CARI-MAMS Publish time 7-12-2016 07:20 PM

DIY: Jus Tomato Untuk Singkirkan Kolestrol Jahat


Anda dahagakan minuman yang mampu menurunkan paras kolestrol? Tak perlu cari jauh, jus tomato adalah jawapannya!


Sekejap, mampu ke untuk menelan jus tomato? Jangan risau jika anda tak mampu menghabiskan jus tomato kerana tak lalu dengan rasanya yang pelik, anda boleh mencampurkan dengan beberapa jenis buah lain.


Ia bukan sahaja menambah kelazatan jus tomato tersebut, malah lebih sihat! Tambahkan epal, lobak merah atau timun ke dalam jus tomato anda. Tak keterlaluan juga jika anda menambah sedikit madu agar jus semakin enak dan manis.


Paling penting adalah fungsi jus tomato itu sendiri, ia mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan anda.


Ini kerana tomato mengandungi niacin yang mampu menstabilkan kolestrol. Ia juga kaya dengan serat yang sekaligus menurunkan kadar kolestrol jahat dalam darah.


Menarik sekali, jika anda amalkan pengambilan jus tomato, ia mampu menurunkan berat badan! Ini kerana jus tomato rendah kalori dan mampu menyingkirkan toksin dari dalam badan.


Tertarik? Jom cuba bancuh sendiri jus tomato anda.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201612/07/191705a93a54eplr98zvf5.jpgFoto: Carian google


Bahan:


2 biji tomato
1/2 cawan seleri
1/2 biji timun
Secekak kecil parsley
1/2 sudu kecil garam Himalayan
sedikit lada hitam
sedikit ais


Cara-caranya:


1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar buah.


2. Kisar sehingga hancur dan menjadi jus.


3. Masukkan ke dalam jug dan sedia diminum! - CARI

cik-jaja Publish time 7-12-2016 07:44 PM

tak masam ke...

holothurian Publish time 7-12-2016 09:15 PM

erkk..tomato..timun.. mmg tak la nak minum bnde alah macam nie..

prettyuglybabe Publish time 7-12-2016 11:13 PM

kalau makan direct je tak boleh ke?

RatuDunia94 Publish time 8-12-2016 01:23 PM

Iols rase makan mcm tu lbh ok dr minUm mcm air..

cahayahati Publish time 12-12-2016 10:56 PM

Iols rajin buat jus tomato,setiap pagi minum...sedap kot:lol: niat minum sbb nak dptkan kulit cntik,tp setakat ni belum nmpak lg hasilnya:$

Tomato + timun pun taste die pun not bad...yummy!:lol:

kerepektempe Publish time 14-12-2016 09:36 AM

nak buat jus ni mmg tak tertelan la.. kalau makan gitu je boleh la..

nut.legacy Publish time 15-12-2016 11:41 AM

SBB buah tomato tu buat tekak rasa susah nk telan.. hehe

imransulaiman Publish time 15-12-2016 05:43 PM

Makan macam tu je buah tomato ni... Macam makan buah epal tu.. Hehe

fefeeling Publish time 1-1-2017 03:15 PM

Makan lagi sedap kot.. Rangup gitu

hearthati714 Publish time 12-2-2017 05:55 PM

thanks for sharing :)

hearthati714 Publish time 12-2-2017 05:55 PM

thanks for sharing :)

hearthati714 Publish time 12-2-2017 05:55 PM

thanks for sharing :)

asteruk2 Publish time 26-2-2019 04:58 AM

cahayahati replied at 12-12-2016 10:56 PM
Iols rajin buat jus tomato,setiap pagi minum...sedap kot niat minum sbb nak dptkan kulit cntik, ...

Sy pun ingat nak start makan tomato utk kulit muka kusam sbb cahaya matahari.

Sekarang awak masih minum jus tomato? Ada kesan?

awliya Publish time 27-2-2019 08:51 AM

oh..bole try ni

brownsaga Publish time 20-10-2020 08:38 PM

Bagus utk turunkan kolesterol? Good tips. Boleh cuba nanti {:1_509:}

Bylaaz Publish time 19-3-2021 10:23 PM

jus tomato memang sedap
Pages: [1]
View full version: DIY: Jus Tomato Untuk Singkirkan Kolestrol Jahat


ADVERTISEMENT