mogwaii Publish time 18-10-2016 11:44 AM

Malayan Tapir, Anak 'Nakal' dan 'Kamal' Lahir di Belgium

eHgY1AvZlIY

Seekor anak Malayan tapir dilahirkan di Zoo Antwerp, Belgium pada 7 Oktober lalu selepas 13 bulan dalam kandungan ibunya, Nakal.

Anak kedua Nakal ini yang belum diberi nama dilaporkan sihat dan jika bertuah, pengunjung akan dapat melihat ahli keluarga baharu tapir di zoo berkenaan.

Dipetik daripada laman portal ZooBorns, ketika lahir, bayi Malayan tapir yang belum diketahui jantinanya dilaporkan hanya seberat sembilan kilogram (35 kali kurang daripada berat ibu bapanya).

Menurut zoo berkenaan, bapa kepada bayi Malayan tapir itu yang dinamakan Kamal mati mengejut dua bulan lalu.

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14656302_1118178994924892_5302609410460120688_n.jpg?oh=ef438ad548996310135f105c14985b18&oe=5867D741

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14731277_1118179001591558_2659965648454787401_n.jpg?oh=9c63dcc986952ea54d29e4a4e570ed64&oe=5891D48A

Sebaik saja jantina diketahui dan diumumkan oleh pihak zoo, penjaga akan memilih tiga nama yang menjadi pilihan tertinggi dan pengunjung boleh mengundi nama yang sesuai menerusi Facebook Zoo Antwerpen

Malayan tapir (Tapirus indicus) juga dikenali sebagai Tapir Asia, adalah yang terbesar daripada empat spesies tapir dan satu-satunya Old World Tapir. Malayan tapir berasal dari kawasan hutan hujan di Myanmar, Malaysia, Sumatera dan Thailand.

Tapir biasanya berukuran 1.8 hingga 2.5 meter (enam hingga lapan kaki) panjang, dengan ketinggian bahu 0.9 kepada 1.1 meter (tiga hingga hingga 3.5 kaki) dan ia adalah sejenis haiwan dari spesis Rhinoceros sondaicus, iaitu gabungan kuda dan badak Sumatera.

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14650648_1118179058258219_3716701144798221315_n.jpg?oh=57a0e89fd2afc87527fac4757752caf6&oe=5861C526

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/v/t1.0-9/14590515_1118179021591556_4579661658134193084_n.jpg?oh=81713d7d2bba5085bc89188128eef128&oe=589CB677

Selain dikategorikan sebagai binatang ganjil kerana mempunyai empat jari pada setiap kaki depan dan tiga jari pada setiap kaki belakang, Malayan tapir juga mempunyai kadar penglihatan yang lemah sehingga terpaksa bergantung kepada deria bau dan pendengaran.

Disenaraikan sebagai spesies terancam oleh IUCN Red List, Malayan tapir kini semakin terancam dengan jumlah populasi yang semakin merosot akibat kehilangan habitat, selain terdedah dengan ancaman daripada pemburu dan populasi dijangka menurun lebih 50 peratus dalam tempoh tiga generasi (36 tahun).

- Berita Harian. Jumaat, 14 Oktober 2016 @ 11:05 AM -

anniez08 Publish time 18-10-2016 01:51 PM

comel plak nama ibu dia nakal..;P
nasib baik bideo tu blur ..
telus licin je ank dia keluar masa lahir..:lol:

prettyuglybabe Publish time 18-10-2016 02:34 PM

comel tapir ni..
tapi sian anak yatim..

Ipo Publish time 18-10-2016 10:43 PM

eh anak tapir ni lain pulak kulitnya..ada corak putih..bintik2..

bianglala Publish time 19-10-2016 09:22 AM

cantik 'corak' badan anak tapir tu... kadar penglihatan yang lemah rupanya spesies ni.

nurchomel Publish time 19-10-2016 09:46 AM

belum diketahui jantinanya?.. Subhanallah ciptaan Allah bermacam2 cara

huehue Publish time 19-10-2016 11:29 AM

prettyuglybabe replied at 18-10-2016 03:34 PM
comel tapir ni..
tapi sian anak yatim..

Anak yatim;P

cik_kitty Publish time 18-11-2016 07:36 PM

Comeinyaaa awkkk...

Lolalala Publish time 18-11-2016 11:27 PM

Unik betul corak dia. nama mak bapaknya pun comel je. Moga membesar dengan sihat dan membiak lagi. tapi lama sungguh ngandung. 13bulan tu bawak perut.
Pages: [1]
View full version: Malayan Tapir, Anak 'Nakal' dan 'Kamal' Lahir di Belgium


ADVERTISEMENT