GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 11:41 AM

CERPEN : PODEH.....PODEH

https://1.bp.blogspot.com/-f9QedOAu9b8/WGmjJPQ92jI/AAAAAAAAbfg/g-UKHn1dXPgmnKZsthZU1adCLkj0I5yMACLcB/s1600/4540318680.jpg

MEDINA,SAUDI ARABIA- 1992
"Mana hang dapat cili?",tanya Ahmad
"Tanam la belakang asrama........",balas Zul.
"Bagi la aku sebiji....",pinta Ahmad.
"Nah...aku bagi sebiji...............",Zulmencebik sambil menghulurkan cili.
"Podeh................aku suko podeh!",balas Ahmadsambil menguyah cili ....
Zul Hairi melihat rakan satu universiti lahap makan.
"Wei..slow-slow sikitlah makan tu.........",tegurZul.
"Esok aku nak dua biji!",pinta Ahmad .
Zul hanya senyum sinis.



1982 SKBB MASJID TANAH MELAKA "Ahmad bin Albab!",jerit guru kelas,Cikgu Azizah. "Tak sekolah..tangan patah..",jawab Mahathir. "Tangan patah?",Cikgu Azizah kehairanan. "Cikgu Ismail hantar ke hospital kelmarin...mungkin diacuti 6 bulan Cikgu!",jelas Mahathir . Cikgu Azizah meneruskan pengajaran bahasa Inggeris.

https://2.bp.blogspot.com/-wYX1HNA6h3Y/WGmjwPpbGuI/AAAAAAAAbfk/HfDBonIMRLITcD63Ag1oi0mVxI5Q7octACLcB/s1600/rekod%2B1982.jpg

GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 11:45 AM

Edited by GuaAnakMelaka at 3-1-2017 09:14 AM



2016 TAMPINES SINGAPORE
https://4.bp.blogspot.com/-uYPwP93Aipk/WGm9JjeFZcI/AAAAAAAAbh4/ekGTTe5yS74u1NQxo29U8LIlBWtkuIh2wCLcB/s1600/Tampinese.jpg



Ahmad melihat pokok cili yang semakin subur di belakangrumahnya.
"Cili sekilo SG10..baik aku tanam sendiri belakangrumah",keluhnya mengingatkan harga
barang semakin mahal sejak Perdana Menteri bernama NI HAUMAmenjadi
bahan lawak dalam FB dan blog.
"Cili mahal ,jangan beli..beli kangkung",kataseorang menteriHaramJadah ,menteriPertanian dan Timbang Kilo .
Tiba-tiba mata Ahmad berkaca.
Terimbau kenangan 24 tahun tahun lampau .................


......................................................................................................

1987SMHK MASJIDTANAH MELAKA
"Ros...kau besau nak jadi apa?",tanya Ahmadmelihat rakan sekelas yang kerinting rambutnya .
"Akunak jadiarkiterk.... kau pula?",balas Rosna .
"Engineer la.....aku kagum sangat dengan AlbertEinstein .Murid yang dipanggil bodoh oleh guru Math ,akhirnya berjaya dapatNobel Prize",balas Ahmad .
"Albert Einstein?sape tu?",tanya Rosna sambilmembetulkan rambutnya.
Ahmad tersedak.
"Ada juga pelajar sekolah menengah tak kenal AlbertEinstein ..",kata Ahmad dalam hati .
Ahmad makan dengan lahap sekali.
Terasa nasi lemak makcik kantin sedap sekali berlaukkan cilipadi.
"Mad..akui belanja kau hari ni sebab ajau akuMath",balas Ros melihat Ahmad makan dengan berselera sekali .
1995KAMPUNGBATANG MELAKA
"Aku terima nikahnya Rosna bte Rahim dengan maskahwinRM99 tunai..........."
Mata Ahmad berkaca mendengar berita pernikahan.
Kekasih pertama kini telah sah menjadi isteri orang lain.
Ahmad tersedar dari memori pahit dikejutkan pertanyaanpelajarnya.
"Cikgu.....kenapa Cikgu menangis?',soal seorang pelajar,Rosna bte Abdullah .
Ahmad menggosok matanya .
"Bila saya lihat wajah kamu,saya teringat arwah neneksaya sebab nama dia sama dengan kamu",balas Ahmad menyembunyikan kesedihan.
"Semua buka buku Sejarah",jerit Ahmad .
Namun air mata Ahmad terus mengalir tanpa henti.
Ahmad terus berlari keluar sekolah dan meninggalkan pelajarsekolah terpinga-pinga.
"Kenapa pula Cikgu Ahmad Albab hari ni..Lain macamje",kata Rosna,pelajar paling cemerlang dalam kelas dalam benaknya.
2037 London ,United Kingdom
https://2.bp.blogspot.com/-pozGotFU5sE/WGmn9tZwDtI/AAAAAAAAbgA/YxMIrGsNdR0aToKHEd41p_yDfGiNkr-OQCLcB/s1600/london.jpg



"Salam Ayah..kawan baik ayah,Zul K UIM   di hospital.Hospital Mekah .SAFA "
SMS dari anak kesayangan Ahmad,SAFA.
Ahmad tersentak mendapat SMS.
Mesyuarat di kota London dihentikan.
"Flight to Jeddah immediately!",perintah Ahmadkepada pembantu peribadinya,Hajjah Rosna yang juga isteri keempat Ahmad.
Penerbangan ke kota Jeddah dirasakan amat jauh.
"Wahai Tuhan...sampaikanlah aku ke kota Mekah untukmenziarahi sahabat baik yang kini koma di Mekah..",Ahmad berdoa sepanjangperjalanan.
Ahmad memegang erat tangan Rosna sambil mengalirkan airmata.

1 Januari 2020- KUALA LUMPUR
"Mana kau ghaib Mad?',tanya Rosna melihat bekas kekasihzaman cinta monyet di restoran PNB Park KL .
"Aku busy la....lepas habis tiga Universiti ,akusambung belajaulagi di Australia dalambidang perfileman dan iklan",jelas Ahmad merenung mata Rosna.
Kali terakhir mereka bertemu pada 2015 .
"Suami aku kena penjara seumur hidup',Rosna memulakancerita.
"Ni surat cerai taklik.."sambung Rosna .
Ahmad melihat cincin di jari bekas kekasihnya .
"Kau simpan lagi cincin besi aku hadiahkan dulu..."balas Ahmad sambil ketawa.
Rosna menitiskan air mata melihat Ahmad yang semakin kurus .
Tidak berubah .Masih seperti dulu ketika sama-sama menggalasbeg ke sekolah menengah.
Ahmad mengeluarkan cincin emas.
"Aku merayu......jadilah isteri aku sebelum aku masukkubur",Ahmad melihat KLCC yang semakin kelam ditutupi pelbagai bangunanlain.
"Datok..datang sekarang ke PNB Park,aku nak nikah",SMS Ahmad kepada Mufti Wilayah Persekutuan Datok Dr ZulhamdiAl -Fakri.
Akhirnya cinta monyet kini menjadi kenyataan setelah Ahmaddan Rosna disatukan sebagai suami isteri.
"Tahniah Ahmad ....",ucap Datok Zul setelahmenikahkan Ahmad .
1988 MASJID TANAH MELAKA
"Ros...aku kena pindah sekolah",jelas Ahmad.
"Sekolah arab,Maahad",sambungnya lagi sambilmenggengam tangan kekasihnya Rosna.
Mata Rosna berkaca.
"Kalau kau pindah,siapa lagi yang nak ajau akuMath..",Rosnah menangis teresak-esak.
Ketika mereka berdua menangis ,semua mata pelajar memandangmereka.
Bunyi loceng menamatkan waktu rehat dan mereka berduaberpimpingan tangan masuk kelas.
"Romeo Juliet sudah sampai....',jerit pelajar kelas .
Rosna terus menangis tanpa henti di atas bangku .
Ahmad memasukkan cincin besi ke dalam beg sandang Rosna.
Ahmad terus berlari keluar sekolah tanpa bicara.
Rosna melihat daun setawar dalam buku Math.
1977 -HATYAI THAILAND
"Ahmad ..inilah pokok ciliyang ditanam arwah ibu kamu .Masih segar dansubur",kata MakJah kepadacucunya,Ahmad.
Ahmad yang berusia tiga tahun hanya mengangguk seakan faham.
Ahmad mendakap erat baju kurung arwah ibu sambil menitiskanair mata .
"Mak..kenapa awal sangat mak pergi tinggalkanadik..",keluh Ahmad melihat pokok cili dan menyiramnya .
Sejak kematian ibu kandungnya,Ahmad ke mana-mana membawabaju kurung kesukaan ibunya.Baju kurung seakan bantal busuk yang tak bolehdipisahkan.

"Ibu kamu jahit sendiri baju ni......",terang MakJah mengingatkan Ahmad yang masih tidak mengerti.
Baju kurung kain kasa di bawa ke mana sahaja sehinggalahdewasa.
1979 MASJID TANAH MELAKA
"Adik..ini rumah baru kita",jelasPak Man yang dipanggil Ayah.
Ahmad melompat girang setelah perjalanan jauh dari Kelantanke Melaka .
"Yaho...........................................Adikdapat rumah baru!",Ahmad melihat sekeliling rumah dan membantu ibu bapamembersihkan rumah.

AzanMaghribmasjidkampung Londang bergema dan PakMan bergegas mandi dan membonceng Ahmad ke masjid.
"Ayah..kenapa kita kena pergi masjid?',tanya Ahmad.
"Jika kita selalu pergi masjid,Tuhan sayangkita",balas Pak Man melihat wajah cucunya yang seakan tidak mengerti .
Ahmad yang baru berusia 6 tahun hanya mengikut jemaah masjidbersolat walaupun tidak tahu apa yang dibaca mereka.
1994 Medina Saudi Arabia
"Prof...........saya nak berhenti....",Ahmadmemulakan bicara.
Prof Abdul Ghani melihat wajah Ahmad .
"U best student ...why want to leave?",tanya ProfGhani .
Ahmad mengeluarkan sehelai kertas dan melakar .
"This is not my ambition.Hope u understand meProf",balas Ahmad sambil berdiri dan keluar dari bilik Dekan .
Prof Ghani melihat lakaran kertas.
Sebuah kereta yang mempunyai payung terjun.
Mata Prof Ghani berkaca.
"Sepatutnya Ahmad belajar di UniversitiHarvard...",keluh Prof Ghani .
2047
28 September 2047 -SINGAPORE
"Ahmad......Ahmad.............................."panggil Zulhairi .
Ahmad tidak menjawab.
Mesin denyutan jantung semakin perlahan.
Yuhana,Aisyah,Sue dan Rosna menangis melihatsuami kesayangan merekaterbaring kaku danhanya dibantu alat pernafasandan oksigen.
Zulhairi menggengam cili dan matanya mula merembes.
"Ahmad...Ahmad..jawablah...aku bawa cili kesukaankau..Hari ni kan ulang tahun kau ",panggil Ahmad bertali-tali .
Mata Ahmad berkelip-kelip dan air matanya menitis.
Seakan memahami suara sahabat baiknya memanggilnya.
"All please waiting outside...operationwill be begin"pinta Dr Wong,doktorperibadi Ahmad .
Ahmad ditolak ke bilik pembedahan.
Zulhairi ke surau hospital dan menunaikan solat hajatmenjadi imam isteri-isteri Ahmad,keluarga dan sahabat handai Ahmad.
"Wahai Tuhan ..panjangkan usia sahabatku Ahmad...."doa Zulhairi .
Wartawan di luar hospital sedang menunggu berita .




..............................................................................

1.1.2022 IPOH PERAK
Zulhairi membawa istrei kesayangan ,Humairah menontonfilemdi GSC Ipoh .
Kali pertama setelah 30 tahun tidak masuk panggung wayang .
"Abang masuk panggung sebab nak tonton filem pertamasahabat baik Ahmad...lagi satu filem ini berkaitan kisah kucing",
pujukZulhairi pabila isterinya enggan ke pawagam.
Filem dimulakan dengan lagu Hukum Karma dendangan WINGS

"Oh… dalam dunia…Oh… kita raja…Oh… jangan lupa…Oh… Jangan gila

Gila darjatGila namaGila kuasaGila HartaSemua gila
Buat baik berpada-padaKata org tuaBuat jahat jangan sekaliEngkau takkan rugi
Mulia dibalas syurgaDosa kan sengsaraIni hukum karma.. "
Lagu rock dendangan kumpulan WINGS menggegarkanpanggung.Terdengar siulan kecil penonton menyanyi bersama.
Babak pertama tahun 70 an ,seorang kanak-kanak dilibasibunyakerana memberi kucing kesayanganseekor ikan goreng .
"Kita ni miskin!kau bagi kucing tu seekor ikangoreng,apa kita nak makan hari ni?",
marah Mak Jah sambil melibas anakkesayangannya dengan kain batik.
"Maaf mak....adik tak buat lagi...Sakit!sakit!",jerit kanak-kanak itu sambil berlari keluar rumah .
Zulhairi menitiskan air mata menontonnya .
Sejak Ahmad tinggal di Amerika,mereka tidak pernahbertemu.hanya SMS,FBdan whatsapppenghubung.
"Jangan lupa bro filem pertama aku 1.1.2022",SMSdari Ahmad pada satu petang.
"Tajuk filem MY JOE.mymemorywithjoe.blogspot.my".
Zul membuka blog sahabatnya setelah mendapat SMS.
"Wow!macam best je filem ni......",dengusnya.
............................................................
1983 -MASJID TANAH MELAKA
"Adik..ni hadiah hari jadi adik",ujar Pak Mansambil menghulurkan seekor anak kucing jantan .
Kucing berusia 9 bulan yang masih merindui ibu kandungnyayang matiakibat kanser.
"Meow..........meow..........................."
"Jaga baik-bak ...",pesan Pak Man dan melihat cucukesayangannya bermain dengan kucing tersebut.
"Aku namakan kau JOE...........",kata Ahmad sambilmemandikan kucing yang menggigil kesejukan.
Kucing jantan berwarna hitam kini menjadi sahabat Ahmad.


.................................................
31 DISEMBER 2005 HOSPITAL BESAR MELAKA

"Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah"itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yangmenunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalahmenjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya.Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnyaAllah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui."
Laungan ayat Quran dari pembesar suara masjid Al-Azhim mengejutkan Ahmad yang termangu diluar wad bersalin Hospital Besar Melaka.
Ahmad terus ke masjid Al-Azim kerna waktu Subuh semakinhampir.
Ahmad bersolat sunat tahiyyatul masjid,solat hajat dan solatSubuh berjemaah dan kembali ke hospital.
Jam 7.30 pagi ,Ahmad melihat isteri kesayangan bersama bayikeluar dari wad bersalin menaiki katil beroda.
"Aku akan namakan anak ni SAFA",kata Ahmad kepadaisterinya ,Aisyah sambil mencium dahi isteri kesayangan.











GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 11:48 AM

GLOSARI :

SETAWAR

:http://herbadantumbuhan.blogspot ... iletak-didalam.html

MEREMBES :

meresap masuk atau keluar (barang cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota;

(KAMUS DBP )

LONDANG : Nama sebuah kampung di Masjid Tanah Melaka.Londang adalah nama sebuah pokok.

MASJID AL -AZHIM


Masjid Al-Azim merupakan sebuah masjid yang terletak kira-kira tiga kilometer dari bandar Melaka dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Masjid ini mampu menampung jemaah seramai 10,400 orang. Tingkat atas dikhaskan untuk wanita seramai 700 orang manakala tingkat bawah boleh menampung seramai 9,700 orang jemaah lelaki. Masjid ini luas dan selesa kerana tidak diganggu oleh tiang-tiang kecil.

Masjid Al-Azim mula dibina pada 14 Mac 1984 dan siap sepenuhnya pada 12 Januari 1990. Projek pembinaannya yang menelan belanja sebanyak RM19.5 juta itu telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Sultan Azlan Shah pada 13 Julai 1990 bersamaan 20 Zulhijjah 1410 H.

Gaya seni bina Masjid Al-Azim ini disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Rekabentuk yang mengambil kira aspek keunikan seni bina tradisi Melayu dan seni ukir Islam. Sesuai dengan keunikannya itu, ia dapat dilihat dari dua sudut luaran dan dalaman.

Berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya. Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama, iaitu:

tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah); dan
tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).
Puncaknya yang berukir-ukir digantikan dengan dom.

Beberapa potong ayat al-Quran telah dipilih dan diukir dengan tulisan khat yang menarik. Pemilihan ayat tersebut pula disesuaikan dengan konsep dan falsafah pembinaan masjid ini.

Setiap hujung tulang bumbung masjid ini terdapat sulurbayung yang melambangkan satu ciri keistimewaan terhadap keindahan senibina Melayu. Ilham terciptanya sulurbayung ini diambil dari sejenis tumbuhan liar di tepi sungai. Ia menggambarkan genggaman tangan semasa bertahhiyat.

ms.wikipedia.org/

JOE :

Nama sebenar kucing jantan kesayangan penulis cerpen inidan mati dilanggar kereta ketika kanak-kanak .Puluhan tahun penulis tidak memelihara kucing akibat kesedihan melampau kematian Joe.

http://mymemorywithjoe.blogspot.my/

SMKHK :

Nama sebuah sekolah menengah di MELAKA

Kisah kucing buta : Kisah benaryang berlaku berlaku padazaman pemerintahan Khalifah Abbasiyyah

WINGS :

Wings merupakan sebuah kugiran rock yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia dan ditubuhkan sekitar pertengahan tahun 1980-an.

Sejarah penubuhan Wings bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka telah mendapat kata sepakat untuk mendendangkan lagu berirama Rock 'N' Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermula dengan kelahiran kumpulan kugiran walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.

Empat remaja muda ini ialah Awie,Syam,Zul dan Jojet telah bersepakat untuk membentuk kumpulan kugiran yang di beri nama kumpulan Wings di mana nama kumpulan tersebut adalah nama yang terbaik dan tepat pilihan mereka. Ilham penggunaan nama Wings (Dalam terjemah dewan bahasa 'Sayap-Sayap') sebagai nama kumpulan itu dicetuskan oleh Awie apabila orang ramai selalu menegur otot dan lengannya kelihatan seperti 'Sayap atau Kepak' (Dalam terjemah Bahasa Inggeris 'Wing'). Maka dengan itu lahirnya kumpulan Wings. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Zul membawa haluannya yang tersendiri, manakala Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang.

Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album di bawah syarikat label ASP dan nama Wings digunakan sebagai nama kumpulan ini. Wings bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama yang dikeluarkan pada tahun 1987 dengan bantuan dua anggota gantian iaitu Eddie (Anggota baharu) menggantikan tempat Zul manakala Black (Bekas pemain dram kumpulan Babylon) pula menggantikan tempat Jojet selain Awie dan Syam adalah selaku anggota asal.

Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti Wings sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanahair. Wings tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupun ini adalah album pertama.

Dengan susunan muzik yang baik dan nyanyian yang bertenaga serta di bantu oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti M.Nasir, JS Kevin, Bob Lokman adalah pertarungan pertama Wings di persada seni tanahair menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak di benar penyiarannya di radio dan televisyen oleh Radio Television Malaysia (RTM) namun pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.

Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian', 'Biarkan Berlalu', 'Inspirasi Taming Sari dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak (RTM) tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu Wings atas alasan lirik lagu dan imej pakaian Wings dikatakan keterlaluan dan tidak mengikut syarat piawaian yang ditetapkan untuk di siar di kaca televisyen.

Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, Wings berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 180,000 unit. Satu pencapaian impak yang lebih hebat dari pencapaian penjualan album pertama kumpulan Search yang merupakan kumpulan rock nombor satu sebelum album Fenomena dikeluarkan.

Selepas itu, populariti Wings terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan Wings yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.

Tetapi pada tahun 1988, pengunduran dan pertukaran anggota Wings telah berlaku apabila Sham adalah selaku pemain gitar utama telah menarik diri untuk menyertai kumpulan CRK dan kekosongan itu digantikan oleh Tham namun beliau tidak kekal lama serta tidak sempat mengeluarkan album seterusnya bersama Wings. Tempat Tham di ambil alih oleh Joe, seorang pemain gitar utama tangan kiri dan berusia belasan tahun yang juga merupakan bekas pemain gitar utama kumpulan Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan Wings kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar utama. Joe membuktikan bakatnya yang sedia ada dalam dirinya sebagai pemain gitar utama menerusi album kedua Wings berjudul Hukum Karma yang dikeluarkan pada tahun 1988. Pengurus Wings adalah Bob Lokman dari tahun 1985 hingga 1989. Kemudian ia di ambil alih pula oleh Ali Bakar sebagai pengurus Wings. Wings berjaya mencipta populariti sebaris dengan kumpulan-kumpulan rock popular di Malaysia seperti Search dan Lefthanded. Black yang keluar dari Wings selepas album Teori Domino dikeluarkan pada tahun 1990 dan digantikan oleh Jojet yang juga merupakan bekas pemain dram kumpulan Gersang. Setelah album Jerangkung Dalam Almari di pasarkan, M. Nasir telah menulis bahawa Wings adalah kumpulan rock nombor satu paling popular di tanahair dan artis berkumpulan yang paling sukar untuk ditandingi oleh mana-mana artis berkumpulan tanahair temasuk Search, tetapi Search menepis dakwaan M. Nasir itu. Search tetap memberi persaingan sengit untuk menentukan kedudukannya sebagai kumpulan rock nombor satu tanahair. Di tambah lagi Wings menguasai pentas di serata tanahair. Isu rambut panjang telah menjadi berita panas dan sensasi dalam hiburan tanahair antara Search dan Wings sehingga Dato Mohamed Rahmat yang menyandang jawatan Menteri Penerangan Malaysia telah dapat menyelesaikan isu itu. Sebaik sahaja isu rambut panjang selesai, Search dan Wings telah mendapat kata sepakat untuk mengeluarkan album berjudul Double Trouble. Selain Wings di gelar sebagai kumpulan rock paling popular tanahair, Wings buat kali pertama telah menerima tawaran berlakon di layar perak di bawah arahan Yusof Haslam iaitu filem bertajuk Pemburu Bayang yang ditayangkan di pawagam pada tahun 1993. Wings semakin sibuk dan berkerja keras dalam dunia seni, seterusnya mereka memasarkan album Bazooka Penaka pada tahun 1993. Dari satu persatu album demi album Wings dikeluarkan, kesemua album mereka sering kali mendapat sambutan yang sangat hebat dan berjaya memenangi Anugerah Platinum termasuk album Double Trouble (Bersama Search). Tidak lama kemudian selepas album Bazooka Penaka dikeluarkan, Wings sekali lagi menjadi rebutan penerbit filem serta di beri peluang berlakon di layar perak tetapi Awie dan Wings di tawar berlakon dalam filem yang berlainan kerana ia memandangkan Awie dan Joe memang sesuai memegang watak sebagai hero. Awie di tawar berlakon filem Sembilu dan Joe bersama Wings pula di tawar berlakon filem Putera. Kedua-dua filem tersebut ditayang pada tahun yang serentak 1994.

ms.wikipedia.org / http://www.sayap2wings.com/

CERPEN INI TIADA KAITAN DENGAN YANG MASIH HIDUP,AKAN MATI,AKAN LAHIR MAHU PUN TELAH LAMA MENINGGAL DUNIA...SEKIRANYA ADA PERSAMAAN NAMA,WATAK,LOKASI DAN SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .

HARAP MAKLUM

LOCATION WRITING THIS SHORT STORY:

MELAKA,KL,JOHOR,PUTRA JAYA,NEGERI SEMBILAN,SINGAPURA ,THAILAND ETC

WRITING BEGIN : 2 JANUARI 2017

END : ?????

SUMBER GAMBAR : GOOGLE IMAGE,BLOG ETC

INSYA -ALLAH BERSAMBUNG ...................


GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 11:49 AM

https://4.bp.blogspot.com/-YLOzNzFNVGY/WGnD2VzEusI/AAAAAAAAbiw/Vw_Hj9JQyjk0P2OLT2C1kBf2MhfSRHxSQCLcB/s1600/writing-quote-1.jpghttps://3.bp.blogspot.com/-cCy2LhkhOUk/WGmkL5tSsZI/AAAAAAAAbf8/4B1m1UTSgawFMt1xTUvsn3pHlgpSMoVPgCEw/s1600/11039273_421419648031107_7797768544504192984_n.jpg

GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 11:51 AM

CERPEN INI TIADA KAITAN
DENGAN YANG MASIH

HIDUP,AKAN MATI,

AKAN LAHIR MAHU PUN TEL

AH LAMA MENINGGAL DUNIA.

..SEKIRANYA ADA PERSAMAAN



NAMA,WATAK,LOKASI DAN

SEBAGAINYA,IANYA HANYA KEBETULAN .
HARAP MAKLUM

GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 11:58 AM

http://2.bp.blogspot.com/-GQRucugbY08/TlDEA7e49-I/AAAAAAAACb8/NDJNh87aHB0/s1600/c%2B2.jpghttp://4.bp.blogspot.com/-TLWxnBxH6sU/TlDDo6mKWZI/AAAAAAAACb0/kUl70JzBrSw/s1600/cerpen.jpg


Ipo Publish time 2-1-2017 10:44 PM

Edited by Ipo at 2-1-2017 10:47 PM

amboih cerpen merentas benua gituh
dari medina- melaka-singapore-melaka-London-melaka

Podeh tu..orang melaka punya bahasa ke tt?
tu bukan N9 kah??
dua tahun duk melaka dulu, tak pernah dengau orang melaka sebut podeh;P

masjid al azim tu best jugak...bumbungnya warna hijau dan unik..ada seni
tak jauh dari melaka sentral
tapi ada jugak rumah orang buat bumbung gitu, ingatkan masjid..sekali rumah orang. Time tu duk cari masjid nak solat..;P

GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 10:57 PM

Ipo replied at 2-1-2017 10:44 PM
amboih cerpen merentas benua gituh
dari medina- melaka-singapore-melaka-London-melaka



Melaka ada 3 daerah.

Daerah Alor Gajah mostly org Minang ...

Boleh pergi ke sana utk kono podeh...........;P

Uniknya boleh hawau dan podeh .......................


Ipo Publish time 2-1-2017 11:04 PM

GuaAnakMelaka replied at 2-1-2017 10:57 PM
Melaka ada 3 daerah.

Daerah Alor Gajah mostly org Minang ...


oh sempadan N9 la ni
saya dulu duk Sg Udang masjid tanah, jadi tak dak bahasa nogori nih
semua melingkau, lahabau, celaka je bahasa diorang..terkujat jap dengau;P

GuaAnakMelaka Publish time 2-1-2017 11:11 PM

Ipo replied at 2-1-2017 11:04 PM
oh sempadan N9 la ni
saya dulu duk Sg Udang masjid tanah, jadi tak dak bahasa nogori nih
semua m ...

Masjid Tanah pn ghamai minang sbb aku asal sana.

Bila kat sekolah hawau,podeh semua keluau............

cer borak dgn seorang artis asal Masjid Tanah .......
Pages: [1]
View full version: CERPEN : PODEH.....PODEH


ADVERTISEMENT