meya Publish time 3-12-2016 09:43 AM

Nama aje PREMIER...tapi....

Edited by meya at 3-12-2016 09:44 AM

Keadaan tempat tinggal yang teruk dengan tandas dan tempat basuh baju yang buruk dan nampak kotor...tiles tercabut berlubang, flush tak jalan dan sebagainyalah.

Tapiii menyalahkan student.Aku rasa keadaan fizikal bangunan tu yang teruk ...cara ia dibina dan kualiti yang diberikan kontraktor yang telah diamanahkan kerajaan sebelum pembukaan tahun 1997.

Ada bilik yang berair tak boleh diguna sebab paip toilet di tingkat atasnya bocor yang aku rasa dah lama tak dibetulkan melihat dengan keadaan lumut dalam bilik tu.

Tingkap tidak berlangsir even railing pun tidak disediakan.

Pekerja dari guard hingga cleaner buat kerja macam takde yang supervise...nak tunjuk kuasa pada students mengalahkan sekolah berasrama.

Adakah ini typical tempat belajar yang disediakan oleh kerajaan yang aku rasa macam diorang ni ingat kami bayar murah macam orang minta kebajikan?Ingat sikit duit tu hasil dari kutipan cukai ...ingat sikit ker????



meya Publish time 3-12-2016 10:01 AM

Aku marah ni sebab macam tah apa-apa minta students jaga tapi pihak pengurusan pun tak buat apa-apa.Nak tunggu students buat aduan???

Agaknya dilayan atau tidak?Entah student tu akan di'mark' or tidak?

Aku ni dari Form 1 sampai graduate tinggal di asrama, kolej, kamsis, bilik tah apa lagi nama baru untuk tempat tinggal students ni ...bukan tempat baru tapi keadaan takdelah menyedihkan.

BuBuComey Publish time 3-12-2016 10:44 AM

Ko tgh mengadu tmpt tinggal skang ke? Ko tinggal kat kolej eh?

BuBuComey Publish time 3-12-2016 10:44 AM

Ko buat je surat layang kalo takut kena mark :$

meya Publish time 3-12-2016 01:22 PM

Bukan saya but anak sedara saya.

Teruk gilerlah tempat tu ...

Guard pun konon nak suruh orang hormat dia...tapi dia ada hormat mak bapak orang ?Kalau students aku tak tahulah macamana.

Nak masuk pergi jenguk/ambik pun nak kena letak lesen?Dahlah kena register bagai..cuba fikir kalau 10 bijik keta tengah menunggu?Tak ker menyusahkan?

Guard tu tak boleh ker pergi jot down nama dan sebagainya instead of pelawat kena turun pergi daftar kat pondok tu?

Yang cleaner kerja melingkar aje...yang guard maybe kerja duduk aje kot sambil-sambil mengelak masalah.

No wonder ramai yang sanggup perabih duit untuk duduk luar.

Pages: [1]
View full version: Nama aje PREMIER...tapi....


ADVERTISEMENT