CARI-MAL Publish time 4-1-2017 06:23 PM

Ubah Sekarang! Ini Ramuan Minuman Detoks Untuk Bersihkan Paru-paru Perokok

Amat susah bagi perokok tegar untuk meninggalkan tabiat merokok mereka. Merokok bukan sahaja merosakkan kesihatan perokok, malah ia juga memberi kesan kepada orang di sekeliling mereka.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/04/182030dvugujngboznibvm.jpgSumber foto: MedicMagic.Net




Perhatian kepada anda yang sudah atau dalam usaha untuk berhenti merokok, adalah penting untuk anda membersihkan paru-paru anda.Anda bertuah kerana terdapat satu minuman yang boleh membantu dalam membersihkan toksin yang terkumpul di dalam paru-paru anda.


Mahu tahu apa ramuannya? Jom lihat!



Bahan:


1. 2 sudu besar serbuk kunyit
2. 400 gram bawang besar
3. 1 inci halia
4. 400 gram sirap mapel, madu atau pemanis semula jadi
5. 1 liter air putih




Caranya:


1. Gaul sebati pemanis dan air, kemudian panaskan sehingga mendidih


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/04/181829q4v8m8vejkjz4juv.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/04/181828yyykf03zg8hfadoh.jpgSumber foto: http://www.tapoos.com



2. Cincang bawang dan halia - masukkan ke dalam air tadi
3. Perlahankan api dan masukkan serbuk kunyit - biar didih
4. Tunggu sehingga hampir separuh campuran tadi tersejat sebelum matikan api
5. Tapis air campuran itu ke dalam cawan
6. Tunggu sehingga sejuk atau suam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.




Disarankan untuk mengambil dua sudu minuman detoks ini setiap hari iaitu pada waktu pagi dan malam. Bukan dua jam selepas makan, tau!


Bukan susah nak susah dan bukan senang nak senang. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Berubah lah sekarang sebelum terlambat. Anda mampu lakukannya! - CARI

boyagombak Publish time 4-1-2017 11:05 PM

Lepas tu apa jadi? Semua candu2 ,tar,nikotin dan toksin akan keluar dr paru2 dan paru2 akn jd bersih & x ra$a nk capkok lagikah?

red_cattleya Publish time 5-1-2017 07:17 AM

tgk adik ioll stop merokok kesian jgk, kejap pening lah, anxiety bagai. mak bagi dia minum air kunyit ok sikit sementara badan healing.

seramado Publish time 5-1-2017 11:41 AM

cuci cuci detoks peparu

antara Publish time 5-1-2017 04:18 PM

red_cattleya replied at 5-1-2017 07:17 AM
tgk adik ioll stop merokok kesian jgk, kejap pening lah, anxiety bagai. mak bagi dia minum air kunyi ...

seriously?? air kunyit? means petua ni betul la kan....

red_cattleya Publish time 5-1-2017 07:53 PM

antara replied at 5-1-2017 04:18 PM
seriously?? air kunyit? means petua ni betul la kan....

ntah lah tapi air kunyit bagus utk kesihatan..

antara Publish time 6-1-2017 09:55 AM

red_cattleya replied at 5-1-2017 07:53 PM
ntah lah tapi air kunyit bagus utk kesihatan..

tu lah...dulu kita kecik2...banyak kudis..
mak buatkan air kunyit..tapi kunyit hidup...dengan air asam...
kelat2...minum....alhamdulillah da takde kudis hehehhe...

ni nak buatkn utk husband la..klo elok...
Pages: [1]
View full version: Ubah Sekarang! Ini Ramuan Minuman Detoks Untuk Bersihkan Paru-paru Perokok


ADVERTISEMENT