CARI-MRO Publish time 13-1-2017 05:53 PM

Empat Anggapan Salah Lelaki Tentang Tubuh Wanita

Kebanyakan lelaki masih lagi mempunyai banyak persoalan misteri tentang tubuh badan wanita yang kadang-kadang membawa kepada salah faham.


Memang bukan mudah untuk memahami wanita namun perkara yang berikut perlu diketahui oleh setiap kaum Adam supaya semua salah anggap tentang tubuh wanita dapat dihentikan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/13/175154izdvmw4wcsffwgwz.jpg Foto: merdeka.com


1.Wanita tidak mempunyai halkum
Ramai orang beranggapan yang cara untuk membezakan jantina adalah dengan melihat halkumnya. Sebenarnya cara ini salah kerana wanita juga mempunyai halkum. Cuma halkum wanita tidak kelihatan menonjol kerana tahap testosteron yang rendah dan sudut tulang rawan yang berbeza lelaki.

2. Kantung kencing wanita lebih kecil dari lelaki
Pernahkah anda sebagai seorang lelaki sering memerhatikan yang wanita lebih kerap pergi ke tandas? Ramai lelaki yang beranggapan bahawa kantung kencing wanita lebih kecil dan disebabkan itu mereka lebih kerap membuang air kecil. Bukan itu sebabnya, dan sebenarnya kedudukan kantung kencing wanita adalah lebih rendah dari lelaki dan disebabkan itu wanita sukar untuk menahan kencing.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/13/175233hyu9dcrwjcnnurky.jpgFoto: merdeka.com


3. Hanya wanita yang akan mengalami putus haid
Salah besar jika lelaki menyangkakan yang hanya wanita akan menopaus kerana faktanya kaum lelaki juga mengalami hal yang sama.Ia dipangil sebagai 'andropause'.


4. Darah haid keluar seperti kencing
Kalau anda masih beranggapan yang darah haid keluar seperti kencing, maka anda sangatlah ketinggalan zaman. Haid keluar melalui lubang vagina manakala kencing pula keluar dari saluran uretra.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/13/175259l5ouqa8jfvhakftz.jpgFoto: merdeka.com


Ha, lepas ini tiada alasan lagui bagi kaum lelaki salah menilai tubuh badan perempuan ya. -CARI

LostStar Publish time 13-1-2017 06:17 PM

andropause-akan ku ingat ayat ini!

pearl.silver Publish time 16-1-2017 08:02 AM

Tidak hanya wanita yg kena breast cancer

chacon Publish time 16-1-2017 12:04 PM

good info. dulu aku pun ingat haid keluar macam air paip

jue10 Publish time 27-1-2017 05:22 PM

Bru tau ppuan ada halkum.Huhu

onexox97 Publish time 8-2-2017 01:12 AM

macamxda jr halkum
Pages: [1]
View full version: Empat Anggapan Salah Lelaki Tentang Tubuh Wanita


ADVERTISEMENT