dauswq Publish time 26-1-2017 12:52 PM

idakamaruddin replied at 26-1-2017 11:25 AM
br hbs ep 8

hr ni iols bz plk..igtkan time lunch bole layan ep 9/10


han ji hoon lah sape lagi :lol:

sbb tu dia tau niat lee soo woo nk terjun bangunan..

wima Publish time 26-1-2017 01:12 PM

dauswq replied at 26-1-2017 12:52 PM
han ji hoon lah sape lagi

sbb tu dia tau niat lee soo woo nk terjun bangunan..

Aah..dia je pun yg iols rs akan nangis dan di pihak so woo ni...

Malangnya dia x berjaya halang so woo terjun...sedihla tgk muka han ji hoon ni...

Syik_Gojet Publish time 26-1-2017 07:39 PM

idakamaruddin replied at 25-1-2017 10:42 AM
kan...soo woo syg muncul ep 1 je

HJH muka dia mcm nk kene belai2 je sbb comel sgt

nway.. CWH muka ada iras lee minho...

perasan pun masa dia muncul jab dlm human condition..

dorg bandingkan muka dia dgn lee minho

idakamaruddin Publish time 26-1-2017 08:01 PM

Syik_Gojet replied at 26-1-2017 07:39 PM
nway.. CWH muka ada iras lee minho...

perasan pun masa dia muncul jab dlm human condition..


ha ah mmg sama muka LMH

dauswq Publish time 27-1-2017 05:25 PM

5 Sebab Kenapa Mesti Tonton Solomon’s Perjury


1. Drama yang "fresh" kerana menyelongkar misteri di sebalik kes kematian pelajar.
http://i.imgur.com/gBYbCl7.png
Solomon Perjury bermula dengan seorang pelajar, Lee Soo Woo yang didapati mati terlentang di atas tanah akibat terjun daripada bangunan sekolah. Pihak sekolah dengan kerjasama polis segera menutup kes tersebut serta-merta dengan "kematian disebabkan bunuh diri" sekaligus dapat menjaga reputasi daripada terus tercemar. Namun, dengan pengakuan salah seorang pelajarbahawa dia melihat pelajar lain menolak Lee Soo Woo tersebut telah mencetuskan ketidaksenangan di kalangan pelajar lalu menyebabkan Go Seo Yeon membuat petisyen mengadakanmock 'trial' di sekolah.
http://i.imgur.com/5ds9jYd.jpg

2. Pelajar sendiri yang menjadi pendakwaraya, peguam dan juga hakim seolah-olah anda menyaksikan perbicaraan di dalam sebuah mahkamah.
http://i.imgur.com/cijztnh.png
Selalunya mereka yang dewasa menjadi peguam mahupun hakim. Tapi kali ini, budak sekolah sendiri yang menyelesaikan misteri dengan cara mereka tersendiri. Cabaran demi cabaran mereka terpaksa tempuhi yakni tentangan daripada pihak sekolah mahupun ibu bapa, tetapi mereka berjaya mengadakan perbicaraan beberapa kali dengan jayanya. Ironinya, dari manakah mereka pelajari bahasa hujah orang selalu guna dalam mahkamah? Kepintaran mereka juga agak dipersoalkan terutamanya kebolehan peguam defendan memanipulasikan hujahnya, yakni daripada manakah mereka memperoleh kematangan dan pengalaman tersebut? Namun, ianya menjadikan situasi sangat menarik kerana dilakukan budak-budak muda.

3. Pelakon-pelakon muda ini sekilas Kim Soo Hyun dan Lee Min Ho.
http://i.imgur.com/TtZ145P.png
http://i.imgur.com/PNYJrl5.jpg
Hampir kesemua pelakon muda ini nampak tampan dan jambu. Dengan wajah "puppy" dimiliki Jang Dong Yoon ,ekspresi Han Ji Hoon (peguam defendan) yang sedikit beremosi tapi comel akan mengingatkan pada kombinasi pelakon Kim Soo Hyun dan Lee Je Hoon. Manakala, Back Cheol Min (Choi Woo Yuk) yang menjadi budak pailang dan gangster lalu dituduh pembunuh Lee Soo Woo pula mengingatkan pada Lee Min Ho jika diamati dekat-dekat.
4 . Dapat saksikan si hidung mancung Lee Soo Woo walaupun hanya sekejap saja.
http://i.imgur.com/5rwO5DQ.jpg
Siapa sangka Seo Young Joo muncul sekejap saja terutamanya dalam adegan "flashback" , tapi meninggalkan kesan buat mereka menonton drama ini.Seo Young Joo membawa watak Lee Soo Woo, budak yang mati akibat terjun bangunan. Setelah dibongkar kes kematian lebih dalam lagi, pelbagai misteri turut dicerahkan satu persatu.
5. "Twist" yang tak disangka-sangka.
http://i.imgur.com/RB7dJpP.png
Semestinya drama ini bukan takat mengadakan perbicaraan, tapi membongkar sesuatu di sebalik yang cuba disembunyikan pihak sekolah. Pengakuan saksi yang disengajakan, misteri hubungan antara Han Ji Hoon dan Lee Soo Woo serta "pembunuh sebenar" Lee Soo Woo antara twist yang menjadikan drama ini sangat unik dan menarik.

Solomon's Perjuryadalah "remake" drama Jepun berjudul yang sama yang sekarang sedang hangat disiarkan pada hari Jumaat & Sabtu di cenel jtbc. Episod 11 & 12 minggu ini adalah terakhir dan akan membongkar lebih besar mengenai misteri di sebalik kes kematian Lee Soo Woo seterusnya menyimpulkan drama ini.

SUMBER: http://www.kmania.org/2017/5-sebab-kenapa-mesti-tonton-solomons-perjury/


rei_fiesya Publish time 28-1-2017 06:25 PM

Sub ep 11 xdok lagi..huhuhu..xsabaq nk tgk ni :L

idakamaruddin Publish time 30-1-2017 07:36 PM

kan subs lambat plak

x sabar nk tgk final ep

kikiharris Publish time 30-1-2017 07:44 PM

ya hampun..camne baru perasan kewujudan drama ni.
iols bertekad nak marathon dr ep 1 sampai latest ep..fighting!:lol:
Missing 9 and voice iols postpone
so sementara nak tunggu defendant iols nak pulun drama ni

rei_fiesya Publish time 30-1-2017 08:36 PM

idakamaruddin replied at 30-1-2017 07:36 PM
kan subs lambat plak

x sabar nk tgk final ep

Dh ada sub..iols dh abis tgk ep 11,12..
Iols spoiler skit..soo woo memang bunuh diri

rei_fiesya Publish time 30-1-2017 08:37 PM

kikiharris replied at 30-1-2017 07:44 PM
ya hampun..camne baru perasan kewujudan drama ni.
iols bertekad nak marathon dr ep 1 sampai latest...

Haaa..pulun maraton smpai abis ek..cite ni 12 ep jer

dauswq Publish time 30-1-2017 09:32 PM

great ending..

aku plg suka epi 5-6 dan 11:lol:

mohon letak review ya :$

kikiharris Publish time 30-1-2017 10:52 PM

rei_fiesya replied at 30-1-2017 12:37 PM
Haaa..pulun maraton smpai abis ek..cite ni 12 ep jer

baru nak pulun ep 1,nak adjust mood jap;P
pi layan movie my annoying brother dulu..sedih giler la plak:mad:

thafly Publish time 30-1-2017 10:56 PM

habis marathon dah..best drama ni..nasib baik tergerak hati nk tgk kalau x rugi je terlepas..ending tiap2 ep buat kita tertanya2&anticipate apa akn jd next ep..fast paced tp xrushing..jalan cerita dia pn build up kita punya curiosity..fly suka tgk drama2 yg xde muka popular mcm ni..semua pelakon pon best2{:thumbo

idakamaruddin Publish time 30-1-2017 11:00 PM

kikiharris replied at 30-1-2017 10:52 PM
baru nak pulun ep 1,nak adjust mood jap
pi layan movie my annoying brother dulu..sedih giler la ...

my annoying brother ngn do exo ngn JJS tu kan

iols pn dh ada dlm list nk tgk

movie pending - missing, my annoying brother, legendry shutter

adoiii xde life weeyyy uolss :lol:

kikiharris Publish time 30-1-2017 11:02 PM

idakamaruddin replied at 30-1-2017 03:00 PM
my annoying brother ngn do exo ngn JJS tu kan

iols pn dh ada dlm list nk tgk


a'ah..JJS dgn do Exo
nangis iols tau:'(

iols mmg tunggu movie ni..nasib cepat dah kuar kat drama cool.Master je tak kuar2 lagik ni
iols punya movies berderet ni.blm masuk drama lagi
rasa mcm nk tukar keja jd full time penonton K drama je;P

idakamaruddin Publish time 30-1-2017 11:08 PM

kikiharris replied at 30-1-2017 11:02 PM
a'ah..JJS dgn do Exo
nangis iols tau



tau x pe uolss

iols mggu ni anak2 x sht

dh miss few ep drama yg iols nk tgk

haha

ni pn duk tgk reply 88 lg ni smbil nangis2 sambil gosok baju

esok keje nk closing nk g awal ni pn nk tgk solomon ep 11&12

wawawawawawa

:mad:

kikiharris Publish time 30-1-2017 11:16 PM

idakamaruddin replied at 30-1-2017 03:08 PM
tau x pe uolss

iols mggu ni anak2 x sht


adoii uols...tabahlah.
iols terpaksa tolak tepi 2 drama dulu la..
tak boleh handle dah ni..

rasa mcm nk balik zaman student je uols,byk masa sket nk membongkang tgk Kdrama
tapi iols kena marathon gak drama ni..tak tahan iols baca comments kat sini:lol:

dauswq Publish time 30-1-2017 11:43 PM


http://i.imgur.com/j7X1LKJ.png
>> PANDUAN REVIEW <<


Majlis Pengkritik Kdrama akan pertimbangkan untuk CARI 2017 K-Drama Awards, untuk tahun ke-6.
Bagi sesiapa yang sudah menonton drama Solomon's Perjury
Browse kmania.org for more info.
Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda rasa memudahkan anda.

Tagkan @dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk untuk menuntut kredit setelah masukkan review.


REVIEW BOX
(Pilih yang mana yang anda rasa mudah untuk dibuat)

CARA 1: >>KLIK SINI<<
CARA 2: >>KLIK SINI<<
---> Baca Review dari CARA 2 " >>KLIK SINI<<"

(Kredit extra diberikan kepada yang menulis / memasukkan review dengan lengkap/detail)



   @idakamaruddin@alien88@wima@Syik_Gojet   @qis13   @rei_fiesya

alien88 Publish time 31-1-2017 12:22 AM

dauswq replied at 30-1-2017 11:43 PM
>> PANDUAN REVIEW

dah tag iolls.. iolls baru nk start download drama ni esok :lol:

dauswq Publish time 31-1-2017 12:26 AM

alien88 replied at 31-1-2017 12:22 AM
dah tag iolls.. iolls baru nk start download drama ni esok

uols bace review iols tulis 5 sebab kenapa mesti tonton klu tak berniat lg nak tgk ;P
Pages: 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [12] 13 14 15
View full version: [JTBC] Solomon's Perjury- Kim Hyun Soo, Cho Jae Hyun


ADVERTISEMENT