Farini Publish time 2-1-2017 12:55 PM

Zoo Taiping Terima Keluarga Baharu

                http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/12/IMG-20161230-WA0003.jpg

TAIPING:Zoo Taiping & Night Safari menerima seekor ahli baharu iaitu seekor anak badak air yang telah selamat dilahirkan pada 12 Disember lalu.
Anak badak air seberat 40 kilogram itu selamat dilahirkan oleh seekor badak betina yang bernama Lek berusia 20 tahun.


Terdahulu, Lek merupakan badak yang dibawa dari zoo di Thailand manakala April (badak jantan) pula dilahirkan di Zoo Taiping.

Setiap anak badak air yang lahir akan ditempatkan bersama ibunya selama dua tahun sehingga dua tahun enam bulan manakala tempoh penceraian susu berlaku ketika berumur 10 bulan hingga setahun.

Malah tempoh kematangan bagi seekor badak air adalah antara empat hingga lima tahun.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Arif berkata, jantina anak badak air yang baru dilahirkan selepas dikandungkan ibunya selama lapan bulan itu masih belum diketahui.


"Anak badak air itu belum dinamakan malah jantinanya juga belum diketahui kerana sukar untuk didekati kerana ibu bapanya mengawal dengan teliti dan berhati-hati serta amat berbahaya kepada sesiapa yang cuba mendekatinya.

"Pihak zoo akan menganjurkan satu program awal tahun depan dan meminta pengunjung menamakan anak badak air itu dengan nama yang sesuai berdasarkan jantinanya selepas diketahui nanti," katanya kepada media.

- Hmetro -



CiliPadiSedap Publish time 2-1-2017 01:21 PM

mati2 akak ingat babi hutan tadi.

prettyuglybabe Publish time 2-1-2017 01:33 PM

comel je mereka..

Farini Publish time 12-1-2017 05:55 PM

source ; hanim mc's facebook

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t31.0-8/15800653_10154905322044111_5224108921855689532_o.jpg?oh=5cf14e9f41c63b94a4b0ba7a3e527b3c&oe=591D7F50

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t31.0-8/15799879_10154905322094111_8290463549230155702_o.jpg?oh=25caad2d9706c7e1c90760e107532d94&oe=58E49F93

Aizuzu Publish time 4-2-2017 07:14 PM

Farini replied at 2-1-2017 12:55 PM
TAIPING:Zoo Taiping & Night Safari menerima seekor ahli baharu iaitu seekor anak ...

Cutenyaaaaa geram tgok

veYron Publish time 7-2-2017 10:03 PM

Alololo...cute nye, leh g tgk ni...

melissa~~ Publish time 4-4-2017 07:56 PM

So cute!!!!!

zackry14 Publish time 15-5-2017 11:45 AM

comelnyer
Pages: [1]
View full version: Zoo Taiping Terima Keluarga Baharu


ADVERTISEMENT