Minimi Publish time 9-12-2016 09:28 PM

Mana lg ok antara honda jazz dan city??

Aslm.. Blh Bantu x nak pilih antara kereta Honda city or Honda Jazz? Mane lg better??L

matchstick Publish time 9-12-2016 11:15 PM

sama je kot.enjin sama. beza besar dgn kecik je..kalu selalu ngangkut barang byk amik city lah. kalo gi ikea nk angkut kabinet sebijik lps lg;P pastu seat belakang tu kalo nk muat 3 org ok lg. jazz sempit sikit lah

CiliPadiSedap Publish time 9-12-2016 11:32 PM

pakai je wira.hari ni 4 orangorg jumpa kak dekat tanjung lumpur study ilmu financial. 4 orang ni memang minat honda.

tak faham kak nape dia orang tak minat vioz. gaji pula rm 3400 ++. akak ckp beli proton. nak jadi hidup senangatau merempat miskin. dia org dgr nasihat akak tak beli honda.

kalau gaji rm 3000 tak patut ada kereta honda toyota dan lain2 lagi. kalau nak kete camtu at least gaji rm 7000.

orang kaya bijak menangguhkan nafsu syahwat membeli. orang miskin ada duit habis . ada duit buat loan. ada duit tempat pertama pg jakel, fareeda, dan lain2 lagi.



faredfauzee Publish time 10-12-2016 12:10 AM

bagus dari segi apa????perlu kecikkan skop utk perbezaan nih.. huhuh

vender Publish time 10-12-2016 12:11 AM

Lain org lain minat dan keperluan. Ada org yg suka travel jadi dia perlu pengangkutan yg bagus dan mahal. Ada org lebih minat mengumpul dan menghias rumah tapi kenderaan dia biasa2 je. Ibarat nabi dulu yg memilih kuda pengangkutan yg terbaik terkuat tersihat yg mampu dibeli, zaman skrg ni mana nak cekau kuda, so belilah kereta yg hebat yg mampu dibayar. Tepuk dada tanya poket.

vender Publish time 10-12-2016 12:17 AM

Jazz dgn city kan sama jaa interior dia. Sisi pun sama kan..cuma satu ada bonet, lagi satu bonet kecik ya amat..kalau kereta tu utk keperluan keluarga and this is the only car u have, better amik city. Tp kalau TT dah ada kereta berbonet yg lain and this one is the second car, amikla jazz..design sama taraf. Skrg ni fikirkan keperluan je..
kang beli kereta takde bonet menyesal pulak nak bawak barang tak boleh diharap lebih2 lagi kalau ada baby.tapi jazz lagi best bawak and senang parking la berbanding city.
Harga toksah pikirla kalau dah mampu beli antara dua jenis kereta ni.Amik yg menepati keperluan bukan ikut harga.Tp kalau tak mampu takkan tt tanya kan..

munchkin Publish time 10-12-2016 12:44 AM

kalau angkut barang banyak belilah city. Kalau setakat angkut 1 kali sebulan or jarang jarang pakailah jazz. Paling penting bajet. Sekarang ni orang dah tak tengok kereta apa. Tapi keselesaan poket. Bukan tido dalam kereta pun. Bayar city mungkin rm1000 x 12 months. Gaji rm12,000 ke atas baru selesa pakai city. Tu pun belum tentu lagi ye. Tengok komitmen lain. Tapi terpulang pada anda. Perkiraan tu dari pakar kewangan. Belum termasuk petrol parking toll maintenance wear n tear road tax insurance. Seketul tayar ngan r honda udah rm2000. Bbnu sekarang dok kira bayar bulan. Sekali kalu kena tayar mau terduduk. Baru tukar lampu or battery dah keluh kesah huh hih hah. So first if you are earning rm12k per month bolehlah. Itu pun kalu dikira sempit jugak tu.

Lagubestbest Publish time 10-12-2016 01:43 AM

Edited by Lagubestbest at 10-12-2016 01:53 AM

Honda Jazz jelah, pakai Mugen bodykit, minta la free tinted ke. Luggage? Ikat tali seret je kat belakang, hahaha. Honda city plak tak lawa, sekali pandang cun, dua kali pandangmcm design tak siap, nasib malang semua sedan harga bawah 100K.

sabar_sabariah Publish time 14-12-2016 11:47 AM

CiliPadiSedap replied at 9-12-2016 11:32 PM
pakai je wira.hari ni 4 orangorg jumpa kak dekat tanjung lumpur study ilmu financial. 4 orang ni m ...

betullah tindakan saya
gaji saya sekarang RM3k++
last time saya beli satria second hand
habis bayar, takyah fikir hutang
bila dah berkeluarga
saya fikir bawak satria cam leceh
saya angkat wira second hand jugak
takyah fikir hutang
tak mengidam pun kereta mahal
cuma pasni kalau ada rezeki anak 3
nak amik mpv second hand jugak,
tapi nak jual satu kereta

zulka Publish time 14-12-2016 12:08 PM

sabar_sabariah replied at 14-12-2016 11:47 AM
betullah tindakan saya
gaji saya sekarang RM3k++
last time saya beli satria second hand


tindakan yg bijak..{:1_132:}
asalkan pandai pilih kete yg elok dan takde byk masalah ok je..
yg penting beli kete yg byk spare part dan senang nk menten...
btw...kalau anak 3 org tak perlu pakai mpv pun lagi...boleh lagi himpit2 sket

sabar_sabariah Publish time 14-12-2016 12:23 PM

zulka replied at 14-12-2016 12:08 PM
tindakan yg bijak..
asalkan pandai pilih kete yg elok dan takde byk masalah ok je..
yg ...

sekarang baru 1
seat belakang dah huru hara dengan car seat, mainan, tilam bantal segala
tu yg consider nak mpv
tapi mungkin boleh adjust sikit kot
sebab bukan selalu travel pun
so, ada kemungkinannya tak perlu jugak
tengoklah camne nanti
yang penting kumpul je duit

mirage_46 Publish time 18-12-2016 08:44 AM

tunggu city facelift.. dah nak keluar dah

SWORKS27 Publish time 19-12-2016 08:37 AM

wslm..
kalau rasa nak rugged better amik jazz..canti jugak yg baru ni..
city ni sesuai jugak kalau dah berfmly tuh ok...

edina Publish time 22-12-2016 03:27 PM

Kalau pompuan sesuai jazz.... mantap
Pages: [1]
View full version: Mana lg ok antara honda jazz dan city??


ADVERTISEMENT