CARI-MAL Publish time 1-11-2016 06:17 PM

Disney Kini 'Gila' Mengadaptasi Filem Animasi Ke Layar Perak

Disney betul-betul sedang 'asyik' membuat filem adaptasi. Hampir semua legenda klasik puteri Disney, yang dahulu berformat kartun animasi, kini diadaptasi ke filem.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/01/181541yx2llpymlkgkxzex.jpg





Menurut CNN, selepas Mulan, Belle, Ariel, dan Jasmine, kini adalah giliran Snow White (Puteri Salju) pula dibawa ke layar perak. Namun, kali ini ia berbeza dari sebelumnya kerana ia berkonsepkan musikal.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/01/181550fbcuwe3pc7eebc3e.jpg



Dua nama, Benj Pasek dan Justin Paul yang dikenali menerusi lagu La La Land, telah dipetik bagi menghasilkan runut lagu untuk filem musikal itu.


Sepanjang tiga tahun ini, studio itu telah menghasilkan filem adaptasiMaleficent, Cinderella dan The Jungle Book dan menurut Box Office Mojo, setiap satu daripada filem itu berjaya mengutip lebih RM 800 juta di Amerika Syarikat sahaja. Manakala, The Jungle Book bahkan menghasilkan lebih RM 4 bilion pada peringkat global.


Bukan Snow White sahaja, Beauty and The Beast juga akan berada di pasaran pada 2017. Malahan, pembikinan filem Mulan, Alladin dan The Lion King serta sambungan The Jungle Book sedang dijalankan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201611/01/181540uv8resrqd0q8q3gc.pngSumber foto: Carian Google




Kepada peminat filem Disney, tak kira tua atau muda, sama-samalah kita nantikan tayangan filem adaptasi terbaru dari studio itu! - CARI

cheefong33 Publish time 1-11-2016 11:45 PM

suka disney cerita

azizpazle Publish time 2-11-2016 02:21 PM

saya jugak...suka...membesar dengan katun disney

meklalala Publish time 2-11-2016 03:45 PM

suka tengok sbb colourful sangat disney nih..,menarik!

uori Publish time 2-11-2016 03:50 PM

best bestttt

Star_el Publish time 2-11-2016 04:02 PM

cite cinderella tgk sikit je sbb bosan ya amat :lol:

gerbera.memopad Publish time 2-11-2016 04:45 PM

Kengkadang aku menyampah aje dgn Disney ni. Terima je la kenyataan yg negara korang tak ada royal family. The closest one pun (but still bukan) family Kennedy tu. Berangan aje nak princess2, queen segala :lol:

Tapi aku looking forward jgk ;P nak tengok movie dorang Moana . Tengok trailer punya la cantik visualnya {:1_152:}.

mbhcsf Publish time 16-11-2016 01:38 AM

ada trailers beauty and the beast

emma watson ....nice mcmcgi1992yessssss...


cant wait to see the choreograph andsong ...
Pages: [1]
View full version: Disney Kini 'Gila' Mengadaptasi Filem Animasi Ke Layar Perak


ADVERTISEMENT