GuaAnakMelaka Publish time 2-11-2016 10:26 PM

Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!

http://www.cinema.com.my/images/movies/2016/7upinipinjeng00_450.jpg



PJNVUkY3Gxo



Malaysia`s favourite animated brothers Upin and Ipin enter the human world and meet a young girl who has been a huge fan of the two siblings.

Language: Malay
Classification: U
General Release Date: 24 Nov 2016
Genre: Adventure / Animation
Running Time: 1 Hour 38 Minutes
Distributor: Primeworks Studios
Cast: Asyiela Putri, Puteri Balqis, Awie, Remy Ishak, Sara Ali
Director: Erma Fatima, Hajah Ainon Ariff
Format: 2D




cinema.com.my


KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sektor animasi kreatif tempatan perlu menembusi pasaran global selaras dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Katanya penggiat sektor animasi perlu keluar daripada zon selesa dan mencabar diri melakukan perkara yang boleh membanggakan diri dan negara.
Beliau berkata industri animasi tempatan semakin mendapat tempat di pasaran luar apabila mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan nilai eksport mencecah RM101 juta tahun lalu, manakala nilai jualan tempatan mencecah RM127 juta.
"Filem animasi tempatan mempunyai potensi yang besar, ini terbukti apabila filem Upin dan Ipin telah berjaya disiarkan di Disney Channel.
"Kita harapkan menjelang 2050, sektor animasi tempatan boleh diterima dan diiktiraf masyarakat antarabangsa," katanya ketika berucap merasmikan filem animasi terbaharu 'Upin dan Ipin: Jeng, Jeng, Jeng', di sini, hari ini.   
Filem animasi hasil usahasama antara Les' Copaque Production dan KRU Studios itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 24 November ini.
Dalam pembentangan Bajet 2017 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan melancarkan siri wacana nasional dikenali sebagai Transformasi Nasional 2050, yang merupakan program tiga dekad bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda cemerlang.
Ahmad Zahid berkata filem animasi tempatan juga perlu memaparkan mesej yang positif supaya ia dapat memberi pengajaran dan contoh yang baik kepada penonton.
"Bukan hanya dari segi mesej, pembikin filem animasi juga perlu mencari jalan supaya menarik minat semua golongan masyarakat dan bukan hanya kanak-kanak," katanya. –Bernama




lch3333 Publish time 3-11-2016 12:48 AM

budak suka sgt Upin Ipin

minyak Publish time 3-11-2016 11:42 AM

bkn dh ade thread ke??

RED 666 Publish time 3-11-2016 06:17 PM

minyak replied at 3-11-2016 11:42 AM
bkn dh ade thread ke??

memang dah lama ada thread, sambung sini je laaa

http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=975934

GuaAnakMelaka Publish time 3-11-2016 06:38 PM

RED 666 replied at 3-11-2016 06:17 PM
memang dah lama ada thread, sambung sini je laaa

http://eforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewt ...

sorry dh search xda...porum ni kdg2 memain lak ................:funk:

RED 666 Publish time 4-11-2016 06:02 AM

GuaAnakMelaka replied at 3-11-2016 06:38 PM
sorry dh search xda...porum ni kdg2 memain lak ................

Tulis kat google upin ipin jeng jeng jeng cari forum keluar je link ke page lama tu

Mod, sila merge je thread ni dgn yg lama tu

cahaya_almas Publish time 5-11-2016 07:51 PM

Boleh arr tgk time cuti sek ni nanti...hehe

sabar_sabariah Publish time 7-11-2016 02:49 PM

nak tengok cite ni kena pegi time hari bekerja
kalau tak, mendongak la tengok..
Pages: [1]
View full version: Upin Dan Ipin: Jeng Jeng Jeng!


ADVERTISEMENT