LaksamanaBentan Publish time 15-11-2016 06:44 AM

Lagu BBNU Aiman Tino 'Ku Rela Dibenci' Lagu melayu paling hit 2016; ditonton 21

Edited by LaksamanaBentan at 15-11-2016 12:33 PM

KUALA LUMPUR: Jika sudah namanya rezeki, memang tiada siapa yang mampu menghalangnya lagi. Begitulah perumpamaan terbaik untuk lagu Ku Rela Dibenci nyanyian Aiman Tino, hasil ciptaan bapanya sendiri, Yusri Ishak, 47. Kata Yusry yang menghasilkan karya itu bersama isteri, Riena, selaku penulis lirik, awalnya beliau hanya mencipta lagu berkenaan atas dasar suka-suka, sekadar untuk dimuat naik ke laman YouTube.

Begitupun, tuah dan rezeki menyebelahi lagu terbabit. Bukan saja video muzik rasminya sehingga kini sudah ditonton melebihi 21 juta kali di laman popular terbabit, ia turut terpilih antara 12 karya yang bakal berentap pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-31, Januari nanti. "Lagu ini saya hasilkan bersama isteri sekitar Disember tahun lalu. Malah, ia juga percubaan pertama saya dalam penghasilan lagu. "Saya sendiri tidak menyangka ia boleh melangkah sejauh ini. Niat asal saya hanyalah untuk mencipta lagu bagi dimuatkan ke YouTube.

Nampaknya, ia mengubah nasib anak saya apabila dia dilamar oleh Aries Music Production, bagi tempoh selama tiga tahun," katanya yang pernah bergelar finalis Bintang HMI 1992. Selepas Ku Rela Dibenci, Aiman, 18, kini muncul pula dengan single kedua berjudul Permata Cinta. Masih mendapat sentuhan bapanya, kali ini sebagai penulis lirik, lagu berkenaan ialah ciptaan komposer baharu, Apit. "Setakat ini, saya masih mempunyai empat lagi lagu dalam simpanan. Saya juga buat waktu ini lebih cenderung untuk menghasilkan lagu untuk anak sendiri.

"Ada juga pihak yang bertanya sama ada saya berminat untuk mencipta lagu untuk penyanyi lain. Rasanya, saat ini saya belum terfikir ke arah itu. Ilham saya lebih banyak dicurahkan untuk Aiman," kata Yusri yang menggunakan nama pena ACK.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/212795?m=1

Best ke lagu ni?{:question

budakshinchan Publish time 15-11-2016 07:09 AM

Ku Tak Rela Membenci Aiman Tino.. bakal pemenang AJL31, AIM, Anugerah Bintang Popular DLL

d_dalia Publish time 15-11-2016 07:10 AM

dah ada dah thread ni

c===8 Publish time 15-11-2016 08:40 AM

makin teruk taste lagu rakyat mesia ni
lagu leleh stended mainan dlm bas kilang pun 20juta org tonton
juri ajl pun low class punya otak pasal pilih lagu ni masuk final

kucen_miang Publish time 15-11-2016 08:48 AM

c===8 replied at 15-11-2016 08:40 AM
makin teruk taste lagu rakyat mesia ni
lagu leleh stended mainan dlm bas kilang pun 20juta org tont ...

laa nak kisah apa. dari 21 juta tu ada la 20 juta bebudak skolah, sorang 10 20 kali ulang. pujaan bbnu tino dan jatey:lol:

zoe1511 Publish time 15-11-2016 08:58 AM

mak iols diantara 21 Juta itu :lol::lol:

epysha Publish time 15-11-2016 09:03 AM

lagu best tp singer tak best..berak tak lepas:lol:

hotmak Publish time 15-11-2016 09:08 AM

suka versi daddy zarul je :lol:

minahmanja Publish time 15-11-2016 09:41 AM

tk phm aku apa best sgt lagu ni... kalau klr kat radio je mmg aku tukar chanel... sakit telinga dgr suara bdk ni....

lina21 Publish time 15-11-2016 09:45 AM

taste orang Msia da kembali ke zaman 60-an....
aiman tino ni muka persis Mat Sentol pelakon veteran zaman dedulu{:smileo

NonaNaga Publish time 15-11-2016 10:00 AM

mak dia mmg free hair ek...hari tu mcm pakai tudung ke aku termistakes

Loloq89 Publish time 15-11-2016 10:28 AM

zarul nyanyi best

damian_lee Publish time 15-11-2016 10:42 AM

laaaaaa xhabis2 lagi ke thread pasal viewers tu .... dah ada kan?
tolong la sambung kat thread yang sedia ada .. semak la

cutebaby5907 Publish time 15-11-2016 10:47 AM

ala rilek la
dulu2 zaman tomok blh je uols layan..hehehe

bagi pendapat iols yg hina dina ini, sore aiman ni better dr suara tomok dulu..tersepit
tp blh ja dulu2 layan
hehe
**iols bkn peminat aiman ya..tp anak2 iols..anak2 iols tu antara penyumbang 21 juta tu..kekekeke

DayangKirana Publish time 15-11-2016 11:07 AM

dah byk kali aku nampak tred lagu si aiman tino ni naik..
heran.. sedap sangat ke lagunye sampai 21 juta view?
i'm really curious ... and i said to my self, why not give it a try?


Ohhh maiiiiii...!!!! wat a rubbish! menyesal tak sudah..
soooo BBNU....sooo overrated! :mad:


September14 Publish time 15-11-2016 11:30 AM

meols ok aja dgn lagu ni x mnat n xde la x benci, klu lagu cinta muka buku smpai skg meols nyampah..

kikuri Publish time 15-11-2016 11:35 AM

iols tataw la mana anak iols dengar lagu ni... helok jah dia nyanyi skali masa muzik muzik aritu sampai la ni dok ulang ulang part menunggu mati tu... rasa nak jentik jentik je mulut tu

sukebintang Publish time 15-11-2016 12:31 PM

Edited by sukebintang at 15-11-2016 01:05 PM

tak berape nak gemar dgn lirik die..dah la budak2 suke lagu ni


mohon adik amir syazwan nyanyi full lagu ni :$

https://www.smule.com/recording/aiman-tino-ku-rela-dibenci-no-vocal/387444310_458042982/ensembles


terpaku Publish time 15-11-2016 03:04 PM

versi daddyZ lebih sedap yach!

mommymonster82 Publish time 15-11-2016 03:04 PM

Ni yg zarul nyanyi tu ke..xbest pon

Pages: [1] 2
View full version: Lagu BBNU Aiman Tino 'Ku Rela Dibenci' Lagu melayu paling hit 2016; ditonton 21


ADVERTISEMENT