CARI-MAL Publish time 4-1-2017 04:46 PM

Harus Cuba! 3 Khasiat Sengkuang Untuk Kecantikan Semula Jadi

Sengkuang bukan sahaja sedap dimakan bersama kuah rojak, malah ia juga mengandungi pelbagai khasiat kerana kaya dengan kandungan air. Lebih menarik, ia juga mampu membuat anda kelihatan lebih muda dan cantik! Nak tahu mengapa sengkuang baik untuk wajah anda?


Ini adalah tiga manfaat daripada buah sengkuang yang baik untuk wajah anda.




1. Kuasa Mencerah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/04/164049or6zigmtt466w6if.jpgSumber foto: keywordsuggest.org




Buah sengkuang mengandungi sari pati yang dapat digunakan untuk kecantikan terutama untuk mencerahkan kulit. Jadikan sengkuang yang sudah diparut sebagai masker. Biarkan sekitar 15 minit dan bilas muka dengan air bersih.



2. Mencegah Penuaan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/04/164320u23il8l1nj2px2jx.jpgSumber foto: Tabloidnova.com




Sengkuang mengandungi vitamin C yang bukan sahaja baik untuk kesihatan, ia juga ternyata mampu mencegah proses penuaan. Caranya adalah dengan menggunakan masker sengkuang pada waktu malam. Lakukannya dengan kerap bagi melindungi kulit dari radikal bebas.



3. Menyegarkan Kulit

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201701/04/164510wqozuomiodumcmzo.jpgSumber foto: Carian Internet



Bukan sahaja kaya dengan nutrisi dan kandungan air, sengkuang juga mengandungi Vitamin B dan vitamin C yang mampu menjadikan kulit lebih sihat dan segar.


Untuk mendapatkan kulit yang sihat, amalkan penggunaan masker sengkuang pada waktu malam ataupun mengambilnya (makan) secara langsung. Ia juga boleh dijadikan sebagai jus.




Sambil menikmati buah sengkuang ini, anda juga boleh merawat kecantikan secara semula jadi. Cubalah! Anda takkan rugi apa-apapun. - CARI

prettyuglybabe Publish time 4-1-2017 06:18 PM

cam mana nak buat masker dgn jus tu?

seramado Publish time 5-1-2017 11:41 AM

sedapnya sengkuang calit

Qnqn Publish time 4-2-2017 06:43 AM

Ya nampak mudah nak buat tapi sengkuang kot???

puanbintang Publish time 5-12-2018 02:22 PM

baru terbaca..bagus jugak kegunaan sengkuang ni selain dibuat sengkuang calit, pecal..tp nak buat masker tu...kena rajin jgakla ni

BlueRose99 Publish time 13-12-2018 04:29 PM

Sayangnya sengkuang nak buat masker. Baik buat sengkuang calit. Yummy!

Pages: [1]
View full version: Harus Cuba! 3 Khasiat Sengkuang Untuk Kecantikan Semula Jadi


ADVERTISEMENT