easicircle Publish time 31-1-2017 11:01 AM

5 Persiapan Penting Sebelum Pergi Bercuti

Edited by easicircle at 31-1-2017 03:14 PM

Setiap orang pasti mengimpikan percutian yang tenang dan menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Namun, demi merealisasikan percutian yang sempurna apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membuat persiapan awal atau semakan perjalan (Travel Checklist). Ayuh singkap beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan sebelum pergi bercuti.

Pasportdan Visa

Sebelum membuat tempahan penerbangan pastikan pasport anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh. Selain itu, anda juga perlu memastikan negara yang ingin anda kunjungi itu memerlukan anda untuk memohon sebarang visa kemasukan untuk ke negara tersebut ataupun tidak.

Insurans Perjalanan

Ramai yang sering mengabaikan insurans perjalanan kerana menganggap ianya hanya akan menambah kos percutian. Tahukah anda dengan membeli insurans perjalanan sebelum bercuti adalah suatu tindakan bijak demi melindungi anda sepanjang tempoh percutian? Antara manfaat perlindungan termasuk kehilangan bagasi, penangguhan penerbangan, kehilangan dokumen perjalanan dan juga perlindungan kos perubatan akibat kemalangan dan sakit. Berbelanja lebih untuk membeli insurans perjalanan demi menjamin ketenangan minda ketika bercuti adalah suatu tindakan yang bijak dan berbaloi. Ayuh, lindungi perjalanan anda di easicircle

Wang Tunai

Tidak semua tempat yang akan anda kunjungi menerima kad kredit. Jadi untuk langkah keselamatan lebih baik jika anda membawa lebihan wang. Jika anda risau perkara tidak diingini berlaku seperti kehilangan dompet atau dirompak anda boleh menyimpan wang tersebut di tempat penginapan.

Salinan Dokumen

Pastikan anda membuat salinan dokumen penting seperti pasport dan visa. Cara paling mudah dengan menyimpan semua salinan dokumen penting melalui email anda. Hal ini kerana untuk memastikan jika berlaku kehilangan pasport anda sudah mempunyai salinan yang membuktikan kesahihan kewarganegaraan anda.

Peralatan Untuk Alat Elektronik

Setiap negara mempunyai plug soket yang berbeza. Jadi perkara paling penting yang perlu anda bawa sebelum bercuti adalah plug unirversal. Hal ini, akan memudahkan anda untuk mengecas alat elektronik yang dibawa terutama sekali telefon bimbit.


eita2 Publish time 3-2-2017 01:09 AM

Check ptptn x blacklist:)

pyaarAmor Publish time 3-2-2017 09:37 AM

Hahaha ya semak ptptn penting

Qnqn Publish time 3-2-2017 03:29 PM

Check ptptn dan contact pegawai sekali. Selalu ada yang dekat website depa habaq tak blacklist tapi sampai imigresen kena tahan pasai tak tally dengan hq. Jadi better check both

easicircle Publish time 3-2-2017 04:27 PM

eita2 replied at 3-2-2017 01:09 AM
Check ptptn x blacklist

:D Yer betul itu salah satu untuk peminjam ptptn. {:1_132:}

easicircle Publish time 3-2-2017 04:29 PM

pyaarAmor replied at 3-2-2017 09:37 AM
Hahaha ya semak ptptn penting

{:1_132:} {:1_565:} Yer betul!!!!

easicircle Publish time 3-2-2017 04:30 PM

Qnqn replied at 3-2-2017 03:29 PM
Check ptptn dan contact pegawai sekali. Selalu ada yang dekat website depa habaq tak blacklist tapi...

Setuju dan jangan lupa sediakan amount yang cukup untuk settle kan outstanding so that boleh lepas imigresen. {:1_132:}

eita2 Publish time 3-2-2017 04:35 PM

sila semak web imigrisen dulu yang penting

easicircle Publish time 3-2-2017 04:42 PM

eita2 replied at 3-2-2017 04:35 PM
sila semak web imigrisen dulu yang penting

Yer setuju!!!

eita2 Publish time 3-2-2017 04:45 PM

pastu barulah piker apa barang nak bawak

Qnqn Publish time 3-2-2017 04:49 PM

easicircle replied at 3-2-2017 04:30 PM
Setuju dan jangan lupa sediakan amount yang cukup untuk settle kan outstanding so that boleh lepas ...

Yassss thats it!

Metinpehlivan Publish time 4-2-2017 03:49 AM

Jangan lupa packing baju spender semuAzzz

Drsgonfruit Publish time 4-2-2017 08:24 AM

Semak imigresen betul.if x ptptipu takut psl income tax plakz.I mmg cuak setiap kalI nk lps imigresen.takut2.walaupun xde ape pn ngn income tax.lg 1 check passport expiry.

Aizuzu Publish time 4-2-2017 10:06 AM

Tq good info

fromheaven Publish time 5-2-2017 11:07 PM

Ptptn kena semak dulu

che_kembang Publish time 5-2-2017 11:32 PM

psl duit tu kalau bole tuka la siap2.. ade member p iran dgn confident nk tuko duit kata sana tpx dpt sbb dieorg x accept RM..kad kredit visa lak x leh pakai sbb visa amerika punya. hmm mintak tlg embassy la jwbnye.

easicircle Publish time 6-2-2017 09:54 AM

Drsgonfruit replied at 4-2-2017 08:24 AM
Semak imigresen betul.if x ptptipu takut psl income tax plakz.I mmg cuak setiap kalI nk lps imigrese ...

Pokoknya check lah segala possibilty yang boleh melibatkan sekatan imigresen. Supaya perjalanan untuk bercuti tidak tergendala. :)

easicircle Publish time 6-2-2017 09:55 AM

Aizuzu replied at 4-2-2017 10:06 AM
Tq good info

Most welcome :bye:

easicircle Publish time 6-2-2017 09:56 AM

fromheaven replied at 5-2-2017 11:07 PM
Ptptn kena semak dulu

Semak awal supaya boleh sediakan wang mencukupi jika perlu bayar segala tunggakan. {:1_132:}

easicircle Publish time 6-2-2017 09:59 AM

che_kembang replied at 5-2-2017 11:32 PM
psl duit tu kalau bole tuka la siap2.. ade member p iran dgn confident nk tuko duit kata sana tpx...

Kesiannya, hal macam ni lah kalau boleh perlu dielakkan supaya perjalanan kita tak tergendala kerana hal-hal yang sepatutnya boleh dielakkan jika membuat persiapan awal. Jadi lebih elok buat persiapan awal. Namun apapun pengalaman yang dilalui sangat berharga supaya kita tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Thanks for sharing.{:1_132:} :)
Pages: [1] 2
View full version: 5 Persiapan Penting Sebelum Pergi Bercuti


ADVERTISEMENT