CARI-HBZ Publish time 17-10-2016 10:32 AM

Park Shin Hye Berkunjung Ke Malaysia Sebagai Duta Mamonde



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/103447ialxkarsccf67aaa.jpgKredit foto - Random Thoughts - WordPress.com





Gadis cilik Cha Jung Suh yang dikenali menerusi drama " Stairway in Heaven " terbitan SBS siapa sangka orangnya sudah dewasa dan terus memacu populariti ke hadapan.


Digelar sebagai ‘Nation Little Sister’ oleh peminatnya, Park Shin Hye diminati oleh berbagai lapisan masyarakat kerana bakat dan kecantikanya. Shin Hye juga pernah tersenarai didalam ’40 Most Powerful Celebrities’ di korea.


Masih hangat dengan drama terkini yang dilakonkan iaitu Doctors, Park Shin Hye juga disambut meriah seperti Kim Rea Won tempoh hari.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/102224knazf9a788enn9f8.jpg



Setelah ditunggu lama oleh peminatnya di Malaysia, akhirnya Park Shin Hye hadir di One Utama, Kuala Lumpur pada 14 October 2016 sebagai duta butik kosmetik terkenal di Korea iaitu Mamonde. Semenjak 2014 lagi Park Shin Hye menjadi duta untuk jenama Mamonde ini. Dan kali ini berpeluang melancarkan pembukaan butik Mamonde terbaru di sini.


Sambutan sangat meriah diterima oleh Park Shin Hye kali ini membuatkan ruang legar dipusat membeli belah itu riuh rendah dengan sorak dari peminat yang menunggu pelakon terkenal itu sejak dari awal pagi. Beberapa peminat bertuah berpeluang tampil diatas pentas dan berjumpa dengan lebih dekat dengan Park Shin Hye.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/17/102415xrnud7v25s3352e5.jpg



Walaupun kemunculan Park Shin Hye hanya sebentar tetapi masih dapat memuaskan hati semua peminatnya yang hadir. Diakhir perjumpaan itu, Park Shin Hye mengatakan bertapa terharunya beliau kerana mempunyai ramai peminat yang menyokongnya selama ini. - CARI




jajahoney Publish time 17-10-2016 10:52 AM

alaa bila maii.. tak tau pun

DeeHanania Publish time 17-10-2016 01:16 PM

Suka watak dia blakon sbagai Ye-seung dlmfilem Miracle in Cell No.7 bersama plakon Ryu Seung-ryong sbgai watak bapa yer Yong-Goo dlm filem tu...gara2 nak beg Sailormoon...ngok bkali2 filem tu,meleleh air mata

kuewTiau Publish time 19-10-2016 03:49 PM

Cantik sangat minah ni.manis je dia senyum.start kenal pn dari Running Man.
nak buat camne memang korea aku layan running man je.

forselab Publish time 22-10-2016 03:21 PM

DeeHanania replied at 17-10-2016 01:16 PM
Suka watak dia blakon sbagai Ye-seung dlmfilem Miracle in Cell No.7 bersama plakon Ryu Seung-ryong ...

Penampilan dia dlm filem tu skit je..paling best budak pempuan yg bwk watak dia masa kecik tu..sgt comel & pandai berlakon..mmg best filem tu..! {:thumbo

zie_indah Publish time 25-10-2016 11:00 PM

Comel....:lol::)

EsToEs Publish time 27-10-2016 10:25 PM

Sejak bila plak stairway in heaven? Stairway to heaven la TT

lolz91 Publish time 11-11-2016 09:08 AM

Wah suke die ni dgn yoo eun hye

Mokiyota Publish time 11-11-2016 10:16 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!

Mari mari mari!
http://i63.tinypic.com/2r3xwjn.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:

kerepektempe Publish time 12-11-2016 08:10 PM

cantik dia ni.. suka tengok drama dia the heirs tu..

Xoppie Publish time 17-11-2016 09:33 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!

Mari mari mari!
http://i63.tinypic.com/2r3xwjn.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:
Pages: [1]
View full version: Park Shin Hye Berkunjung Ke Malaysia Sebagai Duta Mamonde


ADVERTISEMENT