pambudi Publish time 4-1-2017 09:25 PM

Ayda Jebat Lancarkan Single Baharu Bertajuk 'Bawaku Berkelana'



Ayda Jebat atau pemilik nama penuh Nur Suhada Jebat telah diberi peluang untuk menyanyikan lagu "How Far I'll Go" versi Bahasa Malaysia yang merupakan lagu tema asal dari filem animasi Disney terbaru yang bertajuk "Moana". Setelah sebelumnya, Ayda Jebat juga kejayaan dengan dua single, iaitu single Pencuri Hati dan Nakal Nakal Nakal.

Diberi tajuk "Bawaku Berkelana", lagu berkenaan merupakan lagu watak heroin dalam animasi tersebut dan ia dinyanyikan oleh Auli'l Cravalho yang merupakan pelakon suara "Moana".

Lirik lagu Bawaku Berkelana sepenuhnya menggunakan lirik lagu berbahasa Malaysia. Menurut Ayda Jebat, dia mengambil masa selama tiga jam dan lima kali rakaman untuk merakam lagu itu dengan sempurna.

Selain Ayda Jebat yang merupakan penyanyi asal Malaysia, ada juga penyanyi lain dari Asia Tenggara yang mendendangkan lagu untuk tema "Moana", macam Janelle Salvador dari Filipina, Maudy Ayunda dari Indonesia, Minh Nhu dari Vietnam, Myra Maneepat dan Molloy dari Thailand.

aleesyasofia Publish time 5-1-2017 09:16 AM

murah rezeki ko dik

Coisybee Publish time 23-1-2017 08:35 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!

Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit
Mari mari mari!
http://i65.tinypic.com/2cxddnd.png
cepatlah sertai kami!!! :lol:

cubajaya Publish time 4-2-2017 01:20 PM

Harap2 Ayda buatlah lagu yg lain sikit dari genre yg sekrg ni kannnn:o
Pages: [1]
View full version: Ayda Jebat Lancarkan Single Baharu Bertajuk 'Bawaku Berkelana'


ADVERTISEMENT