious ;P

bulanbulat Publish time 2-2-2017 09:02 PM

Dulu2 kak faz partayy ngn abg randy ngn miss cara de levinge

CTprincesss Publish time 2-2-2017 09:02 PM

So tahniah ler kalau btl..

Metinpehlivan Publish time 2-2-2017 10:40 PM

Alamak Kak lopa dapat anak raja misspajura amik omputih biasa je kew

AppropriateNick Publish time 2-2-2017 11:47 PM

Cabai99 replied at 2-2-2017 06:09 PM
Aik? Kt celah mane ayat aku yg aku bayangkan bawah dia tu? Aku pernah jumpe diaorg kt empire.. mmg ...

ouh..rupanya jadi semestinya lelaki tu tak camera friendly kot..pardon me then..ataupun dah mmg omputih harus la taste kan

AppropriateNick Publish time 2-2-2017 11:47 PM

Cabai99 replied at 2-2-2017 06:09 PM
Aik? Kt celah mane ayat aku yg aku bayangkan bawah dia tu? Aku pernah jumpe diaorg kt empire.. mmg ...

ouh..rupanya jadi semestinya lelaki tu tak camera friendly kot..pardon me then..ataupun dah mmg omputih harus la taste kan

AppropriateNick Publish time 2-2-2017 11:47 PM

katibism replied at 2-2-2017 06:52 PM
Calling @MH3703

thanks you kaka kiki....motif boleh lupa nama die..auch

kucen_miang Publish time 2-2-2017 11:52 PM

Kesian tt:lol:

Nt-ViruS Publish time 3-2-2017 12:21 AM

arizamsaleh replied at 2-2-2017 05:05 PM
Sekadar memaklumkan kebimboan uols yg tak sedar gosip ni sebenarnya dah lama. Uols je ketinggalan...

xpelah, kalau bab retis ni aku duk lam gua pun tak kisah, bukan boleh bagi makan free pun kalau tau dulu..hahahah

bimbo je bangga bab2 ni. ;P

Orix Publish time 3-2-2017 12:24 AM

bulanbulat replied at 2-2-2017 09:02 PM
Dulu2 kak faz partayy ngn abg randy ngn miss cara de levinge

Iye ker? Dgan cara ? Ad gmbau tak

Nt-ViruS Publish time 3-2-2017 12:24 AM

beloomberk replied at 2-2-2017 05:52 PM
Gf means kekasih laaa..
Friend digunakan utk kwn, x kisahlah laki or pompuan.
Apa2 pon tahniah sb ...

ni betul, ramainya yg "macam paham" dalam ni.

bila masa western ppl guna girlfriend untuk kawan pompuan..haduu laka2 betul.

arizamsaleh Publish time 3-2-2017 12:26 AM

Nt-ViruS replied at 3-2-2017 12:21 AM
xpelah, kalau bab retis ni aku duk lam gua pun tak kisah, bukan boleh bagi makan free pun kalau ta ...

Uols ni salah masuk bod ke? Ni bod gosip, in case uols tak reti membaca. Ke uols ada penyakit nyanyuk, terlupa post komen bod mana. :lol:

owhgee Publish time 3-2-2017 01:01 AM

Fazura dengan RMS la tuh, Randy Mat Saleh. :lol::lol::lol::lol:

Metinpehlivan Publish time 3-2-2017 01:12 AM

Rasanya dorang kapel betul lah ni
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12
View full version: WOW! DJ DARI AMERIKA SYARIKAT MENGAKU FAZURA TEMAN WANITANYA


ADVERTISEMENT