Ipo Publish time 9-12-2016 04:28 PM

POKOK MULBERI

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:04 PM

POKOK MULBERI




Alam:Plantae
(tiada peringkat):Angiosperms
(tiada peringkat):Eudicots
(tiada peringkat):Rosids
Order:Rosales
Famili:Moraceae
Tribus:Moreae
Genus:Morus


Pokok Mulberi atau Mulberry sebutan Inggerisnya yang nama botaninya Morus rubra merupakan tanaman khas makanan ulat sutera. Tanaman ini diperkenalkan ke negara ini ketika industri sutera diperkenalkan di negeri Terengganu sekitar tahun 1984. Tanaman dengan daun penghasil klorifil ini awalnya dikenal sebagai makanan istimewa ulat sutera, jika tidak makan daun ini ulat sutera tidak menghasilkan sutera yang baik.


   


Mulberi memiliki sebutan nama yang berbeza, di negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenali sebagai Murvei atau arbei, manakala di Cina dikenali dengan nama Sangye. Selain dari tanaman untuk makanan ulat sutera suatu ketika dahulu, tiada siapa yang peduli untuk menanam tanaman ini. Hanya sejak kebelakangan ini sahaja ramai dikalangan pengemar buah mulberi yang menanamnya untuk tanaman hiasan dirumah atau menanamnya secara kecil-kecilan untuk buahnya sebagai ramuan campuran dalam pembuatan kuih muih, kek dan juga jus atau jem.

Daun mulberi adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit kencing manis (diabetes) serta mampu mengawal serta mengurangkan kolestrol dalam pembuluh darah dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Selain dari itu, ianya juga dikatakan dapat membantu menggelakkan serangan sakit jantung dan kehilangan berat badan. Buah mulberi yang dijadikan jus mampu melambatkan proses penuaan dan meremajakan tubuh badan dan mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi. Bagi wanita yang mengalami simptom seperti anemia, kepucatan, rasa mual terutamanya selepas bersalin, bolehlah mengambil jus mulberi dengan kerap bagi mengurangkan simptom tersebut. Ianya juga boleh membantu perjalanan haid yang tidak teratur dan juga dapat mengurangi kesakitan ketika kedatangan haid.






Daun mulberi pula dikatakan boleh direbus dan digunakan sebagai ubat mencuci mata yang merah dan bengkak. Daun yang telah dikeringkan dikatakan boleh dicampur dengan air mendidih atau direbus untuk diminum bagi tujuan membersihkan tubuh badan, merangsang peluh, ubat batuk, demam panas dan selsema. Pokok mulberi boleh dibiakkan dengan menggunakan tut atau keratan batang yang cukup tua (berbatang coklat). Selain dari itu, anak benih pokok mulberi boleh didapati di kebanyakan nurseri berdekatan dengan anda. Pokok Mulberi tumbuh dengan begitu cepat walaupun ianya ditanam pada mulanya sebagai anak benih dan akan mengeluarkan buah pada usia 6 - 8 minggu. Untuk mendapatkan buahnya yang lebat, pokok mulberi perlu kerap dicantas dan diberi baja yang secukupnya.




Mulberry adalah jenis tanaman yang tumbuh dengan sinar matahari sehingga tanaman ini dapat tumbuh pada ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut. Mulberry memiliki sebutan nama yang berbeza di setiap negara seperti di Indonesia tanaman ini dikenal dengan sebutan Murbei atau arbei, di inggris disebut Mulberry dan di Cina dikenal dengan nama Sangye.Menurut ahli kimia, daun murbei mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin, scopolin, alfa, betahexenal, cis beta hexenol, cis lamda hexenol, benzaidehide, eugenol, lanaloolbenzyl alcohol, butylamine, acetone, trigonelline, cholin, adenine, copper, zinc, vitamin (a, b1, c dan karoten) dan asam amino, clorogenik, fumarat, folat, dan asam formyltetrahydrofolik, mioinositol dan phytoestrogren.

bianglala Publish time 9-12-2016 05:38 PM

tak pernah sangka pokok ni tanaman khas makanan ulat sutera. kat MAHA sekarang ni mesti banyak.

cmf_Kimmy Publish time 10-12-2016 02:23 PM

Edited by cmf_Kimmy at 10-12-2016 03:40 PM

aku ada tanam pokok ni.......dulu tanam 2 batang , sekarang dah tinggal sebatang je.kalau kita trim dia , rajin dia berbuah.   Kalau dia masak betul2, rasanya manis......tapi kalau merah dia tak merah menyala. rasanya agak masam sikit.

Ipo Publish time 10-12-2016 03:11 PM

bianglala replied at 9-12-2016 04:38 PM
tak pernah sangka pokok ni tanaman khas makanan ulat sutera. kat MAHA sekarang ni mesti banyak.

tu la kan?
ingatkan pokok ulat sutera ni ada kat jepun..
semalam teringin nak pergi MAHA tapi...masyaAllah..jam!!
terus drive ke Bangi..rumah adik:lol:

Ipo Publish time 10-12-2016 03:12 PM

cmf_Kimmy replied at 10-12-2016 01:23 PM
aku ada tanam pokok ni.......dulu tanam 2 batang , sekarang dah tinggal sebatang je.kalau kita tri ...

senang tak tanam pokok ni?
kalau senang, nak jugak tanam sepokok
kalau susah, ok bye bye la;P

cmf_Kimmy Publish time 10-12-2016 03:39 PM

Ipo replied at 10-12-2016 03:12 PM
senang tak tanam pokok ni?
kalau senang, nak jugak tanam sepokok
kalau susah, ok bye bye la

tanam mcm pokok lain yg biasa je......beli kat nursery terus tanam kat tanah.....pokok ni tak banyak kerenah.

bianglala Publish time 10-12-2016 04:36 PM

cmf_Kimmy replied at 10-12-2016 02:23 PM
aku ada tanam pokok ni.......dulu tanam 2 batang , sekarang dah tinggal sebatang je.kalau kita tri ...

selalu makan macam tu je atau buat jus...? jem?

bianglala Publish time 10-12-2016 04:37 PM

Ipo replied at 10-12-2016 03:11 PM
tu la kan?
ingatkan pokok ulat sutera ni ada kat jepun..
semalam teringin nak pergi MAHA tapi... ...

ala, rugi la tak pergi Kampung Durian Runtuh. hehe. mana tau ada rezeki jadi pengunjung bertuah. esok last.

cmf_Kimmy Publish time 10-12-2016 07:01 PM

bianglala replied at 10-12-2016 04:36 PM
selalu makan macam tu je atau buat jus...? jem?

buat jus boleh, buat jem pun boleh......tapi kena banyaklah dia berbuah, sbb buah dia kecik saja.

Ipo Publish time 11-12-2016 01:34 PM

Tak sempat nak sambar pokok mulberi..pokok last dah ada orang beli kat MAHA..sedih...
Ramainya la umat manusia datang MAHA

Ipo Publish time 11-12-2016 01:41 PM

Dapat snap pun jadi la

Ipo Publish time 12-12-2016 11:40 AM

bianglala replied at 10-12-2016 03:37 PM
ala, rugi la tak pergi Kampung Durian Runtuh. hehe. mana tau ada rezeki jadi pengunjung bertuah. e ...

Bianglala nak tahu tak..
kampung Durian Runtuh tu sebenarnya kampung upin ipin!!{:1_563:}
Adeh..tertipu tau!{:1_556:}
ingatkan ada longgokan berjuta buah durian..sekali hampeh
dahlah khemah upin ipin, nak masuk kena bayar,
dewasa rm25, kanak2 rm10:dizzy:

gelak sakan time tu bila sampai kat kampung durian runtuh tu. tak sempat nak snap gambar:P
pastu, terus ke kampung Mak Cun, sebelah je.
Ada Erma Fatima tengah entertain budak2 nyanyi lagi makcun:lol:
yang ni pun kena bayar..siap dengan cafe dan pentas lagi

tapi honestly, memang cantik sangat MAHA kali ni{:thumbo
dihias dengan pokok bunga, sayur pada setiap rumah negeri.
macam rumah dalam taman gitu.


satu je yang tak cantik, harga buah agak mahal, lebih kurang harganya dgn yang jual kat luar MAHA
yang murah, jagung dan nenas je:lol:

Ipo Publish time 12-12-2016 11:43 AM

Rumah perak

Ipo Publish time 12-12-2016 11:44 AM

Rumah Kelantan

bianglala Publish time 14-12-2016 05:02 PM

Ipo replied at 12-12-2016 11:40 AM
Bianglala nak tahu tak..
kampung Durian Runtuh tu sebenarnya kampung upin ipin!!
Adeh.. ...

Adeh..tertipu tau!
ingatkan ada longgokan berjuta buah durian..sekali hampeh
dahlah khemah upin ipin, nak masuk kena bayar,
dewasa rm25, kanak2 rm10

gelak sakan time tu bila sampai kat kampung durian runtuh tu. tak sempat nak snap gambarhttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/tongue.gif
pastu, terus ke kampung Mak Cun, sebelah je.
Ada Erma Fatima tengah entertain budak2 nyanyi lagi makcunhttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/lol.gif
yang ni pun kena bayar..siap dengan cafe dan pentas lagi

ini macam kelakar... :lol: boleh tahan juga harganya ya. gulp! maklumlah bukan senang nak buat Kg Upin Ipin dan Kg Mok Cun.

beli tak jagung dan nenas tu? pokok bunga takde beli?

sabar_sabariah Publish time 15-12-2016 11:39 AM

oh.. mulberry namanye
mak aku ada tanam sepokok
tapi lebat buahnya
ha'ah kena rajin trim
kalau dibiar menjulang ke atas, tak berbuah dia
daunnya makanan ulat sutera?
kellassss mak aku
balik ni aku nak kabo kat dia ;P

anniez08 Publish time 18-12-2016 12:48 AM

owh..ni pokok mulberi rupa nya..
dkt dpn rumah ada beberapa batang pokok ni..
bila masak buah dia berwarna ungu gelap..

Farini Publish time 1-1-2017 08:38 AM

teringin nak rasa buah ni.

Aizuzu Publish time 4-2-2017 07:15 PM

Ipo replied at 9-12-2016 04:28 PM
POKOK MULBERI




Sedap buah mulberri nie tp mahoi ckitla

pin0t Publish time 5-4-2017 09:29 AM

Batang mulberi pulak org korea dulu2 guna utk buat kertas. Pengaruh tengok cerita Saimdang la nie. Hahahaha {:smileo
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: POKOK MULBERI


ADVERTISEMENT