sundelbolong Publish time 3-11-2016 11:17 AM

Move on selepas pemergian ibu, sedih dengan perangai adik beradik

Assalamualaikum.

Baru baru ni ibu saya baru sahaja meninggal dunia. Saya mempunyai seorang 5 adik beradik, dan saya anak yang last sekali. Kesemua adik beradik saya semua dah kahwin.

Tapi, masa mak saya masih hidup, kakak saya selalu tengking dan lukakan hati mak saya. Kehidupan mak saya sebelum dia meninggal, penuh dengan tangisan mengingatkan apa yang kakak saya buat, terutamanya kepada mak saya. Tapi ada masa, bila angin kakak saya baik OK lah tapi kalau angin tak OK muka masam je. Sampai mak saya nak tegur pun takut. Sebab saya yang tinggal dengan mak, mmg mak banyak cerita pada saya ketidakpuashatinya tapi, dia kata adik-beradik jangan bergaduh dan katanya kalau saya sayangkan mak buat tak tahu aje sbb dia tak nak adik beradik bergaduh.

Dan sebenarnya, saya berdendam dan marah dengan kakak saya dengan apa yang dia lakukan pada mak saya.

Sekarang, mak saya dah meninggal. Seperti biasa, semua orang akan bersedih dan tak tahu la kalau kakak saya menyesal ke tidak.

Tetapi, perasaan sedih, menyesal dan dendam di dalam hati saya terhadap apa yang kakak saya lakukan pada mak saya belum tentu saya boleh lupakan. Macam mana saya nak move on? Patut ke saya terus terang sahaja kepada kakak saya apa yang terbuku?

Jika hidup mak saya penuh dengan perasaan kecil hati dan sedih terhadap tindakan kakak saya, tetapi separuh hidup saya pula penuh dengan perasaan marah dan dendam dengan apa yang kakak saya buat terhadap mak saya.

Apa patut saya buat?

sarahmirza Publish time 3-11-2016 11:25 AM

Buat bodoh je.
Selalu berdoa semoga roh mak bahagia di alam sana.
Bab adik beradik tu tak payah fikir.
Tak ada makna pun.
Menyesal sekalipun bukannya mak boleh hidup semula.

sundelbolong Publish time 3-11-2016 11:28 AM

Tu lah.

Sekarang ni, saya ada ayah lagi. Anak kakak saya siang hari ayah saya yang jaga.

Ni belum sampai sebulan mak saya pergi, kakak saya kata tak nak bagi ayah saya jaga dah kononnya tak nak menyusahkan.

Saya rasa kakak saya ni bodoh bahlul, dia tak fikir ke selama beberapa tahun mak ayah saya jaga anak dia, sampai dah rasa sayang. Tambah pula, bila mak takde ni, kalau ada anak-anak dia terisi juga masa ayah saya.

Saya pelik, kenapa sekarang baru nak ambil? Kenapa tak dulu lagi? Mak ayah saya jaga anak dia FOC sahaja ye, bagi duit pun sekali sekala.

Dia ni seorang yang penting kan diri sendiri.

zulka Publish time 3-11-2016 11:33 AM

kalau ada keberanian nk cakap baik cakap, takut nti kakak awak leka/lalai kang apa yg dia dah buat kat mak awak, dia ulang kat ayah awak pula...
tapi sebelum cakap tu kenala bersedia dgn apa2 kemungkinan, dan ada baiknya awak cakap secara baik2... {:1_141:}

sarahmirza Publish time 3-11-2016 11:35 AM

Bab jaga anak kakak tu, biar ayah yang decide nak tolong jaga ke tidak.
Kalau tanya iolls, tak payah la menyusahkan orang tua dengan karenah anak kita.
Lainlah kita tinggal anak dekat mereka, kita tinggalkan bibik sekali.

sundelbolong Publish time 3-11-2016 11:39 AM

sarahmirza replied at 3-11-2016 03:35 AM
Bab jaga anak kakak tu, biar ayah yang decide nak tolong jaga ke tidak.
Kalau tanya iolls, tak paya ...
I tak rasa kakak i akan letak bibik kat situ. Baik dia letak bibik tu kat rumah dia.
Tah la, kesian kan ayah i sekarang. Dia tak berani nak tingggal dekat rumah pusaka tu seorang diri.

So i akan ajak dia tidur rumah i.

Adik beradik lain? Macam don't bother je. Hanya manis di mulut.

sarahmirza Publish time 3-11-2016 11:45 AM

sundelbolong replied at 3-11-2016 11:39 AM
I tak rasa kakak i akan letak bibik kat situ. Baik dia letak bibik tu kat rumah dia.
Tah la, kesi ...

Kalau ayah tak berani nak tinggal sorang2, bawa tinggal dengan TT.Adik beradik lain terutamanya anak lelaki yang buat tak endah tu biarkan aje mereka.
Kita tak payah menghukum, hukum Tuhan dah mencukupi.
Kita buat yang baik2 je.

belilies Publish time 3-11-2016 12:36 PM

1st of all, takziah kpd tt.

Iols tau, kalu tego xbaik bdendam ngan adik bradik, if i'm in ur shoes, i'll possibly flip too. Tt anggap je advice ni neutral advice.

Ingat x pesan mak tt? Arwah kata xbaik gaduh adik beradik. Tt blh try concentrate giving ur love to ur parent yg ada skrg ni, hence, ur dad. Lgpun kakak tt dh x lg anta anak kt ayah tt kan, jd tt blh slow2 move on with ur father. Isikan masa yg tluang ngan xtvt riadah mcm piknik, bawa dia jenjln.. stiapkali tt timbul rasa nk marah kakak or siblings, selalu ingat pesan arwah mak tt

sundelbolong Publish time 3-11-2016 01:35 PM

Edited by sundelbolong at 3-11-2016 05:45 AM

belilies replied at 3-11-2016 04:36 AM
1st of all, takziah kpd tt.

Iols tau, kalu tego xbaik bdendam ngan adik bradik, if i'm in ur shoe ...
Hari tu dalam group whatsapp Kakak saya memburuk-buruk kan ayah saya, kononnnya masa mak saya masih hidup, mak pernah la bercerita pada kakak saya pasal perangai ayah saya. Tapi biasa la, hubungan suami isteri sedangkan lidah lagi tergigit.
Kalau kakak saya condem lagi, patut tak saya bidas dia semula? Suruh dia cermin semula perangai dia semasa arwah mak masih hidup lagi, rasa-rasa baik ke tidak? Patut tak?

sebu Publish time 3-11-2016 02:16 PM

Edited by sebu at 3-11-2016 02:20 PM

sundelbolong replied at 3-11-2016 11:17 AM
Assalamualaikum.

Baru baru ni ibu saya baru sahaja meninggal dunia. Saya mempunyai seorang 5 adik ...

Pertama2 nk ucap takziah buat tt atas kehilangan mak tersayang.

Nk tanya. .kakak kamu tu ada masalah bipolar atau mental ke?

Kalau x de dan kalau benar seperti dicerita. ..kakak kamu mmg anak derhaka. . :mad:

sebu Publish time 3-11-2016 02:18 PM

Bab kamu dendam dgn kakak apa dia buat kat mak tu...instinct kamu. .kamu rasa patut x kamu dendam.dengan dia atau patut x kamu jernihkan hubungan:o

Hanya hati kamu yg menentukan semua ni tt...

sundelbolong Publish time 3-11-2016 02:25 PM

sebu replied at 3-11-2016 06:18 AM
Bab kamu dendam dgn kakak apa dia buat kat mak tu...instinct kamu. .kamu rasa patut x kamu dendam.de ...

Macam mana nak jernihkan? Boleh la juga saya berlakon, tapi hati di dalam siapa yang tahu.
Betul, tu antara arwah mak dan kakak saya.

Betul juga kata awak, saya patut jernihkan hubungan saya dengan kakak saya tapi dendam di hati saya, akan membara sampai bila-bila.

sundelbolong Publish time 3-11-2016 02:28 PM

sebu replied at 3-11-2016 06:16 AM
Pertama2 nk ucap takziah buat tt atas kehilangan mak tersayang.

Nk tanya. .kakak kamu tu ada ...
Dia dah bukan taraf anak derhaka, kalau ada carta wall of fame, nama dia atas sekali. Boleh dapat academy award.

Saya ingat lagi, setiap kali raya mesti kakak saya buat perangai dan setiap kali itulah mak ayah saya bersedih.

Ada satu raya tu, mak ayah saya bersedih dan di mana ayah saya marah-marah sehingga nak bergaduh dengan mak saya gara-gara pendam dan terkilan dengan perangai kakak saya ni.

Macam macam macam macam macam macam lagi lah kalau saya nak cerita pun.

rospinki Publish time 3-11-2016 02:48 PM

toksah pikir psal dendam tu lagi..move on dgn hidup sendiri.. masing2 ad bahgian dia.

aku dh lalui bermacam dugaan..nasib badan asik jumpa org nak mendajai hidup aku je..apa ke suwey nasib badan..hahaha..

aku malas dh dendam kt sapa2..gi mampus la ngan diorg dan teruskan hidup jauh2.cuma aku perati..anak2 ni lebih byk mengikut perangai si ayah semakin mereka membesar..jika ayah tu dulu suka marah2 parents dia maka anak2 dia juga mengikut perangai marah2 dia. dan aku..utk berckp "huh" pun aku takut pada mak..aku yg sering memndam rasa sebab kecil hati dgn sikap mak..tapi tak sanggup aku berckp kasar pada arwah mak..tapi anak2 aku..sungguh petah mulut msing2 melawan ckp aku..itula..tengok bapak diorg memang kaki melawan mak pak..maka aku bertabah je la dgn dugaan kecil ni.



sebu Publish time 3-11-2016 02:51 PM

sundelbolong replied at 3-11-2016 02:25 PM
Macam mana nak jernihkan? Boleh la juga saya berlakon, tapi hati di dalam siapa yang tahu.
Betul, ...

Kamu tahu ke apa masalah antara ibu dan ayah dengan kakak tu sampai dua jadi anak derhaka gitu :o ..

Tak sanggup rasanya pikir air mata ibu bapa jatuh sebab perangai kita. .sedih:(

Alangkan nk buat suami sedih pun x sanggup. ..ini kan ibu bapa. ..


Anak2 yg melawan ibu bapa ni. .melawan suami pun.mereka lagi x kisah. .

Hidup manusia jenis ni mmg bangsat sangat dan percayalah hati mereka x pernah tenang dan sentiasa terima balasan dalam kehidupan mereka.

sebu Publish time 3-11-2016 02:54 PM

sundelbolong replied at 3-11-2016 02:28 PM
Dia dah bukan taraf anak derhaka, kalau ada carta wall of fame, nama dia atas sekali. Boleh dapat...

Aku rasa dari kamu pendam..lebih baik kamu luahkan.apa yg terbuku kat kakak derhaka tu..
Daripada kamu berpura2 ok.dengan dia.

Huh..aku benci betul anak derhaka ..mmg hidup mereka x kan senang. .kalau senang sikit pun penuh dugaan dan x tenang. . :)

sundelbolong Publish time 3-11-2016 03:06 PM

sebu replied at 3-11-2016 06:51 AM
Kamu tahu ke apa masalah antara ibu dan ayah dengan kakak tu sampai dua jadi anak derhaka gitu   ...

Mesti la saya tahu.

Sbb tak nak balik raya, sbb balik raya lambat, sbb jenis tak cakap baik baik, kemudian campur dengan hal-hal lama yang terbuku dan terpendam lama-lama jadi gunung berapi. Sebenarnya ayah marah pada kakak saya, tapi mak pula yang terkena tempiasnya. Faham kan?

Macam saya cakap, all the anger in them cause by my sister.

Orang tua ni sensitif, tapi terbalik MAK AYAH saya yang kena ambil hati dia.

sundelbolong Publish time 3-11-2016 03:07 PM

Edited by sundelbolong at 3-11-2016 07:11 AM

sebu replied at 3-11-2016 06:54 AM
Aku rasa dari kamu pendam..lebih baik kamu luahkan.apa yg terbuku kat kakak derhaka tu..
Daripada ...
Entah la. Nak buat ke?

Kakak saya dengan kawan dia, junjung sehingga langit. Cakap baik-baik kalah perdana menteri.

Tapi dengan mak ayah, letak kat kaki.

Ada one time, di tudingnya jari kepada muka ayah saya pasal apa entah saya pun tak ingat.

Sekarang ni mak pun dah takde, saya harap dia berubah la demi ayah saya sbb sekarang hanya tinggal ayah sahaja tempat saya bermanja.
Hari tu saya pergi ke kubur dengan ayah saya, saya cakap pd ayah saya yang saya sayang dia sangat sangat, macam mana saya tak sanggup kehilangan mak macam tu juga saya tak sanggup kehilangan ayah.

sebu Publish time 3-11-2016 03:23 PM

sundelbolong replied at 3-11-2016 03:07 PM
Entah la. Nak buat ke?

Kakak saya dengan kawan dia, junjung sehingga langit. Cakap baik-baik ka ...

Astaghfirullahallazim. ....sampai tunding jari.

Berapa umur kakak tu :o

sundelbolong Publish time 3-11-2016 03:26 PM

sebu replied at 3-11-2016 07:23 AM
Astaghfirullahallazim. ....sampai tunding jari.

Berapa umur kakak tu

40.

Saya rasa, silapnya pada suami dia tak didik dia. Suami dia jenis lepas tangan. Sbb tu lah dia jadi macam ni.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Move on selepas pemergian ibu, sedih dengan perangai adik beradik


ADVERTISEMENT