chacon Publish time 13-1-2017 11:09 AM

China, Rusia sepakat 'langkah balas' terhadap sistem anti peluru berpandu AS



http://img.astroawani.com/2016-08/71472282593_NorthKorea.jpg
Keinginan Korea Utara untuk membangunkan kemampuan senjata nuklear telah mencetuskan kemarahan China, iaitu satu-satunya penyokong ekonomi dan diplomatik terbesar Pyongyang. - Reuters

SHANGHAI: China dan Rusia bersetuju untuk mengambil langkah balas lanjutan dalam berdepan rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk melaksanakan sistem anti peluru berpandu di Korea Selatan, lapor agensi berita Xinhua pada Jumaat.

Langkah balas itu bertujuan melindungi kepentingan China dan Rusia serta keseimbangan strategik di rantau berkenaan, lapor Xinhua, yang memetik kenyataan rasmi selepas mesyuarat keselamatan China-Rusia.

China dan Rusia sepakat dalam kerjasama latihan anti peluru berpandu pada Mei tahun lalu selepas Washington dan Seoul memulakan rundingan mengenai pemasangan sistem Pertahanan Terminal Kawasan Altitud Tinggi AS (THAAD) untuk berdepan ancaman dari Korea Utara.

THAAD sekarang ini sedia untuk ditempatkan di sebuah padang golf Korea Selatan. Tindakan itu ternyata meresahkan Beijing dan Moscow, yang bimbang kuasa radar sistem tersebut boleh menjejaskan keselamatan mereka, malah tidak langsung membantu mengurangkan ketegangan di semenanjung Korea.

China dan Rusia pada Oktober berkata, mereka akan melaksanakan latihan ketenteraan bersama yang kedua pada tahun ini.

“China dan Rusia menggesa AS dan Korea Selatan untuk menguruskan kebimbangan keselamatannya dan menghentikan operasi THAAD di semenanjung Korea,” ujar kenyataan itu.

Keinginan Korea Utara untuk membangunkan kemampuan senjata nuklear telah mencetuskan kemarahan China, iaitu satu-satunya penyokong ekonomi dan diplomatik terbesar Pyongyang.
Bagaimanapun, Beijing khuatir jika THAAD dan radarnya memiliki jangkauan yang mampu merentas masuk ke China.





razzims Publish time 27-9-2017 09:43 AM

timur vs barat

cmf_BeachBoys Publish time 4-10-2017 05:19 PM

Amerika dah gila :)
Pages: [1]
View full version: China, Rusia sepakat 'langkah balas' terhadap sistem anti peluru berpandu AS


ADVERTISEMENT