lanesra Publish time 27-1-2017 08:39 AM

Pelakon Iklan Petronas : Tan Hong Ming, Ummi Khazriena Ingin Kembali Akrab

BCcvinWwckE

http://assets.hmetro.com.my/images/articles/26117nurul1_1485445055.jpg

Kuala Lumpur: “Perayaan Tahun Baru Cina ini nanti menjadi detik untuk kami merapatkan kembali hubungan selepas hampir tiga tahun terpisah.”


Itu kata Tan Hong Ming, 17, ketika dapat bertemu semula dengan Ummi Khazriena Skhrudin, 17, yang diaturkan oleh Harian Metro selepas rakaman video mereka menerusi iklan Tan Hong Ming in Love untuk Petronas sempena sambutan Hari Merdeka 2007 tular di laman sosial, sejak kelmarin.


Hong Ming berkata, kali terakhir mereka berjumpa pada Ogos 2014 ketika dipertemukan media untuk sesi temu ramah sempena Hari Merdeka.


Tan berkata, dia merancang untuk selalu bertemu dengan Ummi selepas ini termasuk sama-sama meraikan perayaan Tahun Baru Cina serta belajar berkumpulan sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.


“Saya mahu hubungan yang terjalin sebelum ini menjadi kenyataan. Dulu kami memang rapat dan dia adalah sahabat saya ketika sama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan TTDI.


“Saya selesa berkawan dengannya dan mungkin kami sudah membawa haluan masing-masing menyebabkan hubungan itu tidak seperti dulu lagi.



"Apa pun saya cuba mengembalikan keadaan itu termasuk menghubunginya pada setiap hari, selepas ini,” katanya yang juga anak tunggal.


Katanya, dia tidak merancang untuk berlakon pada masa akan datang berikutan mahu fokus kepada pembelajaran serta mengejar impian untuk menjadi arkitek berjaya pada suatu hari nanti.


“Biarpun mendapat sokongan daripada keluarga yang tidak pernah henti memberi semangat untuk saya berlakon semula, saya tidak memandang itu sebagai perkara utama sebaliknya mahu fokus pada pembelajaran,” katanya yang juga pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).


Sementara itu, Ummi Khazriena yang lebih dikenali sebagai Ryna berkata, dia tidak menyangka dapat berjumpa semula dengan Tan selepas kali terakhir berjumpa pada 2014.


“Saya memang merinduinya sebagai kawan dan sahabat ketika masing-masing menuntut di sekolah rendah lagi. Teruja dapat berjumpa dengannya.


“Dulu kami masih kanak-kanak. Sekarang usia kami sudah memasuki alam remaja,” katanya yang juga pelajar tingkatan lima SMK Seksyen 8, Kota Damansara.


Ryna yang juga meminati bidang pengacaraan dan lakonan berkata, dia juga mahu hubungannya bersama Tan kembali rapat seperti dulu.


“Disebabkan kami sama-sama akan mengambil SPM pada tahun ini, tidak salah jika kami mengadakan pembelajaran secara berkumpulan dengannya dan sama-sama berjaya dalam peperiksaan itu nanti.


“InsyaAllah, kalau tak ada apa-apa aktiviti pada hujung minggu ini saya akan berkunjung ke rumah Tan atau mengadakan makan malam bersama rakan lain bagi meraikan perayaan Tahun Baru Cina ini nanti,” katanya yang juga anak keempat daripada lima beradik.


Katanya, jadual hariannya juga kini sibuk apabila turut terbabit dengan kelas teater di sekolahnya selepas tamat sesi persekolahan.


“Saya memang minat berlakon cuma sekarang ini saya perlu fokus pada pembelajaran dan SPM, tahun ini,” katanya.

- Metro -

sebu Publish time 27-1-2017 08:56 AM

Alaaaaa. Sooo sweet:)

eLiaD Publish time 27-1-2017 09:22 AM

Oo..cute je rupanye pelajar KD eight..

primarikey Publish time 27-1-2017 09:37 AM

comelnya tan hong ming masa kecik...muka teruja sgt

Madel Publish time 27-1-2017 10:06 AM

Hencem budak Mingming ni..jenis2 muka yg aku cepat terpikat:lol:

Apa kata nko gi merantau ke China Mingming, untung2 leh jadi star mcm ZhengKai or Nicholas Tse..compom aku akan jadi peminat no 1 nko:lol:

mieymiey Publish time 27-1-2017 10:20 AM

Hihihihi. Choooo cweetttt :loveliness:

chazey Publish time 27-1-2017 10:32 AM

Aik, tetiba hensem budak Hong Ming ni. Dulu masa menengah rendah tak hensem pun. Gigi pun dah cantek.

Ummi lak, rupa birah ja. Mungkin sebab raut wajah sheol memang semulajadi seksi ala Nabila Huda. :lol:

vanillaninja Publish time 27-1-2017 10:39 AM

Sama je muka Tan Hong Ming dari budak sampai remaja. Nampak nerdy gitu. Petronas tak nak ajak adik2 ni buat iklan baru ke? Ajak sekali Adibah Noor join.

MsIda Publish time 27-1-2017 10:52 AM

Hahaha...soooo cute both of them... suka sgt tgk iklan masa dia org kecik tu...Tan Hong Ming masa kecik tu nmpk teruja sgt2 ( ala2 miang budak kecik ;P )

Abgaji Publish time 27-1-2017 12:06 PM

dah beso tak jendul lagi si Ummi tu, cantik pulak :lol::lol:

intan_smsb Publish time 27-1-2017 12:38 PM

hahaha aku tengok video tu balik cute je tan hong ming :lol:

Artemesiaa Publish time 27-1-2017 01:50 PM

Dah remaja dah pandai nak jaga penampilan masa kekecik dulu selebet je apa pun suka je tengok iklan mereka tu

FARRAZOOL Publish time 27-1-2017 01:52 PM

Suka dgn iklan tu..cute jer THM.

BoongaKertas Publish time 27-1-2017 01:55 PM

now meols rasa super tua plak lepas tgk diorang dah beso mcm ni.:'(

hensemnya tan hong ming!:$

WhiskeyScotch Publish time 27-1-2017 05:27 PM

Macam ni la best. Baru rasa perpaduan.

drivethru Publish time 27-1-2017 05:34 PM

Iklan tu arwah yasmin ahmad yg buat kan?

moocoww Publish time 27-1-2017 05:48 PM

Iklan yg 1 ketika dulu buat ai tersenyum simpul...hahahaa

evlinne Publish time 27-1-2017 08:10 PM

Dah 17 tahun skrg? Rasa supposed to be baya2 iols ni.;P:$

chazey Publish time 27-1-2017 10:57 PM

BoongaKertas replied at 27-1-2017 01:55 PM
now meols rasa super tua plak lepas tgk diorang dah beso mcm ni.

hensemnya tan hong ming!

Belum ko jadi cikgu, tengok anak murid membesar depan mata. Memang rasa kertu sangat. Macam anak murid aku yang aku pernah ajar sekejap masa jadi cikgu ganti - first time jumpa, deyol baru derjah 2. Now dah form 5. Gila kau betapa kau tak sedar masa berlalu pantas. Tengok anak2 kawan2 kat sekolah pun camtu juga.Memula jumpa, baru prasekolah. Sadae tak sadar tetiba tengok dah masuk tingkatan 1. :lol:

ReginaGeorge Publish time 28-1-2017 07:16 PM

Cuwet nye bebudak ni esp hing ming:$
Pages: [1] 2
View full version: Pelakon Iklan Petronas : Tan Hong Ming, Ummi Khazriena Ingin Kembali Akrab


ADVERTISEMENT