CARI-MAMS Publish time 4-11-2016 06:37 PM

Penuh Dengan Warisan, Georgetown Kini Juga Makin Mesra OKU



Georgetown di Pulau Pinang yang diberikan status Bandar Tapak Warisan Dunia memang menjadi satu destinasi pelancongan yang sangat menarik dan berbaloi untuk dikunjungi.


Terlalu banyak perkara menarik dan juga aktiviti yang boleh anda lakukan di sini.


Namun, salah satu elemen penting yang tak banyak ditawarkan adalah kemudahan yang mesra dengan warga OKU. Perkara ini diakui sendiri oleh warga setempat dan juga pelancong yang hadir.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/04/182851obbqhhwf4fcf5z58.jpg





Sudah tentulah menjadi satu zon tumpuan pelancong, elemen tersebut tidak boleh tidak, harus diambil berat. Setuju?


Namun, jangan risau kerana baru-baru ini pihak Tourism Malaysia Pulau Pinang berjanji menjadikan Georgetown sebagai satu lokasi yang mesra OKU.


Memetik laporan Bernama, pengarahnya Mazlan Araju berkata jabatannya menyasarkan menjadikan Georgetown mesra OKU secepat mungkin.


Mesra OKU bermaksud, fasiliti yang disediakan untuk orang biasa turut disediakan dalam bentuk untuk warga istimewa tersebut. Ini termasuklah tandas OKU, tempat duduk OKU dan banyak lagi.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/04/182851n1f273voor1jvh13.jpg



Pastinya ia menjadi kelegaan kepada ramai orang terutama mereka yang memiliki ahli keluarga dari golongan tersebut.


Bagi anda yang masih tidak arif dengan Georgetown, antara aktiviti menarik di sekitar bandar warisan ini termasuklah meronda menaiki basikal. Wow!


Jangan risau kerana kebanyakan kedai di sini mempunyai service menyewa basikal. Harganya pula tidak mahal antara RM10 hingga RM20 sahaja.


Selain itu, yang istimewa di sini adalah keindahan seni bina bangunan lama yang sangat menggamit perasaan. Masakan tidak, kombinasi senibina seperti British, Cina, India dan Melayu menghasilkan satu keaslian yang sukar dicari di tempat lain.


Jom kita ke Georgetown!- CARI


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/04/182852hqiwhqqmnw9rx9vn.jpg



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/04/182852efsy6gw1rmmereuz.jpgSumber foto: Sobriyaacob.com

ReginaBeauty Publish time 4-11-2016 10:25 PM

Wow nice.

I wish we have more of this kinda places in Malaysia.

seramado Publish time 5-11-2016 08:19 AM

Penang mmg best

xtravaganza Publish time 5-11-2016 08:47 AM

RBest2...Lama xjengah penang..

cik-jaja Publish time 7-11-2016 10:01 PM

wah..bagus2

puteri_lz Publish time 6-3-2017 01:49 PM

Thank you for info {:1_132:}
Pages: [1]
View full version: Penuh Dengan Warisan, Georgetown Kini Juga Makin Mesra OKU


ADVERTISEMENT