kijil Publish time 18-1-2017 09:43 AM

Amyra Rosli Tak Tertekan Ditanya Soal Zuriat

http://www.rotikaya.com/wp-content/uploads/2017/01/7-Lepas-Kahwin-Tanya-Pula-Bila-Nak-Dapat-Anak-ROTIKAYA-700x420.jpg

Tidak mudah menggelabah dengan pelbagai soalan, Amyra Rosli menjelaskan dia tidak dapat lari daripada soalan mengenai zuriat. Bagaimanapun pelakon wanita ini menyatakan tidak tertekan dengan pertanyaan sebegitu.

“Ketika bujang, orang asyik bertanya bila nak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila nak dapat anak. Dalam soal ini ia berbalik kepada rezeki Allah. Tak pernah terdetik rasa nak marah atau tertekan”

“Bagi saya, ini adalah perkara biasa yang mana turut dilalui orang lain. Lambat atau cepat saya dan suami hanya berserah kepada Allah,” kongsi isteri Amar Baharin ini lagi kepada Harian Metro.


Tengok : Foto Janna Nick Masa Umur 12 Tahun, Teka Yg Mana Dia?


Tambah Amyra, kehidupan bergelar isteri membuatkan dirinya belajar perkara yang baru hampir setiap hari malah ibunya juga dalam masa yang sama turut membantu dan memberi semangat dalam menjalani kehidupan berkeluarga sumber ; rotikaya.com

mrizumi Publish time 18-1-2017 10:37 AM

Menyibuk la org lain..baru lg dia kawin kn..org pun ada plan sndri la..xkn nk bgthu semua kat org..

Guccibamboo Publish time 3-2-2017 02:21 PM

:):):):):):):):)

bellxx Publish time 12-2-2017 01:13 PM

ada rezeki ade la kan dik myra

mimi77 Publish time 15-3-2017 01:04 PM

Amar teruja Amyra hamil


Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Pelakon popular Amar Baharin mengesahkan isterinya yang juga pelakon Amyra Rosli hamil tujuh minggu.

Amar, 32, berkata perkara itu disahkan doktor selepas Amyra dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara semalam akibat sakit perut dan muntah-muntah.


"Alhamdulillah ini berita gembira yang saya ingin kongsikan kepada semua. Sebenarnya pada 9 Mac lalu kami sudah mendapat tahu tanda awal kehamilan. Tapi kami tak mahu terlalu berharap.

"Sehinggalah semalam apabila Amyra dimasukkan ke hospital baru doktor mengesahkan perkara itu. Jadi baru saya boleh berkongsi berita kehamilan ini. Namun saya tak nak terlalu teruja kerana kandungan masih di peringkat awal," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amar, isterinya tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan kerana masih aktif bekerja dan terbabit dengan aktviti sukan ekstrem.

"Pada 27 Februari lalu kami pergi ke Australia bagi menjayakan program Project Them Park terbitan Astro Ria. Di sana kami perlu menaiki permainan taman tema yang sangat mencabar.

"Jadi apabila pulang ke tanah air baru isteri mengadu sakit perut. Dia menyangka itu kesan daripada aktviti di sana. Tapi selepas kerap sakit dan muntah-muntah, saya terus membawanya ke hospital," katanya.

Buat masa sekarang Amyra dinasihatkan doktor untuk berehat dua minggu daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berat.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 12:52 PM

hanezzafirah Publish time 15-3-2017 02:19 PM

Alhamdullilah..dah hamil 7 minggu

fanamyrarosli Publish time 13-10-2019 08:20 PM

Selamat menunaikan umrah sis Amyra, semoga selamat pergi dan balik. Pregnant pun tetap nampak macam anak dara sis sorang ni. Balik umrah dan lepas beranak harap banyak-banyak sikit berlakon cerita best, janganla ambik cerita rebut jantan lagi dah k sis. Banyakkan skrip ala nur huhuhu love you sis! ewah macamla dikmira baca

Tak jumpa kelab peminat amirarosli sini, terpaksa sis reply sini je malas nak bukak thread baru
Pages: [1]
View full version: Amyra Rosli Tak Tertekan Ditanya Soal Zuriat


ADVERTISEMENT