FAIZAL.MALIK79 Publish time 15-11-2016 04:18 PM

Hutang kereta si Ibu

Assalamualaikumdan salam sejahtera. saya ingin menanyakan soalan berkaitan hutang kereta. ibu saya telah meninggal dunia sejak mac tahun lalu. ibu saya mempunyai hutang kereta yang tinggal satu tahun sahaja lagi untuk habis tempoh pembayaran hutang keretanya. saya pula tidak mampu untuk menyambung bayaran kereta tersebut disebabkan saya masih dalam tempoh pengajian ijazah sehingga november tahun ini 2016. oleh itu, saya tidak mampu untuk buat sambung bayar. ibu pula telah bercerai dan tiada siapa yang mampu untuk sambung bayar. saya tidak sempat memaklumkan pada pihak bank disebabkan saya belajar jauh dan tidak sempat membuat urusan kereta. tambahan pula, saya takut jika bank ingin tarik kereta tersebut dsbbkan oleh tinggal satu tahun sahaj . saya cuma kesian akan ibu yang selama ini membayar terlalu banyak dan kini tinggal satu tahun dan jika ditarik, amatla say kesal. jadi, apa saya perlu buat ? :'(

prettyuglybabe Publish time 15-11-2016 04:37 PM

belajar oberdesea ke dek..
kalau belajar dalam malaysia je, sila angkat tepon dan call ke bank berkenaan..
kalau belajar luar malaysia, boleh email ke bank untuk tanya prosedur..
tak susah pun..

zulka Publish time 15-11-2016 04:41 PM

loan atas nama ibu sorang ke? atau ada penjamin?
simple problem, kalau atas nama ibu sorang, anggapla dah selesai...sebab semua loanada insuran, termasuk kematian si peminjam.....
tapi kalau ada penjamin atau ada nama lain selain nama ibu, then loan tu perlu diselesaikan oleh si penjamin atau penama kedua....
sekian harap membantu

missinpiece Publish time 15-11-2016 04:51 PM

Sila call or email bank yg berkenaan utk perbincangan detail :)

-electrifying- Publish time 15-11-2016 05:06 PM

bro zulka tu dh bg solution tu XD

oberst Publish time 15-11-2016 05:55 PM

Keretanya ada lagi atau dah ditarik? Kalau dah kena tarik/lelong anggap je la dah selesai, bank takkan tuntut baki dari waris...

Kalau masih ada/tersorok pergila bank untuk restructure payment, bank lagi suka sebab bole collect interest lagi.. Dan cuba check dulu ada cover insuran/takaful untuk loan atau tak (bukan insurans/road tax cover kereta eh), kalau ada beban bayaran tu kurang la...

FAIZAL.MALIK79 Publish time 17-12-2016 08:49 PM

zulka replied at 15-11-2016 04:41 PM
loan atas nama ibu sorang ke? atau ada penjamin?
simple problem, kalau atas nama ibu sorang, anggap ...

terima kasih di atas tips yang diberikan.

FAIZAL.MALIK79 Publish time 17-12-2016 08:52 PM

oberst replied at 15-11-2016 05:55 PM
Keretanya ada lagi atau dah ditarik? Kalau dah kena tarik/lelong anggap je la dah selesai, bank takk ...

keret masih ada. kalau diminta bayar juga, kita boleh minta pengurangan bayaran ansuran?

Pages: [1]
View full version: Hutang kereta si Ibu


ADVERTISEMENT