puanbintang Publish time 13-1-2017 11:59 AM

MENCARI TADIKA UNTUK ANAK YANG MENGHIDAP CEREBRAL PALSY

Ada tak yang tahu di mana tadika, taska untuk anak cerebral palsy / anak istimewa di area shah alam. Saya dah puas tanya pada tadika- tadika biasa untuk anak saya bersekolahtapi ditolak. Mohon bantuan maklumkan saya sekiranya ada yang tahu mana - mana tadika yang bersesuaian.

Terima kasih.

exclusive_vvip Publish time 13-1-2017 01:19 PM

salaam,puan....pendapat saya, anak puan perlu dihantar ke PDK..pusat pemulihan dalam komuniti...di shah alam pun ada rasanya..cuba puan google pdk shah alam...kanak2 berkeperluan khas x sesuai dihantar ke tadika biasa..ke PDK lebih sesuai sebab di sana nanti anak2 ini akan diajar terapi,urus diri...boleh saya tahu, anak puan sebelum ni penah dihantar buat terapi ke?...minta maaf sy amik kesempatan kat sini (utk tindakan ibubapa lain, yg punya anak2 berkeperluan khas), jgn terlalu pentingkan akademik utk anak2 sebegini...sbb sy banyak kali juga perhatikan, ada ibubapa yg mengeluh bila tadika tolak permohonan anak2 autisme,CP,adhd masuk ke tadika tersebut...pihak tadika pun sebolehnya nak elak sebarang risiko...saya tgk,ibubapa kat malaysia ramai yg terlalu pentingkan akademik termasuk yg punya anak berkeperluan khas...sepatutnya yg perlu ditekankan ialah kemampuan anak2 ini utk urus diri,tingkah laku,kemahiran motor kasar dan halus...tapi ada sesetengah ibubapa tak pikirkan tentang tu, tapi dok tekankan akademik..kesian pada anak2 ini...minta maaf ye puan..saya amik kesempatan ni kot2 ada ibubapa yg ada anak berkeperluankhas yg SR kat thread ni..sy bercakap dari pengalaman pernah gstt pendidikan khas dulu...saya doakan segala urusan puan dipermudahkan..

fromheaven Publish time 3-2-2017 09:22 AM

Cuba tadika nury di bukut antarabangsa. Ada buat stimulation utk CP

moimed Publish time 17-2-2017 10:56 AM

anak moi pon disahkan diplegic cerebral palsy...
masih ulang alik ke hosp utk physio, occ theraphy, paed,dental, rehab
Pages: [1]
View full version: MENCARI TADIKA UNTUK ANAK YANG MENGHIDAP CEREBRAL PALSY


ADVERTISEMENT