chacon Publish time 31-10-2016 11:55 AM

4 Sebab Mengapa Sultan Nazrin Shah Disegani

http://hanasuva.com/wp-content/uploads/2015/05/Untitled.png
Hari ini satu lagi sejarah tercipta di negeri Perak Darul Ridzuan, dengan penabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35.
Penabalan tersebut adalah sebagai menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang mangkat kira-kira setahun lepas.
Pertabalan baginda menerima reaksi positif rakyat Perak khususnya, yang sememangnya mengenali Sultan Nazrin sebagai raja yang berkaliber dan berhemah tinggi.
Mari kita lihat 4 sebab mengapa Sultan Nazrin begitu dihormati dan disayangi rakyat.
http://hanasuva.com/wp-content/uploads/2015/05/sdasd.png
Bijak dan berkredibilitiBukan hanya kerana baginda memiliki PhD dari Universiti Harvard, tetapi baginda disifatkan sebagai cendekiawan yang sering memberikan buah fikiran dan pendapat bernas dalam pembangunan negeri dan negara.
Prihatin dan rendah diriBaginda bukan wajah asing di kalangan rakyat jelata apabila sering muncul di kampung-kampung, malah baginda juga sering melawat perkampungan Orang Asli. Baginda juga tidak segan silu untuk turut padang membantu apabila ada bencana melanda rakyat.
‘Low profile’Antara raja yang sering mendapat perhatian, namun baginda tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim pada tahun 2007, dilangsungkan serba sederhana. Baginda juga mahukan upacara pertabalan baginda tidak diraikan secara berlebih-lebihan.
TampanSesiapa pun tidak boleh menafikan fakta Sultan Nazrin dikurniakan rupa paras yang tampan. Tidak hairanlah sebelum berkahwin, baginda sering dilabel sebagai ‘Most Eligible Bachelor’. Jodoh baginda dengan Tuanku Zara disifatkan ramai sebagai ‘a match made in heaven’.

Astro Awani

0077 Publish time 31-10-2016 11:57 AM

kenapa tak masuk thread s nazrin ke?

FARRAZOOL Publish time 31-10-2016 03:44 PM

Wahhhh....:$:$:$

PEPPERMAN Publish time 31-10-2016 07:14 PM

Saya rasa sifat2 tu pun ada pada Sultan Johor. Malah baginda is 1 step better iaitu kaya raya harta berganda2.

bungarose Publish time 31-10-2016 09:25 PM

Sultan nazrin mmg disegani
Aura raja mmg terserlah

Manjahati Publish time 31-10-2016 09:37 PM

Rakyat perak mmg sayang sultannya

Hulkmalaya Publish time 31-10-2016 11:01 PM

Mmg handsome sangat sultan ni! Ampun tuanku!

cheezzy Publish time 1-11-2016 12:29 PM

teringat lagi aku ms ayah sultan perak ni jd agong, aku msih budak sekolah lagi.
makcik aku kemain minat gila dgn SN ni.
sampai aku tanya kt dia, knapa anak agong tu tak kawen lagi.
makcik aku jawab, dia tunggu makcik ajak kawen.
skarang dh kawen, branak 4 dah makcik tu;P

pusak_lanji Publish time 1-11-2016 01:14 PM

aku masih teringat kata2 cikgu BM aku..Miss Tan..di cakap tak sabar nak pegi konvo..sebab nak tengok sultan nih....lelaki melayu terhensem di mata cikgu aku tu...hahahahahaha

liesl Publish time 1-11-2016 02:52 PM

i remember masa baginda kahwin dulu dia tak nak terima hadiah dari mana2 tapi dia bagi juga makanan kpd rumah anak yatim . or something like that... raja berjiwa rakyat

azimodin Publish time 1-11-2016 03:35 PM

PEPPERMAN replied at 31-10-2016 11:14 AM
Saya rasa sifat2 tu pun ada pada Sultan Johor. Malah baginda is 1 step better iaitu kaya raya harta...

Sultan johor kalah Bab bijak... No offence tapi kalau nak dibandingkan level kebijak sanaan Sultan Nazrin dengan Sultan Johor, jauh bezanya.

munchkin Publish time 1-11-2016 06:51 PM

Suka dengan sultan nazrin m permaisuri zara. Suka suka suka

newyork Publish time 1-11-2016 07:24 PM

Org pandang tinggi sebab ilmu.raja lain kaya tp tadak ilmu harus kena sumpah seranah.

zie2743 Publish time 1-11-2016 09:01 PM

PEPPERMAN replied at 31-10-2016 07:14 PM
Saya rasa sifat2 tu pun ada pada Sultan Johor. Malah baginda is 1 step better iaitu kaya raya harta...

I beg to differ.mmg sultan johor kaya..tp 2 la..bab cerdik belongs to nazrin.ala2 alim belongs 2 sultan klntan.

darlingangel Publish time 2-11-2016 12:30 AM

sesiapa yang pernah bertemu pandang with Sultan Nazrin.... terkenang-kenang, berlama-lama..apa kata orang.. pandangan berdaulat..

kisahkeaku Publish time 2-11-2016 03:52 AM

Terigt masa akak kecik2 dia bg skroll kat bdk2 um...mak akak keje um dan masa konvo tu akak rajin nk ikut mak akak..berhasrat nk jumpa nazrin sbnrnyer...koser sgt masa kecik2 dah gatai nk ngorat anak raja kata mak akak...hahaha....

epal21 Publish time 2-11-2016 04:27 AM

sultan nazrin nie ada charisma.tunku zara pun bijak & anggun.beautiful couple.

PEPPERMAN Publish time 2-11-2016 12:26 PM

zie2743 replied at 1-11-2016 09:01 PM
I beg to differ.mmg sultan johor kaya..tp 2 la..bab cerdik belongs to nazrin.ala2 alim belongs 2 s ...

mungkin mereka sama bijak, walaupun hanya salah seorang yang ada phd.

jika tidak bijak, masakan yang tiada phd tu dapat menguruskan kekayaan yang melimpah ruah sehingga mampu membeli trak mahal, pesawat peribadi..

lambaian Publish time 2-11-2016 04:40 PM

PEPPERMAN replied at 2-11-2016 12:26 PM
mungkin mereka sama bijak, walaupun hanya salah seorang yang ada phd.

jika tidak bijak, masakan ...

bijak la sgt menunjuk2 harta kat rakyat marhaen ;Phttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gifhttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gifhttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gifhttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gifhttp://mforum.cari.com.my/static/image/smiley/default/titter.gif
dari pak sampai anak2 same je...
yg cerdik leh pakai cuma maknya je

ellejo Publish time 3-11-2016 12:10 AM

nazrin muda mmg emsem. Tua biasa je kikikiki
Pages: [1] 2 3
View full version: 4 Sebab Mengapa Sultan Nazrin Shah Disegani


ADVERTISEMENT