annabellaruz2 Publish time 25-11-2016 03:51 PM

adn replied at 25-11-2016 04:13 PM
selamat bercuti TT...nanti sambung semula yer...

thanks...tunggu tau..
mana tau kot2 masa bercuti tu boleh plak masuk forum, aku belanja la citer barang sekarang dua..hehehe

annabellaruz2 Publish time 25-11-2016 03:52 PM

mrizumi replied at 25-11-2016 04:36 PM
Slmt bcuti..nnti dh hbis holiday jgn lupa update lg..

orite..sure aku update lagi..

annabellaruz2 Publish time 25-11-2016 04:02 PM

Syazzy replied at 25-11-2016 04:44 PM
ohhh Keteguran / Ketaguran....sama plak kan heheh ia lah seborneo mmg sama sja hehe

kannn...hehehehehe..


asfaz Publish time 25-11-2016 04:25 PM

Selamatberholiday Tt:)

annabellaruz2 Publish time 25-11-2016 04:27 PM

asfaz replied at 25-11-2016 05:25 PM
Selamatberholiday Tt

thanks darling.. {:1_149:}

Tunggu yer...aku akan dapatkan koleksi2 terbaru dari mak aku masa cuti ni..

annabellaruz2 Publish time 25-11-2016 05:29 PM

sebelum aku berangkat kul 11.30 mlm ni, aku nak share lagi satu kisah pendek.

masa aku kecik2 dulu, aku la jaguh sungai. Macam aku cakap sebelum ni, dulu buaya tak mengganas dan sangat susah ditemui. Bukan macam sekarang. Orang sangat takut untuk ke sungai.

Tapi 1 yang best adalah sungai kat kampung aku tu memang diyakini selamat sebab terlalu jauh dari muara yang makcik tunang buaya tu selalu mencari siput.

Itulah satu-satunya lokasi tempat mandi manda seluruh penduduk kampung dan kampung-kampung yang berhampiran jika berlakunya kemarau. Air sungai tu jernih dan boleh nampak ikan yang berenang di dalam air.

Dasar sungai yang berbatu dan berpasir menjadikan sungai tersebut tidak keruh dan disitulah aku suka menyelam mencari udang dan ikan.

Aku dulu-dulu pun suka mencari siput kat sungai dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya. Sehinggalah berlaku 1 peristiwa.

Bila duduk asrama, setiap 2 minggu, pelajar akan balik ke rumah masing pada hari Jumaat.
Selalunya aku boleh sampai ke rumah sebelum pukul 2 petang. Habis sekolah pukul 12tghari.

Petang tu, salah seorang sepupudari kampung sebelah mengajak aku pergi mencari siput. Aku memang takkan menolak punya. Memang hobi aku bermain air..kikiki..

Bersama beberapa orang sepupu, kami meredah tebing ke hilir sungai. Sambil2 tu kami mengutip buah hutan yang boleh dimakan dipenjang sungai tu. Aku nak bagitau pun tak reti. Even aku dah try google pon tak jumpa gambar buah-buah ni. Huhuhu..

Lokasi yang kami pilih adalah dikaki bukit kebun lada kepunyaan bapaku. Tetapi dari kaki bukit nak ke sungai tersebut memang semak samun. Jarak dalam 100 meter jer. Tetapi sebab pokok2 renek dan rumput tinggi maka perjalanan kami menjadi lambat.

Sesampainya di anak sungai, kami mula mengutip siput dicelahan batang2 kayu yang banyak didalam sungai. Sungai tu bila surut ada ketika paling dalam pun separas pinggang jer. Kadang-kala hanya separas buku lali. Jadi operasi mengutip siput memang senang.

Aku ni pula, biasanya sambil2 mengutip siput, aku suka mengangkat batang2 kayu yang berrongga sebab biasanya ada sejenis ikan suka bersembungi di dalam rongga2 kayu tu.

Pada yang berani, mereka seluk jadi dalam lubang2 tanah yang terdapat ditebing sungai tu. Selalunya ikan baung yang banyak berkumpul kat situ. Selain tu, aku suka mengangkat rumpai yang seperti rerambut yang terjuntai dari pokok2 kayu yang terdapat ditebing sungai.

Kalau ada rezeki, adalah ikan dan udang yang terperangkap di dalam rerambut tersebut. Sampailah di satu kawasan yang kurang kayu tetapi ada banyak rerambut. Salah satu rerambut yang aku angkat tu ada seekor ikan keli sebesar lengan. Masa angkat tu, aku Tarik rerambut tu ke tebing sebab tak nak ikan terlepas.

Aih! Ikan keli tu ajak main sembunyi2. Dia masuk ke dalam lumpur. Tetapi disebabkan lumpur tanah liat, maka ikan tak dapat masuk lebih dalam. Aku gunakan parang kontot untuk menusuk2 lumpur yang aku dah kenal pasti dimana ikannya. Parang ni kecik jer..ada la dalam sejengkal lebih jer panjang dia. Memang parang yang selalu aku bawa jika masuk ke hutan berdekatan untuk mencari rebung atau sesaja nak hirup udara hutan.ceh!..hahahah

Dalam banyak2 tusukkan, akhirnya salah satu mengena…macam mana aku tau? Sebab ada darah ikan mengalir bersama lumpur kuning. Dipendekkan cerita, aku dapat la tangkap ikan tersebut. Malangnya, pergelangan tangan yang berdekatan dengan nadi telah luka akibat terkena sengat ikan keli. Memang sakit, tetapi aku boleh menahan sakit tersebut.

Sebaik sahaja ikan tu aku masukkan ke dalam raga, tiba2 hujan mula turun. Renyai2 dan semakin lebat. Kami mengambil keputusan untuk pulang sebab masing2 dah dapat hasil yang lumayan.
Masalahnya…..

Mana pula jalan pulang? Semua arah tidak menunjukkan sebarang laluan. Kami berpusing2 mencari laluan yang kami mula2 sampai tadi. Aku pasti ianya tidak jauh dari situ sebab bunyi enjin motosikal dapat kami dengar dengan jelas. Menandakan yang kami berada berhampiran dengan kaki bukit kebun lada bapa aku.

Kami cuba lagi untuk mencari jalan. Malangnya tidak ada sebarang petunjuk laluan yang boleh membawa kami pulang. Kami bergerak ke hilir. Semakin kami menghilir, semakin jalan semak.
Maka kami bergerak ke hulu kembali. Masing2 dah terkumat kamit baca apa yang patut. Entah kenapa salah sorang daripada kami tiba2 berkata dengan kuat…

“Minta maaf tok nenek….bagilah kami balik…kami minta maaf kalau ada terkacau tok nenek”
Yang lain2, pandang memandang sambil tidak putus2 berdoa.

Sebaik sahaja dia berkata begitu, perlahan2 kawasan tersebut menjadi lapang dan dengan mudah kami mencari jalan pulang. Kebun lada tersebut tidak sampai 30 meter dari tempat kami mula2 terperangkap tadi.

Dan akhirnya kami berjaya pulang. Mak mengubati luka itu dengan sejenis ubat yang diperbuat dari minyak kelapa. Bila aku menceritakan perkara tersebut kepada mak, mak berkata penunggu marah sebab kami mengambil barang kepunyaan dia. Besar kemungkinan, ikan keli yang aku tangkap itu adalah haiwan peliharaan penunggu tersebut.

Ok. Bye...jumpa lagi tahun depan...

Keledek.kepam Publish time 25-11-2016 05:38 PM

Selamat bercuti TT. Best cerita2 TT :)

annabellaruz2 Publish time 25-11-2016 06:09 PM

Keledek.kepam replied at 25-11-2016 06:38 PM
Selamat bercuti TT. Best cerita2 TT

Thank you...

arep83 Publish time 25-11-2016 06:35 PM

Edited by arep83 at 25-11-2016 06:37 PM

sry double post

arep83 Publish time 25-11-2016 06:36 PM

pulai umah panjai ka tt?

Inezkhalidi Publish time 25-11-2016 07:15 PM

annabellaruz2 replied at 25-11-2016 06:09 PM
Thank you...

Selamat bercuti TT!! Nanti balik sambung cerita lagi yer... :$

Noyen Publish time 26-11-2016 09:52 AM

selamat bercuti TT
best cite u
:drool3:

babyleo68 Publish time 26-11-2016 12:17 PM

Happy holidays TT, baru selesai merempit baca cerita TT kat sini... Best woo :$ nanti lepas balik holidays tag saye ye TT please nak baca lagi kisah2 seram dari TT pleaseeee :$:)

Mokcun Publish time 26-11-2016 12:20 PM

Menarik dan lain sikit..ada kisah buaya. :)

evlinne Publish time 28-11-2016 08:14 PM

Penceritaan TT sgt dekat dihati. Seronok je baca kisah2 dlm ni. Anyway slmt bercuti ya TT. :D

bobomaety Publish time 28-11-2016 10:04 PM

neez_cookies Publish time 28-11-2016 11:13 PM

annabellaruz2 replied at 22-11-2016 01:56 PM
Misteri Buaya Hitam Bertanduk

Rumah sepupu mak aku ni memang berdekatan sebatang sungai yang aga ...

Jauh jugak Bujang Sebelak tu dari Sungai Roban ye sampai ke sana?
Betul ke kepercayaan yang kalau bunuh buaya nanti dia akan cari keturunan yang bunuhnya jugak?

BONDAFAD Publish time 29-11-2016 12:43 AM

annabellaruz2 replied at 24-11-2016 12:17 PM
Tunang Si Bongsu Buaya
Pernah dengar tak pasal manusia biasa bertunang dengan makhluk dari alam lai ...

Ooo soput 2 kat batang pokok mcm pokok nipah.. oernah makan..member org serawak..p nk mkn kena ada jarum.. nk kuarkan isi nya ;P;P:$

doubleA Publish time 29-11-2016 07:39 AM

Tq tt, baru discover benang ni best gla.

Selamat bercuti!

damian_lee Publish time 29-11-2016 10:44 AM

annabellaruz2 replied at 24-11-2016 12:17 PM
Tunang Si Bongsu Buaya
Pernah dengar tak pasal manusia biasa bertunang dengan makhluk dari alam lai ...

info lanjut pasal bola api itu .... xkan sampai rumah TT tak tanya .. hihhihi
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: [BEST]Koleksi seram dan misteri Sarawak


ADVERTISEMENT