sentot28 Publish time 14-12-2016 04:20 PM

Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat

http://www.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2016/12/Untitled-1-7.jpgKEHEBATAN penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi.Namun, sebagai seorang artis popular, setiap pergerakan dan kehidupan sosialnya sudah menjadi perhatian peminat di dalam negara.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila video Yuna dipeluk dan dicium rakan artis barat ketika menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas tersebar, baru -baru ini.

Dalam video tersebut, penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya ini sedang diwawancara sebelum didatangi rakan artis lelaki, Anderson Paak dengan memeluk bahagian bahunya.

Turut kedengaran suara pengacara yang menyatakan Anderson mahu menciumnya di mulut sambil dia turut memuji penyanyi kelahiran Sungai Petani itu.
Yuna kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memeluk rakan artis tersebut sebelum lelaki itu mencium pipinya.

Tindakan Yuna dan rakan artis itu mendapat kritikan netizen kerana dianggap kurang sopan dan menjatuhkan imej wanita bertudung.
Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Yuna yang seakan-akan ‘merelakan’ dirinya diperlakukan sedemikian kerana sudah tentu penyanyi itu tidak akan membiarkan artis di dalam negara malakukan perkara yang sama terhadapnya.

baca juga : Gadis terpaksa padam 500 gambar selfie seksi selepas dihantui Arwah rakan.

Insiden ‘pelukan’ membabitkan penyanyi ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini sekeping foto dia bersama Pharrell Williams tersebar di media sosial sehingga mendapat kritikan netizen.
Pada Julai tahun ini juga, Yuna turut dipeluk erat oleh Usher ketika menyanyikan lagu duet mereka Crush yang juga mendapat kritikan peminat.- MYNEWSHUB.CC

chinta89 Publish time 14-12-2016 04:39 PM

so mcmne yuna nak elakkan pkra ni dari terjadi lagi di masa akan dtg.

aku jenis yg x kisah, janji bakat pelakon penyanyi hebat. artis, what u expect for? nk jd mcm helija helmi ka warak2 gtu sesambil muslimah barbie doll bagai?

baideway ak mmg x suke la berita2 mcm ni, jgn korang kata ak sokong yuna mcm ni plk.

Mary_jane Publish time 14-12-2016 04:53 PM

Ot. I tertarik plak dengan yang ni:-

"baca juga : Gadis terpaksa padam 500 gambar selfie seksi selepas dihantui Arwah rakan."
:$

teddpapel Publish time 14-12-2016 04:56 PM

Bakat ko da ok yuna..tp tula , perangai urban ko yg terlebih tu..out of topic sikit..aku tengok masa ujibakat pe tah ari tu ko pakai tudung bawal ok je xyah nak tayang2 leher..ooo da internasional kenala tunjuk leher ke

So pasni ape pulak..:P

whadda Publish time 14-12-2016 05:05 PM

bideo takde kah

oggy Publish time 14-12-2016 05:17 PM

Aku ada tengok video tu.
Nampak mamat tu yg try nak kiss Yuna, 2x pulak tu, tapi failed.
Yuna tried her best to avoid that.
Itu dari pandangan aku la..

RatuDunia94 Publish time 14-12-2016 05:20 PM

Itulah harga yg patut dibayar nk jd retis kt hollywood.. X payah nk verangan kono ummah bertudung litop pon mampu menakluk hollywood.. In your dream.. Masuk kandang kambing kena la mengembek.. Kalo iols jd yuna dh alang2 tanggal je tudung.. InsyaAllah terus teralon grammy..;P

oggy Publish time 14-12-2016 05:20 PM

Edited by oggy at 14-12-2016 05:22 PM

oggy replied at 14-12-2016 05:17 PM
Aku ada tengok video tu.
Nampak mamat tu yg try nak kiss Yuna, 2x pulak tu, tapi failed.
Yuna trie ...
Test tepek video


LP49QEM3Yks


prettyuglybabe Publish time 14-12-2016 05:27 PM

badan dia.. biar lantak la dia nak kasi sapa peluk cium pun..
kecoh betul orang-orang ni..

WajibulGhunah Publish time 14-12-2016 08:02 PM

Untk yuna semua boleh
Hacik2 kepam dah restu
Halal katanya:)

iraizz Publish time 15-12-2016 05:37 AM

Cabaran dan dugaan besar menjadi internasional artis ni. .lebih-lebih lagi seorg gadis seperti yuna

Rainrein Publish time 15-12-2016 04:45 PM

Benda benda macam ni susah nak elak kan.Tapi nampak she tried her best untuk avoid,yang laki tu gatal nau nak cium cium orang.


Netizen pong,pls sorang sorang take a chill pill ye. Sentap nau pasal retis. Hal yang lagi penting buat buta mata pekak telinga je.

beautifulorchid Publish time 15-12-2016 05:19 PM

Yang mengata semuanye ummah melayu..bila ummah melayu berjaya ade je yang nak menjatuhkan..
yuna bukannya menadah bibir mintak dicium..

BebeQ Publish time 15-12-2016 05:20 PM

jagan sebab kena kecam macam ni, beliau tanggal serkop kepala pulak~

salimrock Publish time 15-12-2016 06:01 PM

spider man...

spiderman...

where are u spider man...

tetiba teringat spider

AvaRose Publish time 15-12-2016 06:01 PM

Nampak nau mat nigga ni yg gedik nak kiss Yuna.

armin Publish time 15-12-2016 06:17 PM

sentot28 replied at 14-12-2016 04:20 PM
KEHEBATAN penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan...

Ummah ni buta ke? Sah2 yuna try avoid kot. Kebodohan ummah dah tak mampu dibendung dah. Benda takde pape nk dicari jugak salah

idril Publish time 15-12-2016 06:19 PM

Dah lama dah kan video ni since bulan lepas kan.... sah2 la si yuna tu try avoid. Dah di amarika nun mmg budaya dorang so aku x salahkan yuna. Korang pun x payah la nak jadi setajah jadian sgt kan

Skuau Publish time 15-12-2016 08:12 PM

beautifulorchid replied at 15-12-2016 05:19 PM
Yang mengata semuanye ummah melayu..bila ummah melayu berjaya ade je yang nak menjatuhkan..
yuna bu ...

Kalo yuna bkn muslim@bertudung...sumer ore akn kata,"ada aku kesah.....".tp masalahnya yuna tu........

lostfaith Publish time 15-12-2016 09:21 PM

Dlm drama duk bergesel gesel tido atas dada semua duk sweet sweet sajer...
Pages: [1] 2 3
View full version: Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat


ADVERTISEMENT