sellie003 Publish time 21-12-2016 11:43 AM

PETANG itu, Pak Razak, abah Rozy serta abang sulung Rozy datang melawat Rozy di wad. Pak Razak memeriksa nadi Rozy sambil membaca ayat-ayat suci. Razli, abang sulung Rozy menawar air minum dalam gelas dengan zikir dan bacaan ayat suci.

Pak Razak kemudiannya memicit-micit pusat nadi di lengan, leher, pelipis serta beberapa tempat penting nadi di tubuh Rozy.

“Cepat, sapukan air penawar ke muka adik.”

“Baik abah.”

Razli meraup air penawar ke muka Rozy sebanyak tiga kali. Mereka berdua menunggu seketika. Lima minit berlalu, perlahan-lahan kelopak mata Rozy terkedip-kedip dibuka. Rozy menung menatap siling. Menghadam situasinya sekarang.

“Alhamdulillah.”

Mendengar suara yang cukup familiar, Rozy berpaling ke sisi. Wajah-wajah kesayangan muncul depan mata.

“A…abah.”

“Adik. Abah datang nak. Sekali dengan Abang Long kamu.”

Rozy mencebik, mahu menangis. Dia gagahkan diri untuk bangkit. Pantas Pak Razak menyambut tubuh lemah si anak dibawa dalam pelukan.

Rozy menangis tersedu-sedu. Seakan lama benar dia ‘koma’. Razli sekadar diam memerhati dengan rasa syukur. Mujur mereka sempat menyelamatkan Rozy. Seakan Rozy mayat hidup. Rohnya seakan sesat hendak kembali ke jasad. Situasi ganjil yang pernah dialami Rozy sewaktu kecil dan tika remaja.

Namun, sewaktu mereka merawat Rozy tadi, ada sesuatu yang ganjil. Kejadian yang pernah dialami agak berlainan dari sekarang. Seakan roh Rozy bukan sesat secara nyata. Sebaliknya, seperti mencari sesuatu.

Setakat ini, Pak Razak dan Razli diamkan dulu. Tunggu keadaan Rozy kembali normal seperti biasa. Akan ditanya dan diselidik sebab Rozy ‘koma’ begitu.

sellie003 Publish time 21-12-2016 11:48 AM

MIKAIL tergamam menerima kehadiran dua lelaki di hadapan pintu wad yang menempatkan Rozy. Mereka berdua melihat Mikail dari atas ke bawah. Mikail teragak-agak memberi senyuman mesra. Namun, pandangan tajam kedua-dua lelaki separuh umur dan lelaki muda dalam lingkungan 30-an, membuatkan Mikail kecut perut. Begitu tajam menikam.

Akan tetapi, sorotan mata lelaki muda itu yang paling membuatkan Mikail tidak tentu arah. Lain benar cara lelaki itu memandangnya. Seakan ada dendam. Sedangkan, mereka baru bersua muka. Sementelah lagi belum bersuai kenal antara satu sama lain.

Lelaki muda itu datang dekat. Mikail menebak, kemungkinan lelaki ini adalah kekasih atau abang kepada Rozy, mungkin? Agak-agak Mikail keraguan.

“Err…” Mikail tidak mampu bersuara apabila lelaki itu semakin hampir.

“Kau siapa?” Razli bertanya dengan muka ketat.

Pemuda di hadapannya ini begitu tampan. Berwajah kacukan. Razli membaca setiap riak dan tingkah lelaki ini. Air muka lelaki ini tiada kejernihan walaupun berwajah tampan. Razli benar-benar tidak berkenan.

“Saya Mikail. Boss kepada Cik Rozy.”

Mikail hulur tangan tanda salam perkenalan.

“Boss?” Razli sedikit pun tidak membalas huluran tangan Mikail.

“Long, abah tak ajar anak abah biadap dengan orang.”

Pak Razak menegur tingkah kurang sopan anak sulungnya. Walau tidak berkenan sekalipun, jangan ditunjuk sifat kurang sopan jika orang itu sendiri mahu berbudi bahasa dengan kita.

Razli terkesan dengan teguran si ayah, terus huluran Mikail digenggam. Saat tangan Mikail bersambut, tubuh Razli tiba-tiba bergetar hebat.

Mikail terkejut bukan kepalang melihat tindakan aneh Razli.

“Err…encik, encik. Kenapa ni?”

Mikail bertanya cemas. Pak Razak yang melihat kejadian itu, meluru ke arah mereka berdua. Mikail cuba menarik tangannya yang digenggam Razli. Agak kejap genggaman itu menyebabkan tangan Mikail terasa sakit dan kebas.

“Abah, abah…! Dialah punca adik kita ‘koma’.”

Pak Razak merenung tajam diri Mikail. Mikail berkerut tidak mengerti apa-apa. Sambil dia cuba juga tarik tangannya dari terus digenggam erat Razli.

“Long, lepaskan tangan budak tu. Dia tak tau apa-apa.”

Razli melepaskan tangan Mikail hingga terundur Mikail dibuatnya. Dia memerhatikan tangan sendiri hingga menggigil tangan kanannya akibat dari genggaman luar biasa Razli.

Kuat betul dia genggam tangan aku. Hampir nak tercabut. Mikail mengurut-urut tangan sendiri dan dibuka, dikatup jari-jemarinya yang kebas-kebas.

“Tapi abah…”

“Sudah. Kita pergi solat maghrib. Nak, mari…kita jemaah sekali.”

Mikail pegun, kemudian mengangguk perlahan. Menurut.

Zamzam2013 Publish time 21-12-2016 05:50 PM

sellie003 replied at 21-12-2016 11:48 AM
MIKAIL tergamam menerima kehadiran dua lelaki di hadapan pintu wad yang menempatkan Rozy. Mereka ber ...

wow! istimewa sungguh keluarga Rozy ni. thanks TT

Mokcun Publish time 27-12-2016 07:24 PM

emmm..pun tak dak sambungan jugak:L

MMISS Publish time 23-1-2017 10:30 AM

sellie.. takde sambungan lagi ke. bod ni dah sendu huhu

JENABREJAM89 Publish time 6-2-2017 07:34 PM

Sambungan plsss tt :$:$:$:$

MMISS Publish time 10-2-2017 08:44 AM

sellie.. takde sambungan lagi ke.. windu lah kat naurah n khalif
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7]
View full version: NOVEL~ Jadilah Kekasihku Selamanya


ADVERTISEMENT