Ipo Publish time 7-12-2016 04:00 PM

POKOK GAJUS

Edited by bianglala at 9-1-2019 09:33 PM

POKOK GAJUS



Klasifikasi Saitifik Kingdom: Plantae


(unranked): Angiosperms


(unranked): Eudicots


(unranked): Rosids Order: Sapindales


Family: Anacardiaceae


Genus: Anacardium

Species: A. occidentale


Binomial name Anacardium occidentale L.




Etymology Maksud pada nama Anacardium dirujukkan kepada bentuk buahnya, yang kelihatan seperti separuh jantung (inverted heart) (ana bermaksud keatas "upwards" dan -cardium bermaksud jantung "heart"). Dalam bahasa Tupian acajú bermakna kepala kuning "yellow head".





Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentaledan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.
Biji Gajus yang sudah diproses (digoreng atau dibakar/panggang)
Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat. ia juga banyak digunakan sebagai ulam dalam nasi kerabu, laksa dan juga

Ulam dalam nasi kerabu
ulam dalam laksa/laksam
Ciri-ciriIa pokok sederhana besar setinggi 8-12 m, bercabang banyak, kanopi terbuka. Batang melengkung, berkayu, bergetah. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berselang-seli, bertangkai, berbentuk bujur dengan pangkal runcing dan hujung membulat, tepi rata, urat daun selirat, pucuk berwarna merah perang bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan berkilat, liat, licin, urat sisi jelas kelihatan. Bunga kecil, terdiri dari jantan dan betina tersusun dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Buah jenis nat, berbentuk ginjal, keras, berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang. Pudung buah yang disangka buah berwarna kuning atau merah setelah matang.

KhasiatBuah gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur. Manakala daunya pula mengandungi tanin-galat dan flavonol.Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan, darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah. Selain itu biji/buah gajus juga digunakan untuk merawat ketuat, tahi lalat dan lebihan isi.

harrypoter Publish time 7-12-2016 04:25 PM

biji dia sedap, tapi getah dia kalau kena kat kulit bleh jadi kudis :loveliness:

Farini Publish time 7-12-2016 07:07 PM

selalu tersasul jagus masa nak sebut gajus. :lol:

suka mkn ni.

https://webctfatimah.files.wordpress.com/2016/06/kurmafatima5.jpg?w=487&h=487

bianglala Publish time 7-12-2016 07:38 PM

great info! terima kasih.

banyak jugak nama pokok gajus ni eh. ada sepokok kat rumah saya ni. selalu dok trim pokoknya supaya tak terlalu tinggi. sayangnya tak pandai pula makan pucuk gajus. :sweat3: Ipo suka makan pucuknya ka cicah sambal?mesti selalu jugak letak dalam nasi kerabu?

dubuk Publish time 7-12-2016 09:55 PM

Farini replied at 7-12-2016 07:07 PM
selalu tersasul jagus masa nak sebut gajus.

suka mkn ni.

mahalnya benda ni.. boleh botak dubuk

Ipo Publish time 8-12-2016 07:20 AM

harrypoter replied at 7-12-2016 03:25 PM
biji dia sedap, tapi getah dia kalau kena kat kulit bleh jadi kudis

Betul, getah dia gatal

Ipo Publish time 8-12-2016 07:21 AM

Farini replied at 7-12-2016 06:07 PM
selalu tersasul jagus masa nak sebut gajus.

suka mkn ni.

:lol:kacang gajus ni memang mahal
Kalau kat pengkalan kubur,rm40-rm60 sekilo.

Ipo Publish time 8-12-2016 07:24 AM

bianglala replied at 7-12-2016 06:38 PM
great info! terima kasih.

banyak jugak nama pokok gajus ni eh. ada sepokok kat rumah saya ni. se ...

Eh, kenapa buang?
Sedap tau buat ulam, rasa kelat2 sikit, boleh cicah sambal belacan
Kalau kt kelantan, cicah dgn budu
Kita orang panggil pokok gajus ni pokok ketereh
Pucuk ketereh, biji ketereh:)

Ipo Publish time 8-12-2016 07:25 AM

dubuk replied at 7-12-2016 08:55 PM
mahalnya benda ni.. boleh botak dubuk

Memang mahal..

chinta89 Publish time 8-12-2016 08:40 AM

bianglala replied at 7-12-2016 07:38 PM
great info! terima kasih.

banyak jugak nama pokok gajus ni eh. ada sepokok kat rumah saya ni. se ...

sedapnya pucuk gajus mkn ngn nasik....... yumm yummm..

harrypoter Publish time 8-12-2016 08:50 AM

chinta89 replied at 8-12-2016 08:40 AM
sedapnya pucuk gajus mkn ngn nasik....... yumm yummm..

cicah budu.. :loveliness:

seri_mawr Publish time 8-12-2016 09:56 AM

kat kg abah aku panggil jambu golok...
kat kg mak aku panggil buah ketereh..


pucuk buah jambu golok a.k.a buah ketereh buat u,am cicah budu (budu campur limau nipis or lima kerak lete or limau kasturi + cili + tempoyak) sedap nyo..{:mlturngal:}

chinta89 Publish time 8-12-2016 12:21 PM

harrypoter replied at 8-12-2016 08:50 AM
cicah budu..

cicah budu atau cencalukmmg ohsem!

Farini Publish time 9-12-2016 09:16 AM

Ipo replied at 8-12-2016 07:21 AM
kacang gajus ni memang mahal
Kalau kat pengkalan kubur,rm40-rm60 sekilo.
mahal ! patutlah takde biskut raya letak biji gajus. :lol:

Ipo Publish time 10-12-2016 03:14 PM

seri_mawr replied at 8-12-2016 08:56 AM
kat kg abah aku panggil jambu golok...
kat kg mak aku panggil buah ketereh..



betul tu..peghohh ase limau kerat lete:lol:
pergghhh.........habis satu periuk nasi makan

Ipo Publish time 10-12-2016 03:14 PM

chinta89 replied at 8-12-2016 11:21 AM
cicah budu atau cencalukmmg ohsem!

{:thumbo{:thumbo{:thumbo

Ipo Publish time 10-12-2016 03:15 PM

Farini replied at 9-12-2016 08:16 AM
mahal ! patutlah takde biskut raya letak biji gajus.

{:smileo{:smileo{:smileo

seri_mawr Publish time 15-12-2016 09:42 AM

Ipo replied at 10-12-2016 03:14 PM
betul tu..peghohh ase limau kerat lete
pergghhh.........habis satu periuk nasi makan

hahaha....
yo sungguh....


zackry14 Publish time 16-5-2017 04:22 PM

{:thumbo{:thumbo{:thumbo{:thumbo
Pages: [1]
View full version: POKOK GAJUS


ADVERTISEMENT