ipes2 Publish time 15-1-2017 06:11 PM

DARAH TINGGI: bolehkah berhenti ambil ubatnya?

Edited by ipes2 at 15-1-2017 06:15 PM

Pada keseluruhannya, tekanan darah kita akan naik bersama umur kita secara beransur ansur. Bagi mereka yang ada Darah Tinggi, ubat darah tinggi adalah sangat mujarab untuk mengawal nya. Jika satu jenis ubat tidak memadai, maka boleh lah di tambah jenis yang kedua atau ketiga. Kadang kadang, jenis yang keempat pon digunakan, dan ramai pesakit Darah Tinggi menggunakan lebih dari satu jenis, dan ini adalah selamat.
Sebahagian kecil Darah Tinggi disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh diubah, sekaligus memungkinkan pesakit untuk mengurangkan jenis ubat yang perlu diambil. Faktor ini termasuklah punggunaan garam, berat badan, pengambilan steroids, kekurangan exercise dan tekanan hidup yang melampau.


Kehilangan 5% sahaja dari berat badan contohnya, akan mengurangkan Darah Tinggi dengan berkesan. Jika ditambah dengan mengurangkan garam, menambah exercise dan menceriakan hidup dan menenangkan fikiran (contohnya menggosok kucing ketika berehat), ini sekaligus memungkinkan kita dapat mengurangkan satu atau dua jenis ubat darah tinggi tadi. Setelah itu, belilah alat untuk memantau tekanan darah yang banyak terdapat di pasaran di Malaysia dan pantau lah setiap minggu dan tulis didalam diary.



cadarblogsot Publish time 15-1-2017 06:42 PM

Cer try test tengok;P

cahaya_almas Publish time 15-1-2017 08:06 PM

Baru plan nakbela miaw....ok lah jgk kan...ada baiknya...

otai_g Publish time 15-1-2017 08:23 PM

Jd blh bhenti ke x? X menjwb soalan pun.

Rayna90 Publish time 15-1-2017 10:41 PM

Masalahnya dekat rumah meols, meow yg suka naik kan darah meols:mad:

Rayna90 Publish time 15-1-2017 10:42 PM

So kalau kurangkan berat and jaga pemakanan, ada chance lah stop ubat ye?

ipes2 Publish time 16-1-2017 06:06 AM

cadarblogsot replied at 15-1-2017 06:42 PM
Cer try test tengok

Saya sendiri tak galakkan org stop ubat Darah Tinggi mereka.
Saya hanya akan stop jika dah ada symptoms Tekanan Darah Rendah aje.
Tu pon daya akan pastikan GP nya cek BP nya tiap 3 bulan.

ipes2 Publish time 16-1-2017 06:08 AM

cahaya_almas replied at 15-1-2017 08:06 PM
Baru plan nakbela miaw....ok lah jgk kan...ada baiknya...

Bela la.
Semoga murah rezeki awak sebab beri dia perlindungan
Amik yg terbunag aje..dia akan sayang kita lebih lagi.
Also, mula mula nmpk kurus tak terurus dan buruk, jap je nmpk cumil dan gemok

ipes2 Publish time 16-1-2017 06:12 AM

otai_g replied at 15-1-2017 08:23 PM
Jd blh bhenti ke x? X menjwb soalan pun.

eh ada la dalam tu yg kata memungkin kan pesakit boleh kurangkan jenis ubat yang perlu diambil.
esp yg ambil byk jenis kena amik; boleh berhenti.
tapi kenalah buat semua kat atas tu.
also, jika dah buat semua dan BP turun sikit aje, maka tak leh berhentilah. ini akan menunjukkan bahawa org tadi tu, Darah Tingginya adalh kerean Essential Hypertension; yg ni takde factor yg menyebabkan nye selain dari system dalaman org itu sendiri, yg dibawa dari genetics nye

ipes2 Publish time 16-1-2017 06:15 AM

Rayna90 replied at 15-1-2017 10:41 PM
Masalahnya dekat rumah meols, meow yg suka naik kan darah meols

ha ha :lol: sama la dgn saya kucing sy pon ..ada lam youtube tuh dia kacau kemain lagih tension org nak wat keje tak leh

ipes2 Publish time 16-1-2017 06:16 AM

Rayna90 replied at 15-1-2017 10:42 PM
So kalau kurangkan berat and jaga pemakanan, ada chance lah stop ubat ye?

Yes tentu sekali, dan memang antara benda yg kita soh pts buat dulu sebelumbagi ubat (tapi kalau BP dah tinggi kemain tu, kita kena la bagi ubat cepat cepat, stroke dan heart attack tak pepasal je porg tu nnt)

buragazz Publish time 16-1-2017 01:08 PM

Kucing sebelh gumah aku klu aku gosok dia gigit terus aku kene hypertension stage 2:lol::lol:

BT10 Publish time 16-1-2017 03:49 PM

ipes2 replied at 16-1-2017 06:16 AM
Yes tentu sekali, dan memang antara benda yg kita soh pts buat dulu sebelumbagi ubat (tapi kalau ...

thanks.....bro nice infor........

iznanaziz Publish time 16-1-2017 04:27 PM

doktor pnh ckp kat saya, jgn benti ambik ubat darah tinggi.
:'(
maknanya, sampai ke mati la jawabnya.

cadarblogsot Publish time 16-1-2017 10:14 PM

iznanaziz replied at 16-1-2017 04:27 PM
doktor pnh ckp kat saya, jgn benti ambik ubat darah tinggi.

maknanya, sampai ke mati la jawabn ...

Ye betul... ubat darah tinggi ken a ambik smpi bila2... cuma dos tu ada kala kurang or lebih.. kena consult doktor la setiap 3bln

doublethread Publish time 17-1-2017 09:37 PM

Rayna90 replied at 15-1-2017 10:41 PM
Masalahnya dekat rumah meols, meow yg suka naik kan darah meols

Hahaha...adoi hampir tersedak cekelat aku :laugh3:

Rayna90 Publish time 17-1-2017 09:48 PM

Edited by Rayna90 at 17-1-2017 09:51 PM

doublethread replied at 17-1-2017 09:37 PM
Hahaha...adoi hampir tersedak cekelat aku
Based on true story okay. dengan background family yang ada darah tinggi, kucing kat rumah ni membuatkan potensi sy dapat darah tinggi in future lebih tinggi;P

Rayna90 Publish time 17-1-2017 09:51 PM

ipes2 replied at 16-1-2017 06:15 AM
ha hasama la dgn saya kucing sy pon ..ada lam youtube tuh dia kacau kemain lagih tension or ...

Kakak sy pernah patah bahu sebab kucing yg beratnya 9kg cuba buat aksi terjunan dari atas almari ke bawah tersungkur atas bahu kakak ;P

ipes2 Publish time 18-1-2017 03:21 AM

buragazz replied at 16-1-2017 01:08 PM
Kucing sebelh gumah aku klu aku gosok dia gigit terus aku kene hypertension stage 2

ha ha .. ngape dia gigit?
mesti awak ada kucing sendiri

ipes2 Publish time 18-1-2017 03:22 AM

BT10 replied at 16-1-2017 03:49 PM
thanks.....bro nice infor........

no problemo
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: DARAH TINGGI: bolehkah berhenti ambil ubatnya?


ADVERTISEMENT