CARI-MAL Publish time 12-12-2016 04:09 PM

Murninya Hati Park Shin Hye, Menderma Guna Nama Samaran

Selepas tragedi kebakaran yang berlaku di Seomun Market, Daegu baru-baru ini, Park Shin Hye dilaporkan memberi sumbangan secara senyap-senyap menggunakan nama samaran.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201612/12/160716udot2hddezdwg7wp.jpgSumber foto: Kpop Herald




Menurut Kpop Herald, Persatuan Bencana dan Bantuan Korea, Hope Bridge melaporkan pihak mereka menerima sumbangan bernilai RM170,000 untuk diagihkan kepada mangsa kejadian kebakaran berkenaan.


Perkara itu bagaimanapun didedahkan oleh pihak tidak dikenali kerana merasakan tindakan Park Shin Hye itu murni dan harus dipuji.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201612/12/160724llyiddskj3bdlzsf.pngSumber foto: IG Park Shin Hye




Wakil syarikat pengurusan aktres itu, S.A.L.T Entertainment mendedahkan dalam suatu kenyataan bahawa pihaknya tidak mengetahui mengenai sumbangan itu.


“Kami langsung tak tahu Park Shin Hye membuat sumbangan berkenaan. Kami hanya mengetahui mengenainya apabila wakil persatuan Hope Bridgemenghantar resit kepada agensi menggunakan nama tidak dikenali,” katanya.


Baik juga hati aktres dari Korea itu sanggup menyalurkan bantuan kewangan kepada yang memerlukan. - CARI

siputsedut Publish time 12-12-2016 05:06 PM

Suka tgk dia ni masak dlm rancangan three meals a day..berlakon x suka sgt..tone suara die x best didengari..tp cantik..

RatuDunia94 Publish time 12-12-2016 07:44 PM

OMG.. Iols dh la fangirling dgn sheols ni.. Jatuh cinta dgn watak sheols dlm drama Doctors.. Muka sheols ada irasa2 muka Nasha Aziz masa muda..

WajibulGhunah Publish time 12-12-2016 08:11 PM

Rambut sheolss cntekk!!

kampderlieben Publish time 12-12-2016 09:30 PM

Sk suara die sbb cm jantan ckit

Shiraniami Publish time 13-12-2016 07:24 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

30% Welcome bonus sehingga MYR 1,288 Sportsbook hanya untuk anda!!!

Membuat deposit pertama kali dengan MYR minimum 100 dan mendapatkan MYR tambahan 30 untuk bermain
Mari mari mari!
http://i68.tinypic.com/oqwwuh.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:

mujer_in_espejo Publish time 13-12-2016 09:39 PM

Dia ni.. klu bawak watak innocent, dan blakon scene nangis2 yg bikin kesian, mmg menjadi sgt2. Hidup sgt wataknya
Pages: [1]
View full version: Murninya Hati Park Shin Hye, Menderma Guna Nama Samaran


ADVERTISEMENT