CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3124|Reply: 1

[2016] RAMBO : LAST BLOOD

[Copy link]
Post time 2-11-2016 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 4-11-2016 07:46 AM

LOS ANGELES: Sejak tahun lalu, Sylvester Stallone sangat teruja berkicau di Twitter membocorkan rahsia bahawa filem Rambo akan menemui peminat dengan tajuk “Rambo: Last Blood“.


Sungguhpun begitu, filem yang melonjakkan nama Stallone melalui Rambo sekitar 1980-an itu tidak mengembalikan peranan Stallone beraksi sebagai Rambo yang gagah dan bijak itu, menurut Ace Showbiz sebagaimana dilaporkan Rauters.


Tidak seperti pada 2008, Stallone masih memegang watak Rambo, kini dengan penampilan Stallone yang sudah berusia, Rambo memerlukan aktor muda yang baru dan filemnya mungkin bertajuk Rambo: New Blood.

Ariel Vromen yang pernah membikin filem kriminal The Iceman dan thriller Criminal ditampilkan sebagai sutradara baru Rambo.

Sementara McLaren yang pernah menulis nashkah How It Ends dan Line of Sight diberi tanggungjawabmenuliskan skrip Rambo baru ini.

Menurut The Hollywood Reporter, projek Rambo baru difilemkan berkaitan dengan watak James Bond, namun tidak diperincikan bentuk kaitannya, lapor berita hiburan CNN.


Rambo watak utama novel David Morrell 1972, berjudul First Blood disesuaikan dengan pasca-perang Vietnam melibatkan komando Amerika.

Hollywood mengadaptasinya ke dalam filem 10 tahun kemudian dan ia meledak di dunia filem menjadikan Rambo idola baru anak muda.

Pada 1985, Stallone beraksi semula untuk sekuen filem kedua Rambo: First Blood Part II.


James Cameron membuat aksi Rambo lebih gagah tanpa belas ihsan menghadapi musuhnya dalam perang Vietnam.

Pada 1988 sekuen Rambo III kembali ke layar, namun Rambo III bukan sahaja tidak masuk box office, bahkan Rambo III mendapat pencalonan Filem Terburuk untuk Anugerah Razzie atau Raspberi Emas sebagai.


Sementara, Sttallone sendiri memenangi Pelakon Terburuk untuk filem berkenaan menerima oskar murah bernilai AS$4.97 (RM10) ketika itu.

Watak Rambo yang hampir mati itu dikembalikan semula ke layar perak 2008 atas inisiatif Stallone tampaknya seperti mahu mengembalikan maruah Amerika yang sebenarnya kalah dalam perang Vietnam.


Rambo IV hanya mendapat pulangan pungutan AS$42 juta berbanding kos bajet AS$50 juta.

Bagaimanapun dengan kecanggihan teknologi pembikinan filem terkini, pasti ramai peminat Rambo sedia menonton filem yang pernah box office dan mewarnai nostalgia zaman remaja mereka dahulu.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2019 01:15 PM | Show all posts
Rambo Last Blood

Watched it last tuesday 17/9 premier show with my dad!(been watching Rambo since Rambo 1)Storyline..Not bad..aksi tetap ganas2  ala2 John Wick gitew..John Rambo is still John Rambo..the action,the storyline etc..ending part..ok la..typical hero movies.. haha..but worth to watch..i bagi 4 Starss!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050698 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list