arinn Publish time 27-1-2017 01:06 PM

rezeki


arinn Publish time 27-1-2017 01:07 PM

rezeki2....


seribulan Publish time 27-1-2017 02:25 PM

Benih yh baik...campak ke laut menjadi pulau...just be positive :C

seribulan Publish time 27-1-2017 02:28 PM

Be grateful with what you got. Don't hanker over for what others have {:1_545:}

razila Publish time 4-2-2017 09:31 PM

Rezeki kita Allah yg pegang,jadi banyakkan berdoa dan bersedekah

najlah Publish time 5-2-2017 10:37 AM

Tidak akan terputus rezeki seseorang itu selagimana dia tidak meninggalkan doa kepada kedua ibu bapanya dalam kehidupan seharian..

najlah Publish time 5-2-2017 10:41 AM

Tidak perlu cemburu kepada rezeki orang lain, kamu tidak tahu apa yang telah diambil darinya..
Tidak perlu sedih akan cubaan yang diterima, kamu tidak tahu apa yang akan diberi kepadamu..

surideena Publish time 5-2-2017 07:15 PM

Percayalah, sesungguhnya rezeki itu datang dari Allah. Hendaklah kita sentiasa berusaha dan berdoa kepadaNya.

surideena Publish time 5-2-2017 07:17 PM

Salah satu rezeki dari Allah adalah kita memiliki kesihatan yang baik.

Drsgonfruit Publish time 5-2-2017 07:17 PM

seribulan replied at 27-1-2017 02:25 PM
Benih yh baik...campak ke laut menjadi pulau...just be positive

Janji Allah swt.. sesuatu yg mmg milik kita, takkan menjadi milik org lain..insha Allah

seribulan Publish time 6-2-2017 08:26 PM

Edited by seribulan at 7-2-2017 09:41 AM

*TENTANG REZEKI*

Allah nak ambik atau nak tarik rezeki kita dengan macam2 cara. Tayar motor pancit lh, kereta rosak, duit kena curi lah, kena tipu lah sebab join bisnes itu ini, kena tipu join skim itu ini, dan macam2 lagi. Itu lah hakikatnya.

Kekadang kita berfikir soal rezeki dengan tidak adil.. maka kita cemburukan gaji, elaun dan pendapatan tambahan kawan kita yang bekerja ditempat lain atau bekerja lebih masa dengan berniaga dan sebagainya yang dilihat lebih besar dari kita. Kita rasa resah melihat orang lain.

Ingat! *REZEKI* itu bukan sahaja di slip gaji atau pada jumlah angka duit semata-mata.

*Kekadang kita lupa..*

Dapat bos ditempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat kawan2 tempat kerja yang baik pun rezeki..
Dapat masyarakat sekeliling tempat kerja yang baik pun rezeki..
Kerja tak pressure pun rezeki..
Sambil bekerja tapi banyak masa dengan family pun rezeki..

Banyak sangat rezeki yang Allah bagi kepada kita sebenarnya..

*Jom fikir luasnya rezeki.*

Jangan sempitkan hanya pendapatan yang tercatat atas kertas sahaja sebagai rezeki..

Kekadang..

Ada orang direzekikan cantik & tampan, tapi tak direzekikan cinta.
Ada orang direzekikan harta, tapi tak direzekikan anak-anak.
Ada orang direzekikan anak-anak, tapi tak direzekikan kasih sayang.
Ada orang direzekikan kekayaan, tapi tak direzekikan kebahagiaan.
Ada orang direzekikan makanan yang hebat, tapi tak direzekikan selera.

Demikian Allah SWT membahagi kan rezekinya, jangan menyangka kita tidak ada rezeki. Rezeki tu ada dimana mana. Bukan terletak pada manusia, tapi Allah.

bianglala Publish time 6-2-2017 08:39 PM

1) ada suatu ayat tu lebih kurang begini ;

jika seseorang itu memberi tanpa kita memintanya, ambillah, kerana itu adalah rezeki yang disampaikan oleh Allah melalui orang itu.

2)senyumlah selalu, mudah-mudahan murah rezeki.

Drsgonfruit Publish time 7-2-2017 08:28 PM

Hanya dgn memberi shj, kita sebenarnya membuka pintu untuk menerima dgn lebih byk lg.

onexox97 Publish time 7-2-2017 11:59 PM

rezeki xda slip gaji
semakin banyak bersyukur semakin murah rezeki

jangan pertikai mengapa kenapa
nescaya sempit rezeki

cahayamataku Publish time 8-2-2017 02:49 AM

Dan jika kamu khawatir menjadi miskin , maka Allah nanti akan memberikan kekayaan kepadamu dari karunia-Nya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (At-Taubah: 28).

jiminie Publish time 8-2-2017 04:46 PM

kadang kala kita asyik membandingkan rezeki orang lain sampai terlupa bersyukur dengan apa yang ada

Metinpehlivan Publish time 11-3-2017 07:01 AM

Always remember to be thankful everyday . Even though it's just for breathing

luluisgreat Publish time 14-3-2017 10:18 AM

Rezeki Allah itu terbahagi kepada dua jenis, satu rezeki yang umum dan satu lagi rezeki yang khas. Rezeki umum diberikan kepada sesiapa sahaja dalam kalangan hamba-hambaNYA. Samada muslim, bukan muslim, manusia, haiwan, yang baik, yang jahat dan seterusnya. Pada asasnya sesiapa yang berusaha, mengikuti percaturan alam yang telah Allah tetapkan akan memperolehi rezeki. Seorang muslim yang tidur di rumahnya tidak akan memperolehi ikan dari laut, sebaliknya seorang bukan muslim yang turun ke laut dengan kelengkapan dan ilmu tentang penangkapan ikan akan memperolehinya. Demikian, sayur-sayuran tidak akan tumbuh hanya kerana seseorang itu bersolat tanpa usaha, tetapi yang berusaha menanam walaupun tidak bersolat akan tumbuh sayurannya. Di samping alam itu sendiri mempunyai pelbagai percaturan yang lain; hujan, panas, ribut, musuh, kawan dan pelbagai lagi. Segala usaha untuk mendapatkan rezeki hanya akan terhasil jika Allah izinkan. Samada yang DIA izinkan itu DIA redha ataupun tidak, itu persoalan yang lain

mellure Publish time 14-3-2017 10:44 AM

3 cara untuk tambah rezeki dalam islam

1. BERDOA
2. SOLAT SUNAT DHUHA
3. BERSEDEKAH

mummyalissa Publish time 14-3-2017 10:49 AM


[*]Rezeki diberi Allah kepada siapa saja yang dikehendakiNYA. Kepada siapa saja terserah kepada Allah. Bukan saja orang beriman tapi orang kafir juga diberirezeki.
[*]Rezeki diberi tanpa hisab (batas). Kerana kekayaan Allah tidak terbatas, maka Dia boleh memberi hambaNya rezeki sebanyak-banyaknya, boleh juga memberi sesedikit mungkin. Yang jelas Allah tidak akan menyengsarakan hambaNya. Kalau pun dia sengsara karena rezeki itu, maka itu adalah hasil perbuatan tangannya sendiri.

Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: rezeki


ADVERTISEMENT