CARI-MAL Publish time 7-12-2016 07:22 PM

Marvel Cipta Rekod, Teaser 'Guardians of the Galaxy Vol. 2' Ditonton 81 Juta Kal

Wah! Hebat betul penangan sekuel filem Guardians of the Galaxy apabila teaser filem itu berjaya memecah rekod baru, sekali gus mencipta sejarah bagi Studio Marvel.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201612/07/192203lxozl1oubbsspcqb.pngSumber foto: Carian Internet




Teaser Guardians of the Galaxy Vol. 2 itu memaparkan pertemuan semula watak filem berkenaan dengan aksi dan perwatakan baru yang lebih bertenaga dan 'hidup' ditambah pula gelagat lucu Baby Groot yang mencuit hati. Pasti tak kering gusi menonton filem itu!


Menurut portal The Hollywood Reporter, hanya dalam masa 24 jam ia ditayangkan, teaser itu telah ditonton sebanyak 81 juta kali. Guardians of the Galaxy Vol. 2 dijangka akan mengatasi jumlah tontonan trailer Captain America: Civil War yang telah ditonton sebanyak 94 juta kali dalam masa 24 jam kerana masih ada masa sebelum trailer rasminya ditayangkan.


Filem Guardians of the Galaxy Vol. 2 akan menemui penonton di pawagam pada May 2017. Lambat lagi untuk anda bersesak-sesak mendapatkan tiket filem tersebut.


Jadi, apa kata anda tonton dulu teaser Guardians of the Galaxy Vol. 2! - CARI


WWJQ_0puczI

grouper Publish time 9-12-2016 12:15 PM

Aku antara org terawal yg tonton masa view masih bawah 100 view..antara pencapaian cemerlang aku tahun n baby groot mmg comel :lol:

emelia1509 Publish time 13-12-2016 03:13 AM

Cant wait to watch this movie..

Pages: [1]
View full version: Marvel Cipta Rekod, Teaser 'Guardians of the Galaxy Vol. 2' Ditonton 81 Juta Kal


ADVERTISEMENT